17

3 1 0
                                    

makan malam berlangsung sepi seperti biasa. semua melayan perasaan masing masing. hanya bunyi sudu garfu yang berlaga sesama sendiri kedengaran di ruang makan rumah agam yang ditemani hiasan lilin lilin yang bergantung pada dinding rumah.

"guys.. korang tak rasa pelik ke sejak ketiadaan mama?" pertanyaan sophie yang memecah sunyi pada waktu itu membuatkan semua memberhentikan aktiviti masing masing. sejujurnya dia masih trauma tentang hal tadi, namun dia sangat yakin jika hal ini ada kaitan dengan mamanya.

semua pandangan dipusatkan pada sophie.

"aku tengah cari mama. jangan risau, dia akan balik nanti" jawab maya dengan muka tenang lalu menghirup sedikit jus apple yang dibuatnya tadi.

"kenapa kau-"

"mama. akan. balik!" maya memotong kata kata kayla dengan keras seakan memberi arahan untuk menutup topik itu.

"kenapa tak berterus terang je? sebab ada arish?? lambat laun dia akan tahu jugak apa yang jadi!" ujar dahlia dengan berani menentang kakak sulungnya.

arish yang merasa disebut hanya mendiamkan diri. dia tidak berani mahu berkata apa apa.

maya menatap dahlia dengan tidak puas hati. dia mengetap bibirnya. mukanya berkerut menahan marah. jika tiada orang luar bersama mereka ketika itu sudah lama dia membenamkan muka dahlia ke dalam mangkuk sup daging itu.

"korang semua kena ikut cakap aku! bukannya menjawab!"

"kenapa mesti ikut semua cakap kau je? sebab kau kakak? peduli apa aku" jawab dahlia masih dengan lagak berani nya.

"kayla! kau kenapa?!" jerit liana kepada kayla apabila dia melihat kayla tiba tiba sahaja menutup mata lalu kepalanya rebah atas meja.

semua memandang kearah kayla dengan terkejut. dahlia yang duduk di sebelah kayla cuba membangunkan adiknya.

"kayla!! kau kenapa weh?!" jerit dahlia dengan cemas. matanya tiba tiba kabur dan kepalanya tiba tiba rasa berat semacam.

dahlia memegang sisi kepalanya sebelum dia turut rebah tidak sedarkan diri.

"dahlia?! kenapa ni?!" tanya sophie dengan cemas apabila dua adiknya sudah tumbang.

"kau letak apa dalam makanan ni maya?" tanya liana dengan cemas saat melihat maya tersenyum sinis memandang dahlia dan kayla yang sudah rebah.

bukk

sophie dan arish serentak rebah sebelum pandangan liana turut hitam.

*****

"jom main sorok sorok nak tak?" tanya liana yang ketika itu berusia 5 tahun kepada adik dan kakaknya.

"nak! nak!!" jerit sophie yang berusia 6 tahun dengan penuh keriangan.

"tapi kan mama cakap jangan main sorok sorok lagi" ujar kayla dengan muka risau. ketika itu dia berumur 4 tahun dan paling muda daripada mereka semua.

"mama tak akan tahu punya kalau tak ada yang bagitau" ujar maya cuba menenangkan adik adiknya.

"siapa last kena kira!" jerit dahlia lalu berlari ke arah sebuah pokok yang besar diikuti oleh maya, liana dan sophie yang tidak mahu mengira dan mencari.

kayla yang masih terkedek kedek berlari memasamkan muka apabila dia harus menghitung dan mencari kakak kakaknya.

"kira sampai sepuluh baru cari tau!" ujar sophie lalu mereka berempat lari mencari tempat untuk bersembunyi

M4TIWhere stories live. Discover now