7

17 6 0
                                    

Hembusan angin petang menghempas wajah Kayla. Kayla duduk di buaian sambil menikmati angin. Hari sudah hampir senja. Namun dia lebih selesa meluangkan masa di bawah pokok.

"Dia dah datang...." satu bisikan di telinga Kayla.

"Dia nak apa? Kenapa dia kacau Dahlia?" tanya Kayla ke arah bisikan tadi. Pada pandangan umum, dia berbicara sendiri.

"Dia mahukan korban..." kata bisikan itu lagi.

"Mama dah janji benda tu takkan kacau kami, sekarang apa dah jadi?" soal Kayla lagi mahu tahu.

"Dia mahukan kamu semua...."

"Tak! Kami takkan tewas dengan dia!" kata Kayla tegas. Dia tidak akan membiarkan perkara jahat menguasainya.

"KAU AKU PUNYA!!"

"TAK!!!" Kayla mula menjerit dengan kuat. Langit sudah bertukar gelap. Dia tidak mahu mendengar bisikan seperti itu lagi.

Tiada bisikan lagi.

Kayla bernafas semula sebelum memandang sekeliling. Keadaan sudah gelap dan sunyi. Dia mahu bangkit dari buaian namun terbantut sebaik melihat sesuatu.

Perlahan-lahan Kayla menghampiri sebuah patung VOODOO yang terlantar di atas tanah. Tangannya menggigil memegang patung itu.

Puan Maria pernah menghadiahkannya patung itu semasa dia berumur 7 tahun. Namun setelah menginjak dewasa, Kayla mengetahui fungsi patung VOODOO adalah menyantau. Dia telah menyimpan di dalam stor dan tidak menyimpan patung itu lagi.

Namun, kini patung itu berada di tangannya. Kayla terkedu. Tiba-tiba dia merasa kehadiran seseorang di sisinya. Dia mengerling dan mendapati sebuah makhluk menyeringai hodoh disebelahnya.

Kayla segera berlari namun dia berasa pergelangan kakinya dicengkam. Kayla tersadung menyebabkan dirinya tersembam pada tanah. Dia menyeringai sakit.

Makhluk itu mengilai melihat Kayla kesakitan.

*****

"Mana Kayla?" soal Sophie memandang Liana di ruang tamu. Semasa makan malam tadi, Kayla tidak kelihatan. Dahlia pula masih terperap di dalam bilik. Cuma mereka berempat makan malam bersama.

Liana cuma mengangkat bahu tidak tahu. Dia yang sedang mengasah koleksi pisau segera mengemas barangannya. Selamba dia melintasi Sophie yang tercegat di tangga.

"Psiko" kutuk Sophie menjeling. Liana sudah berlalu ke atas. Ruang tamu itu sunyi. Mak Mun sudah berehat di dalam bilik.

"Arish" panggil Sophie sebaik ternampak Arish berjalan ke ruang tamu.

"Sophie nak apa-apa yang boleh saya tolong ke?" tanya Arish kebetulan tiada kerja.

"You nak ke kerja dengan I?" tanya Sophie gatal mengusik Arish. Arish tidak faham kerja apa yang dimaksudkan Sophie.

"You nampak Kayla ke? Nanti mama bising kalau dia menghilang" soal Sophie kini serius. Dia kenal sangat dengan Puan Maria.

"Cik Kayla takde dekat atas ke?" soal Arish pelik. Sophie menggeleng. Ke mana pula Kayla menghilang?

"Kalau you terjumpa dia, suruh dia jangan merayap" arah Sophie sebelum berlalu ke dapur. Arish cuma mengangguk mengikut arahan.

Kedengaran pintu utama terbuka. Arish tersentak lalu memandang. Kayla masuk dengan wajah masam.

"Cik Kayla, tadi Sophie cari Cik Kayla" kata Arish sebaik terlihat wajah Kayla. Namun dia terdiam sebaik melihat Kayla yang kelihatan tidak bermaya. Wajahnya seperti kebiruan.

"Cik Kayla okay ke?" tanya Arish khuatir.

"Kau jangan bagitau sesiapa!" pesan Kayla tegas sebelum melangkah ke tangga. Sempat dia memberi jelingan tajam kepada Arish.

Arish terkedu dengan tindak balas Kayla. Ke mana Kayla menghilang dan seperti ada sesuatu yang terjadi kepadanya. Arish merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

M4TIWhere stories live. Discover now