5

15 6 0
                                    

Sebaik membuka mata, Arish mendapati dirinya terbaring di atas sofa. Matahari sudah naik. Dia menggaru kepalanya untuk mengingati perkara yang terjadi malam tadi.

Puan Maria...

Maya....

Makhluk hodoh....

Arish terkedu.

"Awak dah bangun?" tanya Kayla baru tiba di ruang tamu. Mereka mendapat tahu Arish pengsan di ruang tamu.

Arish mengangguk. Dia masih mamai dengan apa yang berlaku.

"Eloklah tu, baru beberapa hari kerja dah membuta tuli" sindir Dahlia yang turun bersarapan. Dia melintasi sofa diduduki Arish sebelum duduk di meja makan.

Arish terdiam dengan sindiran majikannya itu. Kayla sudah beredar ke meja makan.

"Asal kau tidur dekat lantai semalam?" tanya Liana memandang Arish. Sophie disebelah turut memerhati keadaan Arish.

"Semalam.... saya ternampak Cik Maya...."

"Arish, awak dah okay ke? Jom ikut kami sarapan sekali" potong Maya yang baru turun. Dibelakangnya ada Puan Maria.

Arish terdiam lalu mengangguk. Dia mengerling ke arah Puan Maria yang tidak beriak tanpa senyuman.

Mereka mengambil tempat di meja makan. Arish hairan mengapa tiada seorang pun mambaca doa makan. Dia membaca dalam hati sebelum menyuap makanan.

"Baru sikit you kena" Sophie yang duduk di sebelah berbisik ke arahnya. Arish diburu rasa ingin tahu. Semakin dia mengenal keluarga ini, semakin ganjil dirasakan.

*****

Lukisan yang berada di dinding di perhati dengan riak kosong. Lukisan yang memaparkan gambar seorang perempuan yang di kelilingi oleh makhluk pelik yang seram.

Maya masuk ke dalam bilik Puan Maria selepas memberi beberapa ketukan pada pintu.

Puan Maria berpaling menghadap Maya.

"Ada apa Maya?" Tanya Puan Maria lalu duduk di sofa.

"Kenapa mama ambik pembantu baru?" Tanya Maya lalu turut duduk di sofa bertentangan dengan Puan Maria.

"Mama tahukan Maya tak suka orang luar" sambung Maya lalu menapak serius wajah ibu angkatnya.

"Ye mama tahu. Incase kita perlukan dia nanti.." kata Puan Maria dengan maksud yang tersirat. Maya yang memahami maksud itu terdiam.

Tiba tiba Puan Maria berdiri dari duduknya lalu berjalan mendekati Maya.

"Maya jangan risau.. mama akan lindungi Maya. Nanti Maya kena warisi semua yang mama ada. Ok?" Kata Puan Maria dengan lembut sambil mengelus lembut rambut Maya. Kata-kata Puan Maria sedikit sebanyak dapat menenangkan Maya.

Maya terdiam. Dia tersenyum senang apabila semua yang di miliki Puan Maria akan menjadi miliknya.

"Baiklah kalau macam tu" kata Maya lalu tersenyum kearah Puan Maria. Puan Maria berasa senang apabila Maya mahu mengikut kata-katanya jika nak di bandingkan dengan anak-anaknya yang lain.

Tanpa disedari Puan Maria dan Maya, Arish memerhati mereka dari celah celah pintu. Dia tidak mendengar dengan jelas perbualan mereka berdua namun melihat kemesraan Puan Maria terhadap Maya menimbulkan tanda tanya. Mengapa Puan Maria bersama yang lain kelihatan dingin?

Tanpa membuang masa dia segera turun ke tingkat dua. Risau jika dia di tangkap naik ke tingkat tiga. Sudahlah dia naik secara senyap-senyap.

*****

Mak Mun yang sedang memotong timun di singki menoleh ke belakang sebaik Arish kelihatan tiba dengan tergesa-gesa.

"Kenapa ni Arish?"

Arish mengatur pernafasan sebelum memandang Mak Mun. Banyak persoalan berlegar di fikirannya. Pasti Mak Mun mengetahui segala kisah yang berlaku di dalam rumah itu.

"Saya ada benda sikit nak tanya, itu pun kalau Mak Mun nak jawab dengan jujur"

Kata-kata Arish membuatkan dahinya berkerut. Dia sudah menganggap Arish seperti anak sendiri.

"Puan Maria kerja apa? Kenapa saya tengok anak-anak dia lain macam tak sukakan dia? Apa yang berlaku sebenarnya?" soal Arish. Dia bekerja di rumah itu lantas dia berhak mengetahui apa yang terjadi.

Mak Mun kelihatan mengeluh mendengar soalan Arish.

"Puan Maria kerja sendiri, anak-anak dia memang lain sikit. Tapi percayalah, Puan Maria sayang anak-anak dia" kata Mak Mun seketika.

Arish terdiam. Kerja sendiri? Pekerjaan apa yang dilakukan Puan Maria sehingga harta bertimbun?

"Tadi saya naik tingkat tiga, saya nampak...."

"JANGAN NAIK TINGKAT TIGA! FAHAM?!" marah Mak Mun menjegilkan mata ke arah Arish.

Arish terdiam sebelum mengangguk terpaksa. Mak Mun menyambung kerjanya. Arish hairan mengapa Mak Mun bereaksi begitu.

Di sebalik dinding, seseorang menjegil marah sebelum tersenyum sinis.

M4TIWhere stories live. Discover now