9

14 6 0
                                    

Liana menghentak meja dengan kuat. Dia masih tidak percaya dengan teori Dahlia di meja makan tadi.

"Aku takkan biarkan benda tu kacau aku" kata Liana sendiri. Dia memandang sekeliling bilik.

Biliknya dihiasi dengan cat hitam. Di satu sudut terdapat sebuah meja dipenuhi dengan pelbagai koleksi alatan tajam. Dia gemar menyimpan barangan berbahaya. Liana turut membela labah-labah. Di dinding pula terdapat pelbagai jenis foto yang agak seram seperti pembunuhan yang tragis. Dia lebih selesa begitu.

Liana memandang sebuah pisau yang sudah diasah di atas meja. Dia berasa sedikit tenang selepas memandang segala alatan tajam miliknya.

Telinganya menangkap bunyi nafas disebelah telinganya. Liana terkejut lalu menoleh. Satu makhluk berambut panjang tersenyum seram memandangnya. Liana terjerit kecil lalu mengundur.

"Liana..." mendayu-dayu suara itu memanggilnya. Liana terundur ke belakang untuk melarikan diri. Dia tidak sempat mencapai pisau di atas meja.

"Pergi! Pergi!" lawan Liana menendang-nendang walaupun makhluk itu tidak wujud.

Makhluk itu mencapai pisau di atas meja dan menyeringai ke arah Liana. Liana tahu apa yang akan dilakukan makhluk itu. Dia cuba menolak makhluk tersebut menjauhinya namun gagal.

"PERGI! AKU TAKNAK MATI!" jerit Liana histeria. Mata pisau itu sudah menghampirinya.

Pintu dibuka dari luar. Mak Mun berlari menghampiri Liana sebaik melihat Liana memegang pisau seolah-olah mahu menikam dirinya sendiri.

"LIANA!" jerit Mak Mun mahu menarik pisau di tangan Liana namun Liana terlalu ganas. Dia yang sedang menghantar makanan ke bilik Puan Maria, segera bergegas ke bilik Liana sebaik mendengar jeritan.

Maya segera masuk ke bilik Liana. Sophie turut tiba bersama Kayla. Mereka terkejut melihat keadaan itu. Tempoh hari, Dahlia. Kini Liana.

"PERGI!" Liana masih menjerit. Dia tidak menyedari bahawa ahli keluarganya di sekeliling.

Arish yang pelik melihat mereka berkumpul, turut mengintai. Terbuntang matanya melihat Liana seolah-olah mahu menikam dirinya sendiri.

Maya menghampiri Liana. Dia mahu mencapai pisau di tangan Liana yang kelihatan meracau.

Pisau dirampas dari tangan Liana. Pegerakan Liana yang pantas membuatkan mata pisau mencederakan tangan Maya.

"Maya!" jerit Mak Mun. Sophie dan Kayla tiada niat mahu menolong.

"Jangan biarkan Liana main pisau lagi" pesan Maya memandang tangannya sudah mengalirkan darah. Mak Mun cuma mengangguk.

Liana sudah pengsan tidak sedarkan diri. Maya segera beredar. Arish masih terpana dengan situasi itu.

"Kenapa Cik Liana nak bunuh diri?" tanya Arish.

"Itu bukan dia" jawab Kayla masih memandang Liana di dalam bilik.

"Habistu?" Arish masih tidak faham. Kayla tidak menjawab sebaliknya beredar ke bilik.

Arish teringat semalam dia menemui Kayla dalam keadaan tidak bermaya. Dia yakin ada sesuatu disorokkan mereka di dalam rumah itu.

Sophie mahu beredar namun ditahan Arish. Wajah Arish dipenuhi persoalan.

"Saya ada benda sikit nak tanya, Sophie"

*****

Badannya disandar pada bangku. Sophie duduk menyilangkan kaki. Arish di sebelah masih membisu. Mereka duduk di atas bangku halaman rumah.

"You nak tanya apa, Arish?" soal Sophie. Dia tahu ada sesuatu berlegar di fikiran Arish.

"Semalam saya ada bermimpi, seolah-olah ada benda yang menganggu saya. Saya ingatkan benda tu mimpi, tapi..." Arish terhenti sambil memegang lehernya yang mempunyai kesan cekikan.

Sophie membelek leher Arish. Dia nampak kesan itu.

"Haritu Dahlia kena rasuk, semalam saya nampak Kayla dengan wajah lebam. Harini, Liana kena rasuk sampai nak bunuh diri. Apa yang terjadi kat korang sebenarnya?" tanya Arish menyusun satu persatu kejadian aneh yang berlaku.

Sophie terkedu. Tidak menyangka Arish menyedari hal-hal itu.

"Ada roh jahat dalam rumah ni" kata Sophie.

"Roh jahat? Kenapa Puan Maria tak panggil ustaz untuk halau?" soal Arish pelik. Setahunya Puan Maria sekeluarga beragama Islam.

"Bukan semudah yang you sangka, Arish. Tiada siapa nak tolong kami" kata Sophie seolah-olah putus harapan. Sinar matanya cukup menunjukkan dia dalam kesusahan.

"Allah ada, saya pasti Dia sentiasa bersama kita. Yang penting kita kena kuat dan percaya Dia" kata Arish memberi semangat. Sophie tertunduk memandangnya.

Tiba-tiba Sophie mendapat idea, dia pasti Arish dapat menolongnya.

"You boleh tolong I tak?"

"Tolong apa?" soal Arish kembali. Sophie tidak menjawab sebaliknya tersenyum.

M4TIWhere stories live. Discover now