dahlia memandang liana menginginkan kepastian. liana yang faham dengan pandangan itu mengangguk kan kepalanya.
"semua ni jadi sejak beberapa tahun yang lalu, tepatnya sewaktu kami semua masih kecil.." dahlia memulakan ceritanya.
"Maria! buka pintu ni maria!" jerit encik eusoff sambil mengetuk pintu rumah milik rakannya bertalu talu. tangannya terasa semakin memberat tatkala dia memapah rakannya dibahu.
bunyi hujan lebat membuatkan puan maria lambat mendengar ketukan di pintu rumahnya.
"ya tuhan! kenapa dengan suamiku, eusoff?" tanya puan maria dengan cemas sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya sambil membantu encik eusoff memapah encik suwarto masuk ke dalam rumah.
"tadi suwarto mengejar rusa lalu jatuh ke dalam gaung besar di sebalik bukit sana. kau tolong rawat kakinya maria, aku perlu pergi sekarang. aku mahu mencari ezuan di hutan" ujar encik eusoff tergesa gesa sebaik sahaja dia membantu membaringkan encik suwarto di atas sofa.
"ya kau pergilah biar aku saja merawat suamiku" kata puan maria lalu bergegas masuk ke dalam dapur untuk mengambil ubat ubatan.
"aku pergi dulu suwarto" ujar encik eusoff kepada rakannya yang separuh sedar lalu menutup pintu rumah sebaik sahaja dia keluar daripada rumah rakannya.
puan maria menyapu ubat luka di kaki dan tangan suaminya yang berdarah akibat terjatuh. sesekali encik suwarto mendesis kesakitan.
tiba tiba encik suwarto kesesakan nafas. bebola matanya naik keatas sambil cuba untuk bernafas namun jantungnya berasa sukar untuk berdetak dengan normal .
"m-maria.." ujar encik suwarto dalam kepayahan dia menghirup udara dengan normal.
"abang! kenapa ni? abang!" puan maria kalut apabila melihat suaminya sukar bernafas. air matanya mengalir membasahi pipinya sambil dia cuba bantu mengurut dada suaminya.
tak lama selepas itu encik suwarto melepaskan nafasnya yang terakhir setelah beberapa minit kesesakan nafas. puan maria yang duduk disampingnya menangis teresak esak dan berharap semua ini hanya mimpi.
puan maria meraung sekuat hati. hujan pada malam itu semakin lebat seakan ingin mengelamkan suara teriakan sendu puan maria.
maya dan dahlia menyorok di atas tangga tanpa berani ingin turun sambil menitiskan air mata.
*****
selepas kematian suaminya, puan maria dilanda kemurungan kerana suaminya disyaki mati akibat ulah seseorang yang dengki dengan mereka. dua orang anak gadisnya diabaikan sehingga mak mun datang ke rumah itu untuk membantu menjaga maya dan dahlia yang ketika itu baru beberapa tahun.
puan maria hanya terperap di dalam bilik seharian tanpa mengendahkan sekitarnya. malah dia tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalam biliknya waima anaknya sendiri.
beberapa bulan selepas itu, mak mun menerima berita tentang encik eusoff, suaminya hilang di dalam hutan. berbulan lamanya encik eusoff hilang sebelum mayatnya ditemui bergayut di atas pokok ara di pinggir sungai.
tak lama selepas itu, puan maria sudah kembali melayani anak anaknya seakan akan dia sudah menerima kematian suaminya dengan redha.
kesunyian yang hanya ditemani maya dan dahlia menyebabkan puan maria mengambil beberapa orang anak angkat dari rumah kebajikan. mereka ialah sophie, liana dan kayla.
"lepastu mama upah mak mun untuk bekerja sebagai pembantu rumah. mak mun ada sorang anak lelaki sebaya maya. mama suruh mak mun bawak ezuan tinggal sini sekali waktu mak mun kerja"
"tak lama lepas tu ezuan hilang sewaktu bermain dengan kayla dalam hutan belakang rumah. dia hanya rapat dengan kayla waktu tu. dengan kami dia tak ngam sangat. waktu ezuan hilang dalam hutan, kami jumpa kayla dengan kepala berlumuran darah. sampai sekarang kami tak tahu apa yang jadi sebab kayla hilang semua ingatan dia"
"ezuan pun sampai sekarang belum dijumpai" dahlia mengakhiri ceritanya yang panjang dengan nafas yang berat. seakan beban di bahunya terlepas jua.
"kenapa macam pernah dengar je nama ezuan ek?" gumam arish dengan perlahan.
"bukan sorang je nama ezuan dalam dunia ni" sampuk liana sinis.
"tak, saya macam pernah dengar nama tu dalam rumah ni" jawab arish dengan tenang tanpa mengambil hati akan kata kata liana yang sememangnya tajam. dah lali.
"ezuan.." gumam kayla yang masih tidak sedarkan diri. mukanya berkerut seakan menahan kesakitan.
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...