"arghh.." arish mengerang kesakitan sebaik sahaja dia sedar daripada lenanya. dia ingin memegang kepalanya yang berdenyut sakit namun pergerakkan nya terbatas seolah olah diikat.
sayu sayu kedengaran lagu run rabbit run berkumandang di dalam bilik itu.
"on the farm, ev'ry Friday, on the farm, it's rabbit pie day, so ev'ry Friday that ever comes along i get up early and sing this little song"
"eh?" arish sober daripada pengsan nya saat merasa kedua tangan dan kakinya diikat. malah majikan majikannya turut diikat lalu dikumpulkan di tengah tengah ruangan. arish meneliti garis yang mengelilingi mereka semua. meskipun lampu yang terdapat di sudut kiri bilik sangat suram, dia cuba untuk melihat.
"run rabbit, run rabbit, run, run, run"
"run rabbit, run rabbit, run, run, run"
"bang, bang, bang, bang goes the farmer's gun"
"astagfirullahaladzim" arish mengucap pelan saat mengetahui garis dan simbol yang dilukis di dalam ruang itu.
"run rabbit, run rabbit, run, run, run, run"
"cik sophie! bangun cik!" arish berbisik kepada sophie yang berdekatan dengannya. kakinya menguis-nguis kaki sophie agar sophie bangun.
"dia takkan bangun punya" sampuk satu suara dari belakang. arish menoleh ke belakang dengan terkejut.
"bila cik liana bangun?" tanya arish sedikit terkejut.
"sebelum kau bangun, tapi aku tidur kejap" jawab liana dengan wajah dingin. lampu yang suram disudut bilik dan rambut panjang yang menutupi separuh mukanya menambahkan aura seram kepada sesiapa yang melihat rupa liana sekarang.
"dahlia!" panggil liana separuh menjerit lalu menendang kaki dahlia yang berikat dengan kuat. arish hanya diam memerhati. dia cuba untuk membuka ikatan tangannya yang diikat belakang.
"run rabbit run rabbit run run run"
"haih mati ke diaorang ni, aku benci betul lah lagu tu. dah takde lagu lain ke minah ni nak pasang" rungut liana apabila lagu run rabbit run berulang kali berkumandang meskipun sudah habis.
"hoi!" jerit liana kepada arish yang sibuk dengan urusannya sendiri.
"ya?" sahut arish dengan muka sedikit terkejut.
"buka" arah liana lalu membalikkan tubuhnya daripada menghadap kearah arish.
"err takpe ke?" tanya arish ragu ragu. dosa woo sentuh yang bukan mahram.
"darurat" jawab liana dengan muka malas. dia pun tak hingin nak di sentuh orang.
arish mengensot menghampiri liana yang agak jauh darinya. namun, belum sempat dia menghampiri liana tiba tiba pintu bilik yang hampir tidak kelihatan kerana tidak disimbahi cahaya lampu terbuka dari luar.
"hello selamat petang adik adik ku" ucap maya dari muka pintu lalu berjalan masuk menghampiri mereka.
"selamat petang arish" ucap maya saat melihat arish sudah sedarkan diri.
"s-selamat petang cik" jawab arish sedikit gagap.
"haihlah diaorang ni lambat betul bangun. kejap lagilah tido sampai mati" rungut maya. liana merenung maya dengan pandangan tajamnya tanpa beralih sedikit pun dari memandang sosok yang bergaun putih dan berambut panjang. dari belakang tak ubah seperti seekor pontianak sesat!
"kenapa kau ikat kitaorang?!" tanya liana dengan keras.
"apa salah kitaorang??!" tanya liana sekali lagi dengan suara yang lebih tinggi.
"hmm.." maya meletakkan jari telunjuknya di dagu lalu keningnya dikerutkan seolah olah dia sedang berfikir.
"takde salah? kut?" maya sengaja ingin menyakitkan hati liana. dia tahu liana tidak suka dipermainkan namun dia juga tahu liana bukan seperti dahlia yang baran dan suka bertindak tanpa berfikir.
dia harus lebih berhati hati dengan liana.
"kau dengan adik beradik kau yang lain ganggu kerja aku! termasuk kau!" ujar maya dengan muka marah lalu menunjuk ke arah arish di akhir ayatnya.
"saya? apa saya buat?" tanya arish bingung. padahal selama beberapa bulan dia di sini dia tidak menimbulkan sebarang kesalahan. semua kerja yang dilakukannya semuanya dilakukan dengan cermat dan teratur.
"kehadiran kau membuatkan aku rasa panas! kau harus mati!" jerit maya dengan sangat marah. malah suaranya turut berubah sedikit garau dan matanya turut memancarkan cahaya merah.
"apa maksud cik?" arish masih dilanda kebingungan dan ketakutan.
"hey! bangun!" maya menjerit kearah kayla yang masih baring tidak sedarkan diri sambil memijak betis kayla yang sedikit terdedah kerana dia hanya bergaun panjang selutut.
kayla mengerutkan wajahnya seakan menahan sakit sambil dia cuba untuk bangkit dari baringnya.
kayla mencelikkan mata memandang semua yang memerhatinya sebelum pandangan jatuh kepada maya yang tersenyum lebar dengan mata merah dan rambut panjang.
"AAAAAA" kayla menjerit ketakutan lalu menutup matanya seakan takut akan sesuatu saat melihat maya.
kayla menangis teresak esak sambil menutup mukanya dengan kedua tangannya yang masih berikat. malah tubuhnya turut bergetar kuat.
jeritan kayla tadi berjaya membangunkan dahlia daripada lena.
"HOI! KAU BUAT APA DENGAN KAMI HAH?!" jerit dahlia dengan kemarahan yang memuncak. ingin saja dia merobek bibir maya yang menayangkan senyuman lebar itu.
"tak buat apa pun. saja takutkan kayla. kau tahukan dia trauma dengan bilik ni hihihi" ujar maya dengan tawa yang kedengaran menyeramkan.
"jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. jadi kamu semua tidur lah dulu sebelum menjelang esok hari. malam ni gembira dulu ye sebab esok belum tentu boleh senyum lagi" pesan maya dengan wajah gembira lalu dia berjalan dengan riang menuju kearah pintu lalu pintu di hempas dengan kuat dari luar.
BAM!
"arish! cepat bukak tali ni!" panggil liana kearah arish yang masih bingung.
arish menghampiri liana lalu duduk membelakangi liana. kini belakang tubuh mereka bertemu. arish mencari tangan liana lalu membuka ikatan pada tangan liana.
saat sudah terbuka liana pantas membuka ikatan pada kakinya sebelum dia membuka ikatan tangan arish dengan cepat. liana menghampiri dahlia lalu membantu dahlia meleraikan ikatan dengan pantas.
"aippp! biar aku buka ikatan sophie" larang liana apabila melihat arish ingin membuka tali yang mengikat tangan sophie.
dahlia membantu kayla yang sudah tidak sedarkan diri manakala liana membantu sophie.
"boleh saya tahu apa jadi sebenarnya? kenapa cik maya jadi macam tu?" tanya arish dengan berhati hati. soalan itu membuatkan tindakan liana dan dahlia terbantut serta merta
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...