Dahlia terjaga malam itu sebaik mendengar pintu biliknya diketuk. Dia menoleh ke arah pintu. Senyap.
Matanya kembali bertutup. Pintunya diketuk lagi. Dia mendengus kasar sebelum menuju ke pintu. Sebaik dibuka, tiada sesiapa di luar.
"Siapa nak main-main dengan aku ni?!" marah Dahlia menghempas pintu dengan kuat. Kalau ada diantara adik-beradiknya melakukan itu, siaplah mereka.
Dahlia berselubung dalam selimut. Sedang dia terlelap, telinganya mendengar bisikan seseorang di telinganya. Dia menggosok telinga dengan perasaan marah.
"Dahlia..."
Kini sayup-sayup suara halus di telinga Dahlia. Dahlia terkedu. Dia terkaku seketika.
Kakinya seperti dicuit seseorang di hujung katil. Takut-takut Dahlia membuka selimut sebelum melihat figura yang berdiri di hujung katil.
Satu makhluk dengan wajah hodoh mengalirkan air busuk dari dalam mulut. Bebola matanya sudah tercabut dari soket. Kulitnya kering dan berbusuk. Jari yang dihiasi kuku yang panjang menunjuk ke arah Dahlia. Riak muka makhluk itu tampak marah.
"KAU AKU PUNYA!"
Dahlia menjerit histeria melihat makhluk itu. Dia membaling semua barang yang terdapat di sisinya. Makhluk itu semakin mendekatinya.
Pintu bilik terbuka. Maya masuk dengan panik apabila adiknya menjerit dengan kuat. Sophie, Liana dan Kayla turut tiba setelah mendengar kekecohan.
"Dahlia! Dahlia okay ke?!" soal Maya mahu mendekati Dahlia. Namun Dahlia bertindak ganas dengan membaling lampu tidur. Maya sempat mengelak.
"Pergi! Pergi!" jerit Dahlia tidak keruan.
Arish baru tiba sebaik mendengar kekecohan di tingkat atas. Dia terkejut melihat keadaan Dahlia seperti kerasukan.
"You buat apa kat sini Arish?" tanya Sophie seolah-olah tidak mahu Arish mencampuri urusan itu.
"Saya terdengar orang menjerit, apa yang jadi dengan Cik Dahlia?" tanya Arish mulai tidak sedap hati. Sudah beberapa minggu dia bekerja di situ, ini pertama kali dia berhadapan situasi begitu.
"Kau jangan risikokan diri kau" kata Liana berpeluk tubuh memandang Dahlia yang masih meracau.
"Saya?" Arish tidak faham mengapa dia pula dikaitkan. Dia menoleh ke arah Dahlia yang memandangnya tajam.
Arish gementar melihat pandangan itu. Tiba-tiba Dahlia tertawa nyaring sebelum pengsan tidak sedarkan diri. Maya segera memangku adiknya.
Sophie, Liana dan Kayla sudah gelisah melihat situasi itu.
*****
Sarapan pagi itu sunyi seperti biasa. Dahlia tidak ikut serta. Puan Maria meneruskan menjamah makanan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Dahlia macam mana? Takkan nak biarkan dia macam tu je?" soal Kayla sengaja mencuri perhatian Puan Maria.
Puan Maria mengangkat muka memandang Kayla.
"Kau nak tolong dia ke?" tanya Puan Maria. Maya disebelah cuma mendengar.
Kayla terdiam. Nampaknya perkara ini sudah bermula.
"Mama buat apa sampai benda tu kacau Dahlia?" kini Sophie pula menyoal. Dia tidak senang dengan Puan Maria.
"Korang semua kalau taknak benda buruk terjadi, jangan buat yang bukan-bukan" ujar Puan Maria berbaur tegas dan amaran. Dia segera beredar dari meja makan dan naik ke atas.
"Habistu nak biar benda keji tu kacau kiteorang pulak?" ujar Liana dengan nada tidak puas hati. Dia memandang Puan Maria yang sudah menghilang.
"Dahlah semua, ikut je apa mama kata" sampuk Maya tidak mahu benda yang tidak sepatutnya terjadi. Dia memandang adik-adiknya.
"Habistu nak libatkan orang luar pulak?" soal Liana masih tidak puas hati. Dia memandang garfu di dalam pinggan dengan perasaan marah.
Sophie tidak menjawab. Dia faham apa yang dimaksudkan Liana.
"Kenapa tiba-tiba mama nak libatkan orang lain pulak? Selama ni kita dah cuba ikut dia, apa yang mama nak lagi?" sampuk Kayla. Dia sudah malas dengan semua ini.
Maya mendengar keluhan adik-adiknya. Ada sebab Puan Maria mengambil Arish sebagai pembantu lelaki.
"Please la, korang jangan buat benda bukan-bukan kalau taknak mama marah" pesan Maya lagi.
Sophie bangun dari kerusi dan memandang mereka semua.
"Kalau aku tahu korang libatkan si Arish, siap lah mama" ujar Sophie tegas. Dia berjalan meninggalkan meja makan. Liana dan Kayla turut beredar untuk membuat hal masing-masing.
Maya mengetap bibirnya geram dengan kedegilan adik-adiknya.
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...