8

17 6 0
                                    

Bunyi guli berlaga membuatkan Arish terjaga. Arish terbangun dan meraba sekeliling. Terbuntang matanya sebaik mendapati dirinya di dalam ruang yang tidak pernah dilihatnya.

Ruang itu gelap dan penuh dengan habuk. Ianya sempit dan busuk. Arish melihat banyak lilin yang sudah dinyalakan disusun di atas lantai. Seolah-olah seseorang telah melakukan ritual.

Arish masih buntu dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu bagaimana dia berada di sini. Setahunya dia sudah melelapkan mata di atas katil.

BUMM!!

Pintu tertutup dengan kuat. Arish cuba membuka pintu tersebut namun gagal. Dia sudah berdebar.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi seseorang membaca jampi. Dia menoleh dan mendapati seorang wanita duduk berdekatan lilin dan membelakangi Arish. Arish tidak mengenali gerangan itu. Bacaan jampi dibaca semakin kuat.

Arish tidak sedap hati. Dia kini berhadapan dengan ritual. Dia mendekati gerangan itu perlahan-lahan. Dia mahu tahu siapa wanita yang melakukan aktiviti terlaknat itu.

Tangan Arish memegang bahu wanita itu. Lantas wanita itu menoleh dan menunjukkan wajahnya yang berulat busuk dan hodoh. Dia menyeringai seram. Arish terduduk terkejut.

"ARGHHHHH!!"

Arish terjaga dari lena. Dia memandang sekeliling. Kini dia berada di dalam biliknya sendiri. Arish bermimpi rupanya. Peluh penuh membasahi dahinya.

Tiba-tiba tingkap yang terletak di sudut bilik diketuk dengan kuat. Arish tersentak lalu memandang tingkap. Siapa yang mengetuk tingkap pada waktu sebegini?

Arish teragak-agak mahu menghampiri tingkap. Sudahlah mimpi dialaminya aneh. Dia menguatkan semangat dan menghampiri tingkap.

Langsir diselak. Arish terkedu apabila mendapati tiada sesiapa. Keadaan diluar berembun dan gelap. Arish berasa pelik.

Dia menoleh ke arah katilnya apabila merasai kehadiran seseorang. Tiada. Dia menoleh kembali ke arah luar tingkap. Makhluk yang ditemuinya di dalam mimpi tadi kini menyeringai ke arah Arish.

Tangan makhluk itu menembusi tingkap sebelum mencekik Arish. Arish tidak sempat mengelak lalu berusaha meleraikan cekikan itu. Dia sudah sesak nafas.

"ARGHHHH!" jerit Arish terduduk di atas katil. Dia segera beristifar. Lehernya berasa perit. Arish memegang lehernya dan memandang sekeliling. Semua gangguan itu ialah mimpi.

Arish ragu-ragu. Dia takut dia masih di dalam mimpi. Dia memandang ke arah tingkap yang memancarkan cahaya matahari. Alhamdulillah matahari sudah terbit.

Dia segera bingkas dan membersihkan badan.

*****

Mata Maya memandang wajah adik-adiknya yang mendiamkan diri sewaktu bersarapan. Seperti biasa Puan Maria beredar awal sebaik menghabiskan makanan.

Dahlia masih mendiamkan diri sejak peristiwa dikacau tempoh hari. Dia merasakan ada mata-mata memerhatinya disebalik dinding.

"Akak naik dulu, ada kerja sikit" kata Maya meminta diri. Dia tidak mendapat respon dari adik-adiknya. Maya segera pergi.

Suasana meja makan sunyi. Tiada riuh dari Kayla yang periang. Dia tiada selera mahu makan apabila peristiwa semalam menghantuinya.

"Mama tipu kita, benda tu dah datang" ujar Dahlia bermaksud. Dia serius. Semua mata memandangnya dengan riak terkejut.

"Kau merepek apa? Orang tua tu dah janji benda tu takkan kacau kita, kau gila?" soal Liana susah mempercayai perkara itu. Dia tahu Puan Maria melakukan perkara yang dilaknat Allah SWT, namun Puan Maria telah berjanji mereka tidak akan terlibat sama.

"Kau tak percaya? Kau tak nampak ke benda tu kacau aku malam tu!" marah Dahlia apabila Liana tidak mempercayai. Dia memandang Sophie dan Kayla yang tidak memberi reaksi.

Semua terdiam. Liana sukar mempercayai hal itu. Kayla disebelah mula menyampuk.

"Betul, benda tu d..datang semalam" ujar Kayla berat untuk bercerita. Dahlia, Sophie dan Liana terkejut.

"Kau biar betul?" soal Sophie pula. Patutlah wajah Kayla seperti tidak bermaya. Kayla juga tidak banyak mulut seperti selalu.

Perlahan-lahan Kayla mengangguk. Dia tidak tahu mengapa dirinya dikacau. Selama ini, keadaan baik-baik sahaja.

"Sekarang kau percaya?" soal Dahlia memandang Liana.

"Tak! Buat apa benda tu kacau kalau kita dah ikut arahan mama selama ni!" soal Liana dengan nada marah. Dia menghentak meja sebelum berlalu ke bilik.

Dahlia berasa tercabar dengan adiknya. Ikutkan hati mahu sahaja dibalingnya pinggan ke arah muka itu.

"Jangan salahkan aku kalau apa-apa jadi kat korang!" pesan Dahlia sebelum pergi. Kayla dan Sophie berpandangan.

"Kau dah bagitahu mama pasal ni?" tanya Sophie. Kayla menggeleng.

"Pernah ke dia kisahkan hal kita?" tanya Kayla kembali dengan nada sedikit sedih. Badannya agak lemah selepas diganggu semalam. Pergelangan kakinya membiru.

Tanpa membuang masa, Kayla berjalan menahan kakinya yang sakit. Dia mahu berehat di bilik.

Sophie pening melihat keadaan mereka. Walaupun hubungan mereka adik-beradik tidak pernah rapat, dia dapat merasakan hubungan mereka semakin renggang.

"Sophie okay ke?" tanya Arish yang kebetulan melimpasi meja makan. Dia terdengar perbualan mereka sebentar tadi. Hatinya curiga apabila mereka seolah-olah membincangkan sesuatu. Adakah perkara ini berkaitan dengan mimpinya semalam?

"You cari I ke Arish?" tanya Sophie terkejut Arish menegurnya. Hilang pula masalahnya selepas melihat Arish.

Arish cuma tersenyum malu apabila disakat Sophie.

"Kenapa leher you?" soal Sophie sebaik terlihat leher Arish yang kebiruan seperti dicekik. Arish lantas memegang lehernya. Dia tiada jawapan munasabah untuk menjawab soalan itu.

"Err..."

"You kena kacau kan?" teka Sophie. Arish terkejut apabila tekaan Sophie mengena.

"Sophie tahu ke pasal ni? Apa yang jadi sebenarnya?" tanya Arish bertalu-talu. Terlalu banyak persoalan dalam mindanya.

Sophie tidak menjawab sebaliknya menatap Arish. Dia kasihan dengan Arish.

"Arish! Kamu tolong Mak Mun angkatkan kayu dekat belakang!" arah Mak Mun dari dapur. Perbualan mereka terbantut. Arish segera meminta diri. Dia tidak puas hati selagi persoalannya tidak terungkai.

Sophie memandang dengan rasa berbelah bahagi.

M4TIWhere stories live. Discover now