Seperti biasa penghuni rumah itu turun pagi untuk bersarapan. Dahlia, Sophie, Liana dan Kayla sudah duduk menunggu. Maya baru turun dan pelik apabila melihat Puan Maria belum tiba.
"Mama mana?" soal Maya memandang semua.
Mereka semua mengangkat bahu tidak tahu tanda tidak kisah. Maya memandang geram sebelum berjalan menuju ke bilik Puan Maria.
Sebaik Maya tiba, dia mencari Puan Maria seluruh bilik.
"Mama?"
Maya mulai cemas. Dia membuka pintu tandas namun tiada sesiapa di dalam. Dia segera berlari ke meja makan kembali.
"Kau asal berlari macam kena kejar hantu?" soal Liana celupar. Yang lain turut hairan dengan Maya berupa panik.
"Mama! Mama hilang!" kata Maya. Semua tercengang. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Kau jangan mengarutlah, dah check betul-betul?" sampuk Dahlia sukar percaya. Laju Maya mengangguk.
Semua terdiam. Sophie dan Kayla berpandangan sesama sendiri.
*****
Kayla mundar-mandir di ruang tamu. Dahlia, Sophie dan Liana berkumpul sebaik selesai bersarapan. Maya sudah menghilang bersama hati yang gusar.
"Macam mana mama hilang? Dia tak pernah keluar rumah pun" soal Kayla pelik. Dia berasa pelik.
"Entah-entah ada je kat atas tu" kata Liana tidak percaya. Dia malas mahu menjenguk bilik Puan Maria.
"Aku dah check, memang takde" sampuk Sophie disebelah. Dia sendiri pun tidak tahu ke mana perginya Puan Maria.
Semua terdiam. Masing-masing buntu dengan kehilangan Puan Maria. Tiba-tiba Dahlia berdiri sambil tersenyum riang.
"Ini lah masa kita keluar dari rumah ni! Orang tua tu dah takde" kata Dahlia gembira. Kini hidupnya bebas.
"Kau jangan mengarut, kau ingat semudah tu ke kita dapat keluar?" kata Liana melarang.
Dahlia terdiam. Dia memandang adik-adiknya yang kelihatan buntu.
"Korang nak risau apa? Dia dah hilang kan, hidup kita dah selamat" kata Dahlia memberi semangat kepada mereka.
Sophie menggeleng tidak bersetuju.
"aku rasa ini ada permulaan. gangguan sebelum ni hanya cubaan 'dia' sahaja" teka Liana membuatkan semua terdiam cuba untuk mencerna ayat tersebut.
"mungkin jugak. Aku tak rasa kita dah selamat, mama tiba-tiba hilang. Kau dapat agak apa yang akan berlaku? Entah-entah kau yang akan hilang lepasni" kata Sophie serta memberi kata-kata menyakitkan hati.
Dahlia berpeluk tubuh sambil menjeling Sophie. Sakit pula hatinya mendengar jawapan itu.
"Buat sementara waktu, kita tunggu. Mana tau mama kembali" kata Kayla tidak mahu mengeruhkan keadaan. Akhirnya mereka bersetuju.
Arish yang menyorok di sebalik dinding, terkejut dengan perkhabaran itu. Puan Maria hilang? Hatinya terdetik hairan bagaimanakah Puan Maria hilang? Kenapa tak buat laporan polis sebaliknya menunggu?
Lagi sekali persoalan itu menghantui dirinya.
*****
"Cik Maya" Arish mengetuk bilik Puan Maria. Maya terperap di dalam bilik itu sejak kehilangan Puan Maria.
Tiada sahutan. Arish segera menolak daun pintu. Kelihatan Maya duduk di atas kerusi Puan Maria membelakanginya.
Perlahan-lahan Arish berjalan mendekati meja. Dia berdehem.
"Cik Maya masih risau kehilangan Puan Maria ke?" soalnya perlahan.
Maya tidak bereaksi. Menyahut pun tidak. Selama beberapa minit suasana sunyi.
"Apakata Cik Maya lapor polis? Saya rasa lebih senang nak cari Puan Maria" cadang Arish berniat membantu.
Maya masih mendiamkan diri.
"Kalau Cik Maya nak..."
"Tak perlu, saya tahu apa yang saya harus buat. Awak jangan masuk campur" balas Maya tegas. Dia tidak memandang Arish semasa bercakap.
Arish terkedu apabila ditegur sebegitu. Dia cuma mahu menolong. Namun Maya tidak mahu dia ikut campur.
"Maafkan saya Cik Maya, saya keluar dulu" pamit Arish.
"Ingat, kalau bukan urusan kau jangan nak menyibuk. Kau taknak benda yang tak elok terjadi kan?" soal Maya berbaur kasar.
Arish terkejut namun segera beredar. Dia tidak mengerti mengapa Maya memberi amarannya sebegitu.
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...