SHFU (15)

1.2K 53 2
                                    

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Riuh rendah suasana di rumah agam itu dengan suara sanak saudara mereka. Umairah dan Hana sedang bersiap memandangkan majlis akad mereka hanya beberapa jam sahaja lagi.

Kembar itu melilit selendang putih yang sedondon dengan baju pengantin mereka di kepala masing-masing. Mereka tidak menggunakan khidmat mak andam atau jurusolek kerana mereka lebih gemar berhias sendiri. Lagi pula mereka tidak suka solekan yang tebal.

"Korang, jom! Pengantin lelaki dah sampai tu," ajak Aina dan Zulaikha lalu mengiringi langkah mereka.

Rayyan memandang Umairah tak berkelip begitu juga dengan Farhan. Sungguh gadis pilihan mereka itu cantik walaupun dengan solekan yang nipis. Majlis itu dimulakan dengan bismillah. Tangan Farhan digenggam oleh Tan Sri Arman.

"Tengku Danial Farhan bin Tengku Imran aku nikah akan dikau dengan puteri sulungku Nur Farhana Uzaifah binti Tan Sri Arman dengan mas kahwinnya senaskhah al-Quran tunai,"

"Aku terima nikahnya Nur Farhana Uzaifah binti Tan Sri Arman dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran tunai," lafaz Farhan lembut.

Usai Farhan, tangan Rayyan pula digenggam. "Tengku Rayyan Izzaril bin Tengku Razeef aku nikah akan dikau dengan puteri bongsu ku Nur Farhah Umairah binti Tan Sri Arman dengan mas kahwinnya satu set barangan solat lengkap,"

"Aku terima nikahnya Nur Farhah Umairah binti Tan Sri Arman dengan mas kahwinnya satu set barangan solat lengkap," lafaz Rayyan.

Tangan ditadahkan untuk bacaan doa. Usai bacaan doa, kedua-dua pengantin lelaki meminta diri untuk menunaikan solat sunat nikah dan sujud syukur. Mereka kemudiannya menuju ke arah pasangan masing-masing bagi sesi pembatalan air sembahyang.

"Hana, Farhan, Farhah, Iz," panggil Tan Sri Arman dan puan Sri Shahira sambil melangkah ke arah anak menantunya.

Mereka mengambil tempat duduk di tengah antara Umairah dan Hana. "Dah besar puteri-puteri babah ni. Rasanya macam baru je babah sambut kelahiran kamu berdua," ujar Tan Sri Arman. Umairah dan Hana hanya tersenyum mendengar luahan babah mereka.

"Hana, Farhah. Babah mintak maaf kalau selama babah besarkan kamu berdua dalam keadaan yang tak sempurna. Babah dan ibu mintak maaf kalau selama kami besarkan kamu kami tak dapat penuhi keinginan kamu berdua. Babah mintak maaf sebab garang. Tapi satu je babah nak korang tahu. Seorang ayah memang jarang tunjuk kasih sayang pada anak-anak. Dia akan bersifat garang dan tegas kerana dia ketua keluarga. Kami memang tak nampak risau dan ambik berat pasal anak-anak. Tapi jauh di sudut hati kami, kami sangat ambik berat tentang keluarga kami. Dan saat yang membuatkan airmata seorang ayah mengalir adalah apabila dia terpaksa melepaskan anak perempuannya kepada suami mereka. Bukan menangis kerana sedih. Tapi kerana gembira anak mereka sudah bertemu jodoh masing-masing yang akan menggantikan tempat mereka untuk menjaga anak-anaknya. Dan penyesalan yang paling besar buat seorang ayah adalah saat dia mengetahui bahawa anaknya menderita di atas keputusannya. Babah nak korang tahu yang babah terlalu sayangkan korang. Koranglah jiwa babah," nyata tan Sri Arman.

Umairah dan Hana memeluk babah dan ibu mereka. "Babah," ujar mereka sebak. Pelukan dilepaskan. Tan Sri Arman mengelap airmata kedua puterinya itu. Wajah dua orang menantunya dipandang dengan senyuman.

"Farhan, Iz. Babah serahkan Hana dan Farhah kepada kamu berdua. Jagalah diorang sebaik-baiknya. Sayang diorang macam mana babah dan ibu sayang. Bimbinglah diorang supaya jadi isteri yang solehah dan ibu yang penyayang. Bimbing jugak diorsng ke syurga. Babah serahkan tanggungjawab babah kepada kamu berdua. Jalankan lah tanggungjawab dan amanah ni sebaik mungkin. Jangan sesekali korang sakitkan diorang dengan sengaja. Andai satu hari nanti korang dah tak ada perasaan dekat diorang, kembalikan lah dengan cara yang baik seperti mana kami serahkan kepada kamu," pinta tan Sri Arman.

Farhan dan Rayyan saling berpandangan sebelum mengangguk. "Insya-Allah babah. Kami akan jaga puteri babah sebaik-baiknya," balas mereka. Tan Sri Arman dan puan Sri Shahira hanya mengangguk sebelum tersenyum.

~~~

Pendek je chapter ni. Tak mampu nak buat panjang2..
Btw terima kasih sbb sudi baca cerita ni.. >.<

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHWhere stories live. Discover now