SHFU (4)

1.5K 84 14
                                    

"Assalamualaikum," laung Rayyan dari luar rumah Tan Sri Arman.

"Waalaikumusalam. Eh! Iz. Masuklah," sahut puan Sri Shahira.

"Uncle ada tak aunty?" Soal Rayyan sebaik sahaja duduk di sofa.

"Ada. Kejap ye," jawab puan Sri Shahira lalu memanggil suaminya.

"Ha Iz. Sihat ke?" Soal Tan Sri Arman sebaik sahaja bersalaman dengan Rayyan.

"Alhamdulillah sihat," balas Rayyan.

"Ada apa Iz datang? Setahu uncle kalau takde hal penting Iz tak datang kan?" Soal Tan Sri Arman lagi.

Rayyan berdehem kecil. "Saya sebenarnya nak bagitahu uncle dengan aunty sesuatu," jawabnya sambil memandang ke lantai. Tan Sri Arman dan puan Sri Shahira saling berpandangan.

Nafas panjang ditarik sebelum dia memulakan bicara. "Sebenarnya Umairah tak salah uncle, aunty," ujar Rayyan.

"Apa Iz cakap ni? Apa maksud Iz yang dia tak salah?" Soal tan Sri Arman.

Rayyan menarik nafasnya lagi. "Sebenarnya uncle, aunty. Umairah memang tak buat semua tu. Itu semua cuma fitnah semata-mata," ujar Rayyan lagi. Debaran di dada usah dicakap lagi. Rasa bagaikan baru tamat marathon lajunya.

"Apa yang Iz cakap ni?" Soal puan Sri Shahira keliru. Rayyan menjelaskan semuanya dari a sampai z. Tak ada satu pun yang tertinggal. Bukti juga dilampirkan bersama.

Puan Sri Shahira dan Tan Sri Arman hanya mampu mengeluh kesal dengan tindakan yang mereka ambil terhadap anak bongsu mereka. Serentak itu Hana masuk ke rumah kedua ibu bapanya. Dia terkejut melihat Rayyan di ruang tamu. Namun, reaksinya dikawal sebaik mungkin.

"Assalamualaikum ibu, babah," sapa Hana lalu mencium tangan mereka. Mereka hanya membisu seribu bahasa. "Kenapa semua diam je?" Soal Hana hairan apabila ibu bapanya tidak bersuara malah memandang wajahnya pun tidak.

"Apa lagi yang ibu dengan babah dah bagi pada Hana sampai Hana sanggup buat semua ni?" Tanya puan Sri Shahira dengan suara naik seoktaf.

"Apa ibu cakap ni?" Soal Hana hairan.

"JANGAN NAK PURA-PURA TAK TAHU! IBU DENGAN BABAH DAH TAHU SEMUANYA! TERGAMAK KAU BUAT FARHAH MACAM TU? SEDAR TAK YANG KORANG BERDUA NI KEMBAR? TAK CUKUP LAGI KE APA YANG KAMI DAH BAGI SAMPAI SANGGUP KAU FITNAH KEMBAR SENDIRI? HAA??" Tengking puan Sri Shahira. Tan Sri Arman cuba menenangkan isterinya.

Hana terkedu mendengar tengkingan ibunya lalu memandang Rayyan. Dia bingkas bangun. "Ini semua mesti kerja kau kan Iz??" Bengang Hana.

"Yup! Memang aku yang bagitahu diorang sebab aku dah tak sanggup nak tipu diorang dan bergelumang dengan dosa ni. Aunty, uncle. Iz mintak diri dulu, assalamualaikum," kata Rayyan lalu keluar dari rumah itu.

"Ibu dengan babah tak sangka kamu sanggup buat macam ni. Kenapa Hana? Kenapa?" Terpancar kekecewaan di wajah puan Sri Shahira.

"Ibu nak tahu kenapa? Sebab Hana dengki dengan Farhah. Ya! Memang kitorang kembar. Tapi semuanya lebih kepada Farhah. Semua orang lebih mesra dengan Farhah lebih dari Hana. Semua orang lebih suka dia dari Hana. Ibu dengan babah selalu cari Farhah. Dia mesti akan jadi pilihan pertama. Sikit-sikit Farhah. Itu Farhah ini Farhah! Jadi bila Hana buat macam tu Hana jadi puas! Puas sebab dapat buat ibu dengan babah buang dia! Halau dia! Sekarang semua benda lebih kepada Hana! Dia dah takde apa-apa! Itu yang Hana nak!" Jawab Hana panjang. Kepalanya tertoleh ke kiri apabila ditampar oleh Tan Sri Arman.

"Jangan sesekali kurang ajar dengan ibu! Hana tahu tak Farhah sanggup gadai nyawa dia demi Hana? Ini balasan Hana dekat dia?" Marah Tan Sri Arman.

Hana tersenyum sinis. "Korban apa babah?"

"Hana dah lupa ke masa Hana hampir accident dulu siapa yang selamatkan Hana? Tak cukup dengan tu, masa Hana hampir kena culik dulu siapa yang tolong? Farhah kan? Dia sanggup gadaikan nyawa untuk selamatkan Hana sebab apa? Sebab dia sayang Hana. Tapi Hana? Langsung tak sayang dia. Hana sanggup fitnah dia sebab dengki. Sedangkan dia kembar Hana! Sebab satu benda yang Hana tak puas hati dengan dia Hana sanggup lupa semua kenangan manis korang berdua. Mesti sekarang Hana happy kan sebab Farhah dah takde. Tapi satu je lah babah nak ingatkan. Jangan disebabkan hasad dengki dan ego Hana hilang semua orang yang Hana sayang dan orang yang sayangkan Hana," kata Tan Sri Arman sebelum berlalu ke bilik.

Puan Sri Shahira memandang anak sulungnya dengan seribu satu perasaan yang bercampur. Dia kemudian mengikuti langkah suaminya naik ke bilik. Hana jatuh terduduk. Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni? Subhanallah! Farhah, maafkan Hana. Rintih hati Hana serentak itu airmatanya menitis perlahan.

~~~

Done! Thanks sebab sudi baca♡
Love readers ketat2 >3

Sorry x best T.T

SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAHWhere stories live. Discover now