Selepas makan malam semua penghuni melakukan hal masing masing. Dahlia naik ke tingkat tiga dengan bersahaja. Dia tahu tempat itu terlarang tapi dia tidak peduli. Dia pernah naik ke tingkat tiga secara senyap-senyap sebelum ini.
Tiada yang istimewa di tingkat itu. Cuma koridornya lebih seram berbanding tingkat lain. Dia menghampiri sebuah bilik yang pintunya sedikit terbuka. Dia mengintai dari celahan pintu yang terbuka.
Kelihatan seorang perempuan muda yang duduk bersila di tengah tengah ruangan itu dengan mata tertutup dengan mulut terkumat kamit seperti membaca sesuatu.
Bau kemenyan kuat mengisi ruangan itu membuatkan Dahlia berkerut kening menciumnya. Dia memandang perempuan itu dengan pandangan yang sukar di tafsirkan.
Walaupun tidak suka melihat apa yang di lihatnya sekarang tapi dia tetap berdiri kaku di situ untuk menyaksikan fenonema yang jarang di lihat.
"Makan!" Kata perempuan itu lalu menolak sedulang ayam hitam yang telah di kelar lehernya. Dia berpusing menghadap pintu tanpa membuka mata. Dahlia menyorok sedikit di balik pintu.
Ayam tersebut di lahap oleh sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar. Dahlia sedikit terkejut namun riaknya masih dikawal.
"Jangan ganggu" tegur seseorang di belakang Dahlia sambil meletakkan tangannya di atas bahu Dahlia membuatkan Dahlia terserentak.
Dahlia memusingkan badan ke belakang.
"Kenapa? Takut? " tanya Dahlia sinis.
"siapa benarkan kau naik atas? Kalau mama tahu mampus kau" kata Maya lalu menarik tangan Dahlia untuk turun bersamanya sebelum Puan Maria menyedari kehadiran mereka.
"Aku tahulah kau je boleh naik atas. Aku bosan main kat bawah je" kata Dahlia dengan malas. Ya memang Maya saja dibenarkan naik atas walaupun tiada hal kecemasan.
Tiba-tiba Maya terlihat Arish yang sedang menyapu sampah berdiri tidak jauh dari mereka.
Arish berpusing lalu memandang mereka. Maya menghentikan bicaranya. Dahlia mengambil kesempatan itu untuk berlalu pergi. Maya tersenyum kecil kearah Arish lalu berlalu pergi juga.
*****
Jam menunjukkan pukul 12 malam. Mata Arish tidak dapat bertutup. Sudah beberapa kali dia mengiringkan badan namun tidak berjaya.
"Masa ni lah kau tak nak tidur" bebel Arish sendiri. Dia menampar pipinya sendiri. Arish duduk di atas katil.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi derapan kaki di luar. Arish hairan. Siapa pula masih bangun?
Dia berjalan ke pintu sebelum membuka pintu. Matanya memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Semua lampu sudah padam sejak tadi.
Pap! Pap! Pap!
Arish mendengar derapan itu lagi. Dia mengambil keputusan untuk memeriksa. Sangkanya Liana mahu bermain dengannya seperti tempoh hari.
"Cik Liana?" panggilnya. Dia kini sudah berada di ruang tamu. Tiada sahutan.
"Cik Kayla?" kini dia memanggil Kayla pula.
Masih sunyi.
Arish berjalan mendekati tangga. Dia berura-ura mahu naik namun teragak-agak. Nanti dituduh mengintip anak dara orang pulak.
Dia merasakan ada seseorang di atas memerhatinya. Puan Maria berdiri tegak sambil menatapnya tajam.
"Puan Maria perlukan apa-apa ke? Saya boleh dapatkan" ujar Arish sekiranya Puan Maria mahukan pertolongan.
Puan Maria tidak menjawab sebaliknya masih menatap Arish tajam. Dia berdiri tidak berganjak walau seinci.
"Puan Maria?" panggil Arish merasa lain macam. Mengapa Puan Maria tidak memberi respon?
"Arish" panggil seseorang di belakang. Arish menoleh dan mendapati Maya berdiri dibelakangnya.
"Cik Maya buat..." kata-kata Arish terhenti apabila figura dihadapannya kini berubah bentuk menjadi makhluk mengerikan. Wajahnya bertukar hodoh dan kehitaman. Lidahnya terjelir keluar diiringi bau busuk yang kuat.
Makhluk itu mengilai di hadapan Arish. Arish sudah lemah lutut. Dia beristifar di dalam hati sebelum matanya tertutup. Dia rebah di atas lantai.
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...