3

25 7 0
                                    

Pagi-pagi lagi, Arish sudah bangun dan bersiap. Takut pula majikannya sudah bangun terlebih dahulu. Macam tak sedar diri pula.

"Mak Mun ada nak saya tolong apa-apa ke?" tanya Arish sebaik tiba di dapur. Kelihatan Mak Mun sedang menyiapkan bihun goreng.

"Harini kamu boleh mula tebas semak-semak dekat halaman rumah, Mak Mun ni bukan apa takut anak-anak Puan Maria selalu merayap di luar" ujar Mak Mun sambil tangannya ligat bekerja.

"Baik Mak Mun" jawab Arish. Dia cuma mengikut arahan yang ditetapkan. Mak Mun pula hampir sebaya dengan ibunya.

Kedengaran derap kaki di meja makan. Mungkin majikan-majikannya sudah turun. Mak Mun mengangkat hidangan yang telah siap ke meja makan.

Puan Maria yang duduk di kepala meja melirik Arish di dapur. Pandangannya tersirat seribu makna. Arish cuma menunduk hormat.

Maya, Dahlia, Sophie, Liana serta Kayla sudah mengambil tempat. Masing-masing tidak mengendahkan hal lain.

*****

Matanya memandang semak-samun yang terdapat di halaman rumah. Agak tinggi dan kelihatan tidak terjaga. Lagipula semua ahli rumah ini perempuan. Arish mencapai sabit sebelum menebas semak.

Setelah beberapa jam menebas, telinga Arish menangkap suara bercakap. Dia menoleh sekeliling dan mendapati Kayla duduk di buaian yang terletak di bawah sebuah pokok. Arish memasang telinga.

"Mama yang ambil dia bekerja, nasib dia lah" ujar Kayla seperti bercakap dengan seseorang. Namun dia ketawa sendiri selepas itu.

Arish hairan dengan gelagat anak majikannya itu. Kayla ni gila ke?

"Kau ingat dia dapat lari dengan mudah ke? Kau tak kenal mama tu macam mana?" kata Kayla lagi dengan nada tak senang.

"Cik Kayla cakap dengan siapa?" tegur Arish mendekati buaian diduduki Kayla. Kayla mengangkat kepala memandangnya.

"Kawan" balasnya pendek.

"Siapa?" soal Arish lagi. Dia agak curiga dengan perbualan Kayla tadi. Siapa yang dimaksudkan Kayla?

"Awak ni buat apa kat sini?" tanya Kayla menukar topik. Melihat pakaian dan sabit di tangan Arish, dia dapat mengagak Arish sedang menebas semak.

"Saya bersihkan semak" jawab Arish. Kayla cuma mengangguk.

"Berani ye awak ambil risiko bekerja kat sini" ujar Kayla bermakna. Dia bercakap tidak memandang Arish yang berdiri dihadapannya. Sebaliknya kakinya menguis daun-daun kering di atas tanah.

"Risiko macam mana tu Cik Kayla?" tanya Arish berganda pelik. Memang semua ahli keluarga Puan Maria ni pelik lah.

"Awak percaya benda ghaib?" soal Kayla tiba-tiba.

Perlahan-lahan Arish mengangguk. Makhluk ghaib memang wujud di muka bumi ini.

Tiba-tiba Kayla tertawa sendiri. Dia tertawa sambil memandang muka Arish. Arish pula takut melihat keadaan Kayla itu.

"Kayla!" jeritan Maya dari pintu rumah kedengaran. Kayla memandang Maya dengan pandangan meluat. Dia beredar sebelum masuk ke dalam rumah.

Maya memandang Arish yang tidak berganjak sejak tadi.

"Sambung kerja awak Arish!" kata Maya sebelum menghilang. Arish bergegas menghabiskan kerjanya.

*****

Tepat pukul 4 petang kerja Arish membersihkan semak sudah selesai. Dia menghembuskan nafas lega sebelum terduduk di atas bangku berdekatan. Kerjanya mudah hari itu kerana cuaca yang tidak terlalu terik.

"Penat?" soal satu suara sebelum melabuhkan punggung di sebelah Arish. Dia menyandarkan tubuh sambil mendepakan tangan disebelah Arish.

Arish terkejut melihat Sophie yang selamba duduk di sebelahnya. Dia berdehem seketika.

"Cik Sophie cari saya ke?"

Sophie memandang Arish. Dia agak tertarik dengan Arish. Dia mengangguk seketika.

"Ada apa Cik Sophie cari saya ya?" tanya Arish mahu tujuan Sophie mencarinya.

"Tak payah panggil Cik bagai, I geli lah" ujar Sophie menyilangkan kakinya. Arish tidak menjawab sebaliknya mengangguk sahaja.

"You kerja sini memang desperate nak duit ke?" tanya Sophie berminat mahu tahu.

"Ye, saya ingat nak sambung belajar" kata Arish teringat ibunya. Lantas bibirnya tersenyum.

"Besar sangat ke gaji yang you dapat kerja sini?" tanya Sophie lagi.

"Bagi saya besar, lagi pun saya memang cari kerja yang boleh isi masa dari terbuang" balas Arish lagi. Sophie mencebikkan bibirnya.

"You kena ingat tau, kerja sini tak semudah yang disangka. Even orang tua tu suruh you jaga kiteorang, baik you jaga diri you sendiri" nasihat Sophie seperti ada sesuatu yang bahaya.

Arish terdiam. Orang tua? Mengapa Sophie memanggil Puan Maria dengan gelaran itu?

"Kenapa Sophie dan yang lain cakap kerja saya susah? Apa yang kamu semua cuba sampaikan?" tanya Arish terdesak mahu tahu. Bahkan Liana dan Kayla seperti mahu memberi amaran kepadanya.

Sophie berdiri sambil menatap Arish.

"Nanti you tahu sendiri" ujar Sophie memegang bahu Arish sebelum beredar.

Lagi sekali Arish terdiam.

M4TIWhere stories live. Discover now