"Assalamualaikum," sapa Umairah dan Hana dari luar rumah lalu masuk ke dalam. Dia terkejut melihat Rayyan datang ke rumahnya.
"Farha! Duduk kejap. Babah ada benda nak tanya," panggil Tan Sri Arman dengan nada yang dingin.
Umairah dan Hana saling berpandangan sebelum bergerak ke sofa yang terletak di ruang tamu. "Ada apa babah?" Tanya Umairah sebaik sahaja duduk.
"Gambar apa ni??" Tanya Tan Sri Arman lalu mencampakkan sampul surat yang dipegangnya ke arah Umairah. Umairah memandang babahnya dengan wajah yang berkerut sebelum dia mengambil sampul surat itu. Dia terkejut tatkala melihat kandungan sampul surat itu. Dia memandang Rayyan sekilas sebelum memandang papanya. "Tak cukup lagi ke kasih sayang yang babah dengan ibu bagi? Tak cukup lagi ke didikan agama dari kami sampai kamu sanggup buat benda terkutuk tu?? Ha??" Marah Tan Sri Arman dengan nada yang tinggi. Dia sekarang sedang berdiri sambil membelakangkan Semua.
Bahu Umairah terhinjut sedikit mendengar suara babahnya. Dia mendekati Tan Sri Arman. "Babah. Ni semua fitnah bah. Gambar ni palsu. Mesti ada orang yang edit gambar ni bah. Farhah tak buat benda terkutuk tu babah, ibu," ujar Umairah memandang kedua orang tuanya. Dia kemudiannya memandang ke arah Rayyan. "Rayyan. Tolong jelaskan apa yang jadi dekat babah. Tolong bagitahu yang semua ni hanya satu fitnah. Tak betul. Tolonglah. Kita tak pernah buat semua benda ni kan Rayyan? Tolonglah jelaskan kat parents aku," pinta Umairah sambil matanya masih memandang Rayyan.
"Saya mintak maaf uncle, aunty. Saya tak dapat tahan nafsu saya bila saya dengan Umairah. Saya tak tahan bila Umairah goda saya. Saya mintak maaf uncle," tutur Rayyan. Farhah membulatkan matanya tatkala mendengar apa yang keluar dari mulut Rayyan. Airmatanya jatuh saat itu.
"Rayyan! Kau cakap apa ni?" Bentak Umairah.
"Aira. Kau nak aku cakap apa? Kau nak aku tipu parents kau? Aira. Sampai bila kau nak rahsiakan semua ni? Kenapa aku nak kena cakap yang kita tak buat benda ni sedangkan dah banyak kali kita buat. Aku taknak tipu parents kau. Aku tak sanggup nak rahsiakan benda ni. Kalau kau nak kata aku tipu, aku boleh buktikan. Aku tahu tanda lahir dengan tahi lalat kau kat mana," nyata Rayyan sebelum meminta diri untuk pergi.
"No! Tak! Kau tipu! Aku tak pernah goda kau! Apatah lagi nak buat benda terkutuk tu! Kau jangan nak reka cerita!" Marah Umairah. "Babah. Farhah tak buat semua tu bah. Percaya cakap Farhah. Apa yang Rayyan cakap tu semua palsu. Percayalah babah. Hana. Tolong Farhah Hana," lirih Umairah yang memandang Hana sambil memegang lengan babahnya.
PANGGG!!!
Semua orang terkejut mendengar bunyi tamparan itu. Lengan Umairah ditarik keluar. Hana hanya tersenyum sinis menyaksikan perkara itu. Puan Sri Shahira ingin membantu anak bongsunya namun awal-awal lagi ditegah oleh Tan Sri tambahan lagi dia masih kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Farhah. "AKU NAK KAU KELUAR DARI RUMAH NI HARI NI JUGAK!! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI DAH!! AKU TAK ADA ANAK YANG BERNAMA FARHAH UMAIRAH!! AKU TAK ADA ANAK YANG TAK MALU!! AKU CUMA ADA SEORANG ANAK DAN ITU FARHANA UZAIFAH! BOLEH BERAMBUS KAU DARI RUMAH NI!!" Tengking Tan Sri Arman lalu memanjat tangga."Babah," panggil Umairah perlahan.
"BERHENTI PANGGIL AKU BABAH!! KAU BUKAN ANAK AKU LAGI!!" Sambung Tan Sri Arman sebelum bayangannya hilang.
"Ibu. Ibu percayakan Farhah kan bu?" Soal Umairah kepada mamanya. Puan Sri Shahira hanya menunjukkan riak wajah yang kecewa dengan anaknya sebelum mengikut suaminya naik ke bilik.
"Hana," panggil Umairah lirih.
"Apa?" Sahut Hana dingin.
"Kenapa Hana tak cakap apa-apa? Kenapa Hana tak backup Farhah? Kenapa Hana diam je?" Soal Umairah.
Hana memberi senyuman sinis. Sangat sinis. "Kau nak aku cakap apa? Kau nak aku backup kau? Tak akan! Pandai buat pandailah tanggung. By the way. I never expect that you are so CHEAP," jawab Hana sinis.
Umairah terkejut melihat reaksi kakaknya itu. "Hana! Kenapa Hana cakap macam tu? Hana tahu kan yang Farhah takkan pernah buat semua tu," kata Umairah.
Hana tersenyum sinis. "Kalau kau tak buat macam mana gambar tu boleh ada? Aku dah tengok dan gambar tu bukan gambar edit. Itu memang original. So kau cakap dengan aku kalau kau tak buat semua tu macam mana gambar tu boleh wujud,"
Umairah terdiam mendengar kata-kata Hana. Dia memandang Hana tidak percaya. "Hana," panggil Umairah perlahan.
"Hey! Perempuan. Tak payah tunjuk baik lah. Aku menyesal dan malu tau dapat kembar tak tahu malu macam kau. Sekarang ni kau ambik gambar tak senonoh kau ni lepastu berambus dari sini. Ibu dengan babah pun dah halau kau dan tak mengaku kau anak diorang. So kau boleh blah dari sini," kata Hana sambil mencampakkan sampul surat tadi sebelum menutup pintu dengan kuat.
"Hana! Hana!" Panggil Umairah sambil mengetuk pintu namun malangnya tiada yang membantu. Dia mengambil gambar yang bertaburan di atas lantai itu. Ya Allah! Aku ke ni? Jijiknya aku! Kata Umairah dalam hati sambil menutup matanya. Tak sanggup dia nak tengok gambar tu. Gambar dia dalam selimut bersama seorang lelaki. Ada juga gambar dia dan lelaki itu sedang bercium. Bukan tu je, banyak lagi gambar aksi panas dia dengan lelaki itu. Dia hanya menutup mata. "Apa semua ni? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku sampai kau fitnah aku?" Tanya Umairah perlahan. "Terima kasih Rayyan Izzaril. Terima kasih banyak-banyak," kata Umairah sinis. Dia berlalu pergi meninggalkan rumah agam itu.
~~~
"Apa semua ni Rayyan?? Ha?? Baik kau mengaku sekarang yang semua ni kerja kau!" Sergah Umairah semasa Rayyan berseorangan di kafe.
Rayyan menayangkan reaksi selambanya. "Kau ni dah kenapa? Datang-datang terus nak serang aku? Meroyan?" Soal Rayyan sinis.
"Apa salah aku kat kau Rayyan? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?" Soal Umairah perlahan dengan airmata yang bertakung.
"Apa benda kau merepek ni?"
"Kau jangan nak main-main lah. Aku tahu ni semua plan kau kan? Apa yang kau nak dari aku?" Soal Umairah lagi.
"Yup! Aku mengaku semua ni plan aku! Puas hati? Tapi kau kena tahu bukan aku sorang je yang plan dan idea ni bukan dari aku. Tapi..." ayat Rayyan sengaja dibiarkan tergantung sebelum dia merapati telinga Umairah dan berbisik. "Dari kakak kembar kau, Farhana Uzaifah,"
Mata Umairah membuntang mendengar kenyataan yang keluar dari bibir Rayyan. Dia menggeleng perlahan dan berundur ke belakang. "Tak! Kau tipu! Hana takkan buat aku macam ni! Aku kembar dia! Aku kenal dia lebih dari kau! Kau jangan fitnah dia pulak!" Nafi Umairah. Airmatanya kini tak dapat ditahan lagi.
Rayyan kemudiannya tersenyum sinis. "Terpulang sama ada kau nak percaya ke tak. Tapi untuk pengetahuan kau, semua ni memang plan Hana. Dia buat semua ni supaya kau kena buang. Kau nak tahu sebab apa? Sebab dia dengki dengan kau," jelas Rayyan sebelum berlalu meninggalkan Umairah sendirian.
Umairah jatuh terduduk di lantai. Tak! Hana takkan buat aku macam ni! Tak mungkin! Hati Umairah menafikan kenyataan yang disampaikan oleh Rayyan sebentar tadi. Dia hanya mampu menangis.
~~~
Done for this chapter. Thanks for keep supporting me>-<
YOU ARE READING
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
Random[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya te...