SHFU (8)

1.3K 70 6
                                    

Ya Allah! Ini ke yang dia maksudkan dia akan pergi jauh dari aku? Adakah ni semua salah aku? Ya Allah. Aku mohon engkau selamatkanlah dia ya Allah. Rintih hati Umairah. Sayu hatinya melihat sekujur tubuh yang terbaring lesu di katil hospital bersama balutan di kepala. Sudah hampir seminggu Rayyan tak sedarkan diri. Cuma dia berasa sedikit lega apabila doktor memberitahu bahawa Rayyan hanya cedera ringan.

Umairah yang sedang terlelap membuka matanya sebaik sahaja terdengar bunyi botol air jatuh. "Rayyan? Awak dah sedar? Awak nak air?" Soal Umairah lembut. Rayyan hanya mengangguk. Umairah menuang air di dalam jag lalu dihulurkan kepada Rayyan.

"Dah lama ke awak kat sini?" Soal Rayyan.

"Tak ada lah lama sangat. Zulaikha dengan Amar keluar makan kejap sebab tu saya teman awak," jawab Umairah. Rayyan hanya mengangguk. "Rayyan. Saya mintak maaf," ujar Umairah.

Rayyan berkerut kening. "Mintak maaf sebab apa? Awak takde buat salah apa pun," balas Rayyan dengan senyuman. "Saya yang sepatutnya mintak maaf," sambungnya lagi.

"Saya dah lama maafkan awak, Rayyan. Saya tak pernah berdendam pun dengan awak," kata Umairah. Serentak itu, kedengaran pintu dibuka dari luar.

"Assalamualaikum," sapa Zulaikha lalu bersalaman dengan Rayyan dan Umairah. "Bila abang sedar?" Soal Zulaikha sebaik sahaja duduk di sofa bersebelahan dengan Umairah.

"Baru je," jawab Rayyan ringkas.

"Farhah pergi tandas kejap," ujar Umairah lalu bangun dari sofa.

"Weyh Iz. Nak tahu tak masa first dapat tahu kau accident siapa yang paling sedih?" Soal Amar iaitu suami Zulaikha dan bff Rayyan sambil menjongket kening.

"Siapa?" Soal Rayyan kembali.

Zulaikha dan Amar saling berpandangan lalu tersenyum. "Farhah," jawab Zulaikha.

Rayyan yang mendengar jawapan Zulaikha seakan-akan tidak percaya. "Takkanlah dia," ujar Rayyan.

"Eh! Tak percaya pulak. Betul lah. Tanya abang Amar," tutur Zulaikha.

"Iye Iz. Kesian aku tengok dia. Makan pun kurang," sokong Amar. Rayyan hanya diam tak berkutik.

~~~

Setelah dua minggu di hospital, hari ini Rayyan bakal discharge. "Assalamualaikum," sapa Rayyan sebaik sahaja turun dari kereta.

"Waalaikumusalam. Abang Iz!!!" Sahut semua adik angkat Rayyan lalu berlari ke arahnya.

"Umi sihat?" Soal Rayyan usai bersalaman dengan puan Khadijah.

"Sihat alhamdulillah. Jom kita makan. Kesian adik-adik tunggu Iz balik," kata puan Khadijah.

"Umi. Mama ada cakap tak dia nak datang sini?" Soal Rayyan sebaik sahaja duduk di meja makan.

"Ada. Pagi tadi mama call umi," jawab puan Khadijah. Rayyan hanya mengangguk.

"Abang. Nak tahu tak Farhah ni orang paling happy bila dapat tahu abang keluar wad harini," tutur Zulaikha selamba. "Auch! Sakitlah sis," adu Zulaikha apabila pahanya dicubit Umairah. Umairah menundukkan kepala kerana malu. Rayyan hanya tersenyum nipis. Makan tengah hari mereka dimulakan dengan bismillah. Suasana di meja makan itu sunyi. Umi Khadijah memang tak suka kalau bercakap sambil makan kecuali hal penting.

Usai makan tengah hari, mereka duduk di ruang tamu. "Assalamualaikum," sapa seseorang dari luar.

"Waalaikumusalam," mereka menjawab serentak.

"Hasmah! Lamanya kita tak jumpa," ujar umi Khadijah lalu memeluk isteri sepupunya itu.

"Tulah kak. Rindu saya dengan akak," balas Tengku Hasmah iaitu mama Rayyan. Serentak itu Umairah dan Zulaikha yang tadinya berada di dapur masuk ke ruang tamu.

"Mama!!" Pantas Zulaikha berlari ke arah kedua orang tuanya dan memeluk mereka. "Rindunya adik dekat mama!" Luah Zulaikha lalu duduk di sofa kosong. Umairah hanya bersalaman dengan Tengku Hasmah lalu duduk di sebelah Zulaikha.

"Ini ke Farhah yang adik selalu cerita tu?" Soal Tengku Hasmah sambil memandang ke arah Umairah dengan senyuman. Umairah memandang hairan ke arah Zulaikha.

"Haah! Ni la dia," jawab Zulaikha.

"Cantik orangnya. Dah ada yang punya ke belum?" Soal Tengku Hasmah lagi.

"Ada apanya mama kalau dengan lelaki pun taknak bercakap. Kalau bercakap pun dengan budak-budak dekat rumah ni je. Sama lah dengan abang tu. Bukan main dingin lagi dengan perempuan. Padahal dulu playboy." Celah Zulaikha selamba. Umairah dan Rayyan merenung tajam ke arah Zulaikha. Sedar akan renungan itu, Zulaikha hanya tersengih.

~~~

"Boleh saya duduk sini?" Pinta Rayyan. Umairah hanya mengangguk sambil matanya masih memandang ombak di hadapannya. "Terima kasih sebab sudi terima saya sebagai kawan," tutur Rayyan.

"Sama-sama. Kita hidup kena cari ramai kawan. Bukan lawan," balas Umairah sambil tersenyum. Sejak Rayyan keluar dari wad Umairah tak sedingin dulu.

"Saya nak tanya awak sikit boleh?" Umairah hanya mengangguk. "Awak masih marahkan keluarga awak ke?" Soal Rayyan hati-hati.

Umairah terkesima mendengar soalan yang diajukan. Dia terssnyum nipis. "Siapalah saya nak marah diorang. Siapalah saya nak benci diorang. Tanpa diorang siapalah saya. Biar apa pun yang diorang buat, saya tetap sayangkan diorang. Saya takkan berdendam dengan diorang. Diorang keluarga saya. Dari kecil diorang jaga saya. Mustahil saya benci diorang," jawab Umairah tenang. Ya. Dia tak pernah benci mereka. Baginya membenci itu membuang masa.

"Awak taknak jumpa diorang?" Soal Rayyan lagi.

"Tipulah kalau saya kata saya taknak jumpa diorang. Saya rindu sangat diorang. Tapi tulah. Diorang dah buang saya. Diorang tak mengaku saya anak diorang. Tak mungkin diorang nak jumpa saya," jawab Umairah sayu.

"Parents awak dah lama maafkan awak. Diorang dah tahu semuanya. Saya dengan Hana dah jelaskan kat diorang. Diorang nak sangat jumpa awak. Lagi-lagi aunty. Tiap-tiap malam dia nangis rindukan awak," kata Rayyan.

"Betul ke?" Soal Umairah memandang Rayyan. Rayyan hanya mengangguk. "Insya Allah nanti saya dah sedia saya jumpa diorang," balas Umairah lagi.

"Andai kata salah seorang dari keluarga awak sakit, awak nak balik tak melawat diorang?" Soal Rayyan.

Umairah berasa tidak sedap hati mendengar soalan Rayyan. "Maksud awak?" Soal Umairah kembali.

"Hana. Dia sakit. Dia tunggu awak. Hari-hari dia sebut nama awak. Tanya sama ada family korang dah jumpa awak ke belum. Dia lemah sekarang ni Aira," jawab Rayyan.

Umairah yang mendengar jawapan itu tersentak. "Bila awak nak balik sana?" Soal Umairah.

"Esok," jawab Rayyan.

"Saya nak ikut awak," ujar Umairah dengan kolam mata yang panas. Rayyan hanya mengangguk.

~~~

Sorry sebab hanya mampu buat story yang hambar je -.-

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHWhere stories live. Discover now