"kenapa i tengok-" sophie memberhentikan ucapannya apabila arish tiba tiba sahaja berdiri lalu berjalan menuju ke belakang rumah. rupanya seolah olah di pukau.
"arish? buat apa dekat belakang tu?" tanya sophie sambil mengejar langkah arish. semakin laju dia mengejar, semakin laju langkah arish.
tiba tiba arish mendadak berhenti.
"arish?" panggil sophie sambil perlahan mendekati arish yang membelakangi nya. jantungnya berdegup kencang seakan ada sesuatu buruk yang akan berlaku. suasana yang sunyi menambahkan efek seram pada petang yang mendung itu.
arish berpaling menghadap sophie. namun kepalanya menunduk ke bawah.
"arish, you okay ke?" tanya sophie dengan riak risau. dia tidak berani untuk melangkah terus maju menghampiri arish.
"sini laa.." kata arish dengan perlahan. sangat perlahan.
"hah? you cakap apa?" tanya sophie bingung sambil menghampiri arish. dia tidak tahu bahaya semakin menghampiri.
sebaik sahaja sophie berhenti didepan arish, arish mengangkat kepalanya menatap mata sophie dengan renungan yang menyeramkan dan senyuman yang sangat lebar.
serentak dengan itu, arish meletakkan kedua tapak tangannya pada batang leher sophie. leher sophie dicekik sekuat hati. urat tangan dan urat lehernya timbul. sophie menjerit kesakitan.
"l-lepas.." sophie berusaha untuk meleraikan cengkaman arish pada lehernya. mukanya mula memerah. nafasnya tercungap-cungap seperti ikan yang berada di daratan. peluh dan air mata semakin banyak membasahi muka.
"kau harus mati!"
"kau harus mati!"
"kau harus mati!" arish berulang kali mengatakan kalimat itu. malah, senyuman lebarnya masih menghiasi wajahnya. sophie berasa kakinya tidak menginjak lantai tanah lagi. arish seakan memiliki kekuatan yang sangat kuat sehingga mampu mencekik sophie sehingga terangkat.
sophie terkapar-kapar mencari oksigen. tangannya berusaha melepaskan cengkaman dilehernya. nyawanya benar benar berada di hujung tanduk. dia sudah tidak mampu untuk melepaskan cengkaman arish yang sangat kuat itu. mungkin masanya sudah tiba.
BUKK
cengkaman pada leher sophie terlepas apabila arish tiba tiba saja rebah. liana yang memegang kayu seraya menghampiri sophie yang turut jatuh di atas tanah.
"sophie kau ok?!" tanya liana dengan cemas sambil cuba membantu sophie untuk bertenang dengan mengurut dadanya yang berdegup dengan sangat cepat.
sophie memeluk liana lalu menangis tersedu-sedan apabila masih diberi peluang untuk menghirup udara. baru tadi dia berasa berputus asa untuk hidup, namun takdir berkata lain apabila ada yang menyelamatkan nya.
*****
seekor haiwan berbulu lebat merenung arish dengan matanya yang merah dan tajam. arish berasa seram sejuk. peluh dingin mula membasahi mukanya. namun dia tetap gagahkan diri untuk berhadapan dengan makhluk itu meski separuh hatinya ingin berlari dan berteriak meminta tolong.
"hasbiyallahu la ilaha illa huw. 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsyil 'azim" arish membaca doa saat nabi Muhammad meminta pertolongan dengan perlahan berharap agar diberikan pertolongan.
"kau harus mati!" ujar makhluk berbulu tersebut lalu berlari meluru ke arah arish. arish berasa kakinya seperti kaku tidak boleh bergerak untuk mengelak. dia hanya berdoa di dalam hati agar Allah menyelamatkannya.
leher arish di cekik dengan sangat kuat, tangannya cuba untuk meleraikan cengkaman tangan berbulu lebat pada lehernya. makhluk itu mendekatkan wajah mereka lalu dia menyeringai penuh makna.
"kau harus mati!"
arish sedaya upaya menahan loya apabila nafas makhluk di hadapannya sangat berbau. seakan seperti bau bangkai.
"t-tolong.." arish cuba untuk meminta bantuan namun suaranya sangat perlahan dan hampir tidak kedengaran.
cengkaman makhluk itu semakin erat. malah tubuh arish turut terangkat. kakinya tidak menjejak tanah lagi. muka arish semakin merah akibat kekurangan oksigen. malah peluh dingin turut semakin banyak berjujuran.
"Hasbiyallahu lidiini hasbiyallahu lidun-yaaya, hasbiyallahu limaa ahammanii, hasbiyallahu limam baghaa ‘alayy, hasbi-yallahu liman kaadanii bisuu’, walaa haula walaa quwwata illaa billaah." usai membaca doa ketika menghadapi masalah itu dibaca didalam hatinya, tiba tiba sahaja makhluk di hadapannya hilang. lalu dia jatuh hilang keseimbangan sebelum tiba tiba sahaja dia pengsan.
*****
"leher kau kenapa?" tanya maya sebaik keluar daripada dapur sambil membawa mangkuk berisi lauk lalu dia mengambil tempat duduk yang pernah dimiliki oleh puan maria.
semua memandang hairan apabila melihat maya yang sedikit aneh.
"apa? pelik sangat ke aku sediakan makan malam? mak mun balik petang tadi" terang maya dengan ringkas apabila adik adiknya masih merenungnya.
kayla menggelengkan kepala mewakili kakak kakaknya.
"kau kenapa sophie?" tanya maya lagi kepada sophie.
semua mata memandang pada sophie yang kelihatan tidak keruan sambil menggosok-gosok lehernya yang kelihatan memerah.
sophie diam sejenak. mahu berbohong tidak dapat, tak logik kalau cakap jatuh atau terlanggar.
semua menatap sophie menanti jawapan. kecuali liana yang ada ditempat kejadian tadi.
pandangan mereka semua beralih kepada arish yang tiba tiba muncul dari dapur. wajahnya kelihatan pucat dan tubuhnya turut berpeluh peluh. kelihatan daun dan ranting kering melekat pada baju dan rambutnya yang serabai.
"kamu dari mana arish?" tanya maya dengan muka sedikit risau. semua memandang arish dengan tanda tanya.
"saya pun tak tahu cik maya. tadi saya-" arish tiba tiba diam saat melihat leher sophie yang putih kelihatan merah seolah olah dicekik.
sophie pun kena?
"tadi apa arish?" tanya maya tidak sabar apabila melihat arish diam menatap sophie.
"ah? t-tadi saya tiba tiba pengsan dekat belakang rumah" jawab arish tanpa memberitahu detail. liana memandang arish dengan tajam.
"macam mana boleh pengsan pulak?" tanya kayla ingin tahu.
"mungkin letih sikit" jawab arish seraya tersenyum paksa.
"kemaskan diri tu dulu, kita makan sekali" ujar maya berbaur arahan.
"takpe ke cik maya? saya tak mandi lagi ni" kata arish dengan serba salah.
"tak mengapa. kamu buang kotoran dibaju dulu lepastu duduk sebelah liana. mak mun balik petang tadi" ujar maya merujuk sambil menjuihkan bibirnya pada liana yang duduk di sebelah dahlia di kanannya. manakala sophie dan kayla di sebelah kirinya.
"baik cik maya. saya ke tandas dulu sebentar" pamit arish dengan sopan.
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...