"Kitorang gerak dulu umi," ujar Rayyan lalu mencium tangan umi Khadijah.
"Yelah. Hati-hati bawak kereta tu. Ingat sikit Iz tu bawak anak dara orang," pesan umi Khadijah.
"Ye umi. Iz tahu," balas Rayyan. Mana mungkin dia lupa. Masuk ni lebih sepuluh kali umi Khadijah pesan benda yang sama.
"Farhah. Kalau Iz ada buat apa-apa dekat Farhah report je kat umi. Tahulah umi nak ajar dia," gurau umi Khadijah.
"Baik umi," balas Umairah sebelum bersalaman dengan umi Khadijah.
Enjin kereta dihidupkan. Perlahan-lahan kereta diundur dari garaj dan bergerak menuju destinasi mereka. Suasana di dalam kereta itu sepi hanya suara dj radio kedengaran. Hampir satu jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di rumah Tan Sri Arman.
Hati Umairah berdebar. Sungguh dia rindu akan rumah ini dan keluarganya. "Assalamualaikum," sapa Rayyan lembut.
"Waalaikumusalam," sahut puan Sri Shahira seraya membuka pintu.
"Aunty dengan uncle apa khabar? Sihat?" Soal Rayyan.
"Sihat alhamdulillah," jawab puan Sri Shahira dan Tan Sri Arman yang baru turun serentak.
"Iz ada bawak someone jumpa aunty dengan uncle hari ni," ujar Rayyan. Mereka hanya berkerut kening. Rayyan bergerak ke belakang memberi ruang kepada Umairah.
"Assalamualaikum ibu. Babah," sapa Umairah.
Puan Sri Shahira dan Tan Sri Arman kaget melihat anak bongsu mereka. "Wa... waalaikumusalam. Farhah?" Balas Puan Sri Shahira lalu memeluk Umairah erat.
"I... ibu dengan babah sihat?" Soal Umairah walaupun dia tahu jawapannya. Mereka hanya mengangguk. "Hana mana bu?" Soal Umairah sebaik sahaja duduk di sofa.
Puan Sri Shahira memandang suaminya dengan riak yang sedih sebelum memandang Umairah. "Ada dekat atas. Dah dekat dua tahun dia tak keluar dari bilik tu. Ibu dengan babah dah tak tahu nak buat apa," jawab puan Sri Shahira sayu.
"Boleh Farhah jumpa Hana?" Soal Umairah meminta izin. Puan Sri Shahira hanya mengangguk sebelum membawa Umairah ke bilik Hana.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Umairah sayu melihat keadaan Hana yang duduk di atas kerusi tepi tingkap sambil memeluk lutut.
"Hana. Cuba tengok siapa datang nak jumpa Hana," panggil Puan Sri Shahira.
"Hana taknak jumpa sesiapa bu. Hana cuma nak jumpa kembar Hana je," sahut Hana.
"Kakak," panggil Umairah perlahan. Sayu hati Farhah melihat kembarnya begitu. Hana terkesima mendengar suara itu.
"Farhah?" Hana berpaling ke belakang. Umairah mengangguk lalu bergerak ke arah Hana. Puan Sri Shahira sudah lama turun ke bawah memberi ruang kepada anak kembarnya. Umairah berlari untuk memegang lengan Hana yang hampir rebah. Hana dibawa ke katil.
"Farhah. Hana tak mimpi kan?" Soal Hana sebaik sahaja duduk di birai katil sambil memegang pipi Umairah.
Umairah menggelengkan kepala sambil tersenyum manis lalu menarik tangan Hana. "Kakak tak mimpi. Ini memang adik," jawab Umairah lembut.
"A... adik? K... kakak? Far... farhah panggil Hana k... kakak?" Tergagap Hana menyoal. Umairah mengangguk. "Farhah tak marah Hana? Farhah tak benci Hana?" Soal Hana lagi. "Hana mintak maaf. Hana tahu Hana tak sepatutnya buat macam tu. Hana sayangkan Farhah tapi hasad dengki buat Hana sanggup fitnah Farhah. Hana mintak maaf sangat-sangat. Hana da
Umairah menggeleng. "Takkan adik nak marah dan benci kakak kembar adik. Tak ada sebab adik nak benci kakak. Ya. Adik mengaku dulu adik marah kakak. Adik sedih kenapa kakak buat adik macam tu. Tapi bila difikir balik buat apa adik nak benci kakak kembar sendiri. Memang apa yang kakak buat tu teruk sampai adik kena buang. Tapi takkan la sebab satu kesalahan kakak adik nak lupa semua kenangan kita. Kalau orang lain mungkin dia akan berdendam. Tapi bukan adik. Adik tak pernah dendam dengan kakak. Sebab adik sayang kakak. Sangat-sangat. Dari kecik sampai besar kita buat semua sama-sama. Membesar sama-sama. Kita kongsi bilik. Pergi mana mesti sama-sama. Banyak kenangan kita selama lebih 20 tahun. Takkan adik nak benci kakak sebab satu kesalahan dan lupakan semua kenangan kita. Imposible kak. Nonsense," jawab Umairah ikhlas dari hati. Hana hanya mampu mengalirkan airmata sambil tersenyum nipis tanda terharu dan bersalah.
"Terima kasih sebab bagi Hana peluang," ujar Hana lalu memeluk Umairah.
Selepas beberapa saat, Umairah meleraikan pelukan. Dia memandang Hana dengan senyuman. "Sekarang kita lupakan semua tu. Kita tutup buka lama bukak buku baru. Dalam buku tu kita catat yang happy-happy je. Biarlah semua tu jadi pengajaran untuk kita. Okey?" Kata Umairah. Hana hanya mengangguk. "One more thing. Mulai harini kita guna bahasa 'adik-kakak'. Barulah sweet. Boleh?" Hana hanya ketawa kecil sambil mengangguk.
"Jom kita turun," ajak Umairah.
"Adik janji takkan tinggalkan kakak?" Soal Hana.
Umairah menggelengkan kepala. "Adik janji," jawab Umairah. "Jom," ajak Umairah lalu membawa Hana turun.
~~~
Umairah dah jumpa balik dgn family dia..
Citer ni akan ada part sedih au lepasni.. so get ready..
Thanks sbb sudi baca..
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...