11

16 4 0
                                    

Matahari sudah tegak di atas kepala. Namun Arish masih tidak senang hati mengingatkan Sophie yang telah melarikan diri. Dia berasa bersalah kerana membiarkan Sophie pergi.

Sewaktu makan tadi, Puan Maria kelihatan tidak kisah dengan tidak kehadiran Sophie. Cuma Maya bertanyakan tentang adiknya itu.

Arish kini berada di hadapan bilik Puan Maria. Dia mahu memaklum Puan Maria tentang pemergian Sophie. Takut pula terjadi sesuatu pada Sophie, dia yang disalahkan dan menyesal.

TOK! TOK! TOK!

Pintu diketuk perlahan.

"Masuk" jawab Puan Maria dari dalam bilik. Arish melangkah masuk dan melihat Puan Maria duduk senang di atas kerusi.

Arish memandang sekeliling. Dia mahu tahu rahsia yang disimpan keluarga ini. Tiada apa-apa yang curiga mengenai bilik itu. Susunan perabotnya biasa. Kemudian dia terpandang susunan lilin-lilin di atas meja. Dia seperti pernah melihat namun ingatannya tidak berfungsi.

"Kenapa kamu nak jumpa saya?" soal Puan Maria memandang Arish.

"Saya nak bincang dengan Puan sikit pasal anak Puan"

Puan Maria mengerutkan dahinya. Arish kelihatan serius.

"Siapa? Dahlia atau Liana?" tanya Puan Maria. Dia tahu Dahlia dan Liana yang bersifat memberontak.

"Bukan diorang, Puan. Tapi... Sophie" kata Arish berat.

"Sophie?" tanya Puan Maria pelik.

PON! PON!

Tidak sempat Arish menjawab, sebuah kereta tiba di bawah. Puan Maria menyelak langsir. Dia segera bangun sebelum berjalan keluar. Arish tidak sempat memaklum lalu mengeluh. Langkah Puan Maria disusul.

Pintu kereta ditutup. Kereta meluncur pergi. Sophie berdiri memandang. Di kepalanya terdapat balutan. Dia terselamat dari kemalangan itu.

Puan Maria tiba dan memandang Sophie yang berdiri tegak. Bibirnya tersenyum bermakna memandang Sophie. Maya, Dahlia, Liana dan Kayla tiba dan terkejut dengan keadaan Sophie. Persoalan mereka sama, bagaimana Sophie keluar dari rumah itu?

"Sophie? Apa dah jadi dengan awak?" soal Arish paling terkejut. Adakah Sophie mengalami kemalangan? Dia tidak menyangka perkara itu berlaku kepada Sophie.

Sophie tidak menjawab sebaliknya dia berjalan menggunakan sebelah tongkat melimpasi mereka. Dia menjeling benci ke arah Puan Maria.

"Nak akak hantarkan ke?" tanya Maya mendekati Sophie. Sophie menolak perlahan.

Puan Maria lantas beredar tanpa mengucapkan apa-apa. Maya dan Dahlia turut beredar.

"Benda tu dah makin marah" ujar Liana sedikit risau. Kini dia percaya benda itu mahukan sesuatu.

"Kita semua dah kena, takkan kita nak berdiam je?" soal Kayla. Liana mengangkat bahu tidak tahu. Mereka bingung apa yang harus dilakukan.

Manakala Arish sudah buntu dengan apa yang berlaku. Sah! Dia tidak boleh berdiam diri.

*****

Seminggu kemudian, tiada kejadian pelik berlaku namun Arish masih tidak puas hati selagi jawapan untuk soalannya tidak terjawab. Dia bercadang untuk menyiasatnya kelak.

Selepas menunaikan solat isyak, Arish mengambil al-Quran dan membacanya. Ayat-ayat suci yang dibacanya sedikit sebanyak membuatkan hatinya lapang dan sejuk.

"Berhenti!"

"Panas!"

"Aarghhh!"

Setiap kali dia membaca al-Quran pasti dia akan mendengar bisikan halus dan teriakan kepanasan. Dia tahu itu jin. Dia menguatkan bacaan.

BUM!

Pintu biliknya di tutup dengan kasar. Arish menoleh ke arah pintu biliknya yang sepatutnya tidak dapat di buka dari luar kerana dia sudah menguncinya dari dalam.

Lantas Arish menutup al-Quran lalu meletakkannya di atas meja. Dia berjalan dengan hati berdebar-debar. Sebaik sahaja pintu terbuka di luar kosong.

"Arish.."

Namanya diseru oleh Puan Maria.

Arish sedikit pelik apabila Puan Maria menyeru namanya.

"Ada apa apa yang Puan perlukan dari saya ke?" Tanya Arish.

Tanpa berkata apa-apa Puan Maria berpaling lalu berjalan meninggalkan Arish yang kebingungan. Arish mengikuti Puan Maria dari belakang dengan tergesa-gesa.

Langkah Puan Maria semakin laju. Puan Maria membelok ke kanan ke dapur. Arish yang ternampak Puan Maria masuk ke dapur melajukan langkah. Belum sempat dia membelok, dia di kejutkan dengan kehadiran Maya.

"Eh Arish buat apa dekat sini?" Tanya Maya dengan hairan.

"Tadi Puan Maria panggil saya. Jadi saya ikutlah dia sampai dapur. Tapi... mana dia? Tadi saya nampak dia masuk sini" cerita Arish sambil mencari susuk tubuh majikannya.

Maya menayangkan muka hairan. "Hah? Saya sorang je sini tadi. Mama dekat bilik dia. Dia belum turun" kata Maya.

Arish terdiam. Tiada apa yang perlu di kata lagi jika itu yang di kata Maya. Siapa yang dilihatnya sebentar tadi?

*****

Dulang yang berisi makanan itu diletak kasar di atas meja bersebelahan katil. Maya berpeluk tubuh memandang Sophie. Sudah seminggu Sophie terperap di dalam bilik akibat kemalangan yang menimpanya.

"Apa kau dah buat ni?" tanya Maya. Baru kali ini dia berkesempatan untuk berbual dengan Sophie. Sebelum ini Sophie berjaya mengelak darinya.

Sophie tidak menjawab. Dia malas memandang wajah Maya yang penuh dengan penipuan.

"Kau ingat kau dapat lari dari mama? Kau tahu kan mama akan marah kalau korang buat hal" ujar Maya tidak puas hati. Dia tidak mahu menanggung akibat perlakuan adik-adiknya.

"Dahlah Maya, aku tahu apa yang kau nak. Jangan ingat benda tu akan kacau kiteorang, kau pun akan kena sekali!" ujar Sophie keras.

Maya tercengang dengan kata-kata Sophie. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mama takkan buat macam tu kat aku!"

Sophie tersenyum sinis mendengar.

"Sebelum ni, dia dah janji yang benda tu takkan kacau kiteorang. Tapi sekarang?" kata Sophie lalu mencapai tongkat di sebelah katil. Dia berjalan menuju ke pintu.

"Kau kan bijak, fikirlah sendiri" kata Sophie sebelum keluar. Maya tergamam. Dia merasa berang lalu membaling dulang berisi makanan tadi di atas lantai. Bibirnya diketap kuat.

M4TIWhere stories live. Discover now