Sebaik melangkah keluar dari teksi, pemandu teksi itu segera memecut kereta dengan laju. Perbuatannya seolah-olah takutkan sesuatu.
Arish membetulkan beg sandang di bahu. Dia memandang sebuah rumah banglo yang sudah lusuh warnanya dihadapannya. Banglo itu kelihatan sunyi dan terletak di kawasan kelapa sawit.
Sebenarnya, Arish sedang mencari kerja untuk menambah duit simpanan untuk melanjutkan pelajarannya. Dia terjumpa sebuah tawaran di surat khabar untuk menjadi pembantu di sebuah rumah. Kebetulan jawatan tersebut mahukan lelaki. Gaji yang ditawarkan pula agak lumayan.
Ting! Tong!
Jarinya menekan loceng. Dia membetulkan pakaian kasualnya. Harap majikannya ini tidak garang.
Pintu dikuak perlahan. Muncul seorang gadis berpakaian hitam. Penampilannya seperti grungy dengan raut wajah dingin. Di tangannya ada kayu besbol. Matanya galak memandang Arish dihadapannya.
"Kau siapa?" soal Liana seperti tidak senang.
"Saya datang sebab saya diterima kerja kat sini. Tapi saya tak tahu perlu jumpa siapa" jawab Arish jujur. Dari raut wajahnya nampak dia seorang yang naif.
"Kalau tak tahu nak jumpa siapa, baik balik je!" tempias Liana dengan nada menyakitkan hati.
Arish tidak berani menjawab. Dia tahu gadis dihadapannya ini salah seorang majikannya. Mungkin.
"Liana, tak baik buat orang macam tu" tegur seorang gadis berbaju kurung dan berambut panjang dibelakang. Dia membuka pintu lebih lebar. Terserlah ruang rumah yang besar.
"Saya Maya, awak pembantu lelaki yang Puan Maria terima tu kan?" soal Maya memandang Arish. Dia sedia maklum dengan kedatangan Arish.
Arish mengangguk mengia.
"Saya bawa awak jumpa dia, ikut saya" arah Maya lalu bergerak masuk. Arish mengikut langkah Maya melintasi Liana yang memandangnya tidak suka.
Mereka menyusuri ruang tamu sebelum naik ke tingkat atas. Rumah itu mempunyai tiga tingkat dan reka bentuk rumah tersebut seperti rumah lama yang unik. Arish kagum dengan kecantikan rumah itu.
Sebaik tiba di hadapan sebuah bilik, Maya berhenti sambil memandang Arish yang mungkin sedikit muda darinya.
"Ingat, jaga tingkah laku dan kata-kata awak dalam rumah ni!" kata Maya berupa amaran. Arish berasa pelik namun mengangguk sahaja.
Pintu berkayu tebal itu diketuk. Maya menolak sebelum berjalan masuk. Kelihatan seorang wanita pertengahan abad duduk di atas kerusi sambil menyilangkan kaki. Wajahnya bersih dan kelihatan awet muda.
"Arish?" soal Puan Maria tepat memandang Arish.
"Ye saya"
"Saya majikan rumah ni, tugas awak ialah tengok-tengokkan rumah saya dan anak-anak saya" terang Puan Maria kelihatan serius.
"Tapi... jawatan yang tertera ialah pembantu lelaki, Puan" balas Arish sedikit pelik mengenai skop kerjanya.
"Memang, tapi saya ada hak nak tentukan skop kerja awak. Saya tawarkan awak RM10000 sebulan, jadi buat kerja betul-betul" sambung Puan Maria lagi. Maya yang mendengar tidak berani menyampuk.
"Baik, Puan" balas Arish mengangguk.
"Maya, bawa dia ke bilik dia" arah Puan Maria sambil menulis sesuatu di dalam bukunya. Maya mengikut arahan lalu membawa Arish bersiar-siar di koridor.
"Maya, awak ni anak Puan Maria ke?" soal Arish ingin tahu.
"Ya, kami ada lima adik beradik. Saya anak pertama dan semua kami perempuan" terang Maya satu persatu. Arish cuma mengangguk faham.
"Tapi awak jangan nak buat bukan-bukan, adik-adik saya bukan semudah yang awak sangka. Semakin lama awak kenal, semakin tergugat awak" sambung Maya lagi.
"Tergugat?" Arish tidak faham. Maya menggeleng sambil tersenyum.
Mereka mula melintasi bilik-bilik yang tertutup. Rumah itu kelihatan gelap dan sunyi sahaja. Tiada gelak tawa seperti adik-beradik yang sering bergurau.
"Semua bilik di tingkat dua, semua kami yang tinggal. Di tingkat atas, awak jangan sesekali pergi melainkan kecemasan, faham?" kata Maya. Arish cuma mengangguk.
Sebuah pintu bilik dikuak kasar. Seorang gadis keluar dengan wajah bengis. Dahlia berjalan melintasi mereka sebelum memberi jelingan tajam.
"Mana Mak Mun? Aku suruh dia hantarkan susu ke bilik! Dia buat apa kat bawah hah?!" bebel Dahlia dengan suara kuat. Dahlia berjalan menuruni tangga mencari kelibat pembantu mereka.
"Tu Dahlia, anak kedua" terang Maya. Arish dapat simpulkan bahawa Dahlia seorang yang agak panas baran.
"Kau ingat mama ambil dia kerja untuk jaga kau je ke?" sindir satu suara di tangga. Seorang gadis berambut ikal mayang berjalan menuju ke bilik. Penampilannya agak seksi dengan baby tee serta berseluar pendek. Langkahnya terhenti sebaik terlihat Maya dan Arish.
"You ni?" Sophie memandang Arish ralit dari atas sehingga bawah. Boleh tahan comel wajah Arish.
"Ni pembantu baru kita, Arish" jawab Maya. Arish cuma melemparkan senyuman.
Sophie tidak menjawab sebaliknya mendekati Arish. Dia memandang pemakaian biasa Arish.
"Cute" puji Sophie lalu beredar masuk ke biliknya. Arish membahang malu mendengar pujian anak majikannya itu. Melihat rupa Sophie, Arish mengagak Sophie ialah anak ketiga.
Maya menggeleng sebelum membawa Arish turun ke ruang tamu. Bilik pembantu terletak di sebelah ruang tamu. Bilik Mak Mun pula di dapur.
"Oh ya sebelum saya terlupa, perempuan yang buka pintu untuk awak tadi, adik keempat saya. Liana, dia ada pelik sikit" ujar Maya. Dia tahu ahli keluarganya memang pelik.
"Takpe, saya faham" balas Arish. Memang pelik!
"Hi! Awak ni siapa?" soal seorang gadis sambil tersenyum. Perwatakannya agak kebudak-budakan.
"Arish" jawab Arish tidak tahu mahu jawab apa. Kayla tersenyum manis memandang Arish.
"Saya Kayla, awak pembantu lelaki yang mama cakap haritu kan?" soal Kayla. Arish cuma mengangguk.
Tiba-tiba Kayla ketawa seperti ada sesuatu yang kelakar. Arish sudah kehairanan.
"Hati-hati lah awak kerja dalam rumah ni, jangan ingat kerja awak semudah yang disangka" Kayla yang tadinya periang kini kedengaran serius. Dia memandang Arish sejenak sebelum beredar.
Arish menelan air liurnya. Dia menoleh ke belakang dan mendapati Maya tiada. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati. Segera dia masuk ke dalam bilik yang disediakan buatnya.
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...