Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Semua ahli keluarga sudah berkumpul di meja makan. Puan Maria duduk di kepala meja sambil memandang anak-anaknya satu persatu.
Maya yang makan dengan berhemah. Dahlia kelihatan tidak menikmati keenakan makanan namun dimakannya jua. Sophie pula memegang telefon sambil mengunyah makanan. Lain pula dengan Liana, segala cebisan daging dipotongnya kecil-kecil. Kayla tersandar kekenyangan.
Puan Maria mengetuk meja dengan kuat membuatkan mereka semua memandangnya. Isyarat mata diberikan. Kelima-lima mereka mula duduk tegak dan mengunyah makanan dengan tekun.
Arish sedang tekun menolong Mak Mun di dapur. Dia belum menjamah makanan sebaik tiba di sini. Takkanlah dia nak makan bersama majikan pulak kan?
"Mama kenyang, mama naik dulu" ujar Puan Maria segera bangun. Maya yang sudah habis turut mengikut langkah Puan Maria naik ke atas.
Mereka berempat mengeluh. Dahlia memandang adik-adiknya.
"Buat apa orang tua tu ambil orang gaji baru pulak? Mak Mun tu tak cukup ke?" tanya Dahlia dengan nada menyampah. Orang tua yang dimaksudkan ialah Puan Maria. Dia tidak pernah menyukai Puan Maria.
"Baguslah, aku dapat gunakan dia" balas Kayla tersenyum suka. Liana menjeling disebelah.
"Aku nak guna dia dulu untuk barang aku" kata Liana sudah membuat perancangan. Banyak kerja yang menyeronokkan belum dilakukannya.
Kayla dan Liana mula bergaduh mulut. Dahlia berasa rimas lalu menolak kerusi dengan kasar. Dia beredar ke bilik.
"Kongsi lah sama-sama, but dia fully aku punya. He seems cute" sampuk Sophie selamba sambil memintal rambut.
"Dia tu muda dari kau lah!" kata Kayla pelik dengan taste kakaknya itu.
"So i'm the mami" balas Sophie selamba. Dia sudah biasa dengan lelaki muda darinya.
Liana menjeling menyampah. Dia mencapai pisau di dalam pinggan sebelum beredar meninggalkan meja makan.
*****
Malam itu setelah menunaikan solat isyak, Arish membaringkan badan di atas katil. Entah mengapa hawa biliknya sedikit panas sedangkan penghawa dingin dipasang.
Arish berbaring sambil bermain telefon bimbit. Nampaknya telefonnya kurang mempunyai isyarat. Dia berharap ibu di kampung baik-baik sahaja. Dia anak tunggal dan hidupnya dan ibu cuma sebatang kara. Dialah yang menolong ibunya mencari sumber kewangan memandangkan ibunya semakin berusia.
Sedang Arish cuba melelapkan mata, telinganya menangkap bunyi cakaran di pintu bilik. Dia terjaga dan memandang pintu biliknya yang bertutup. Setahunya, semua majikannya sudah terperap di dalam bilik termasuk Mak Mun.
Skrett... Skret....
Cakaran pada pintu biliknya masih berbunyi. Arish sudah berdebar. Dia menghampiri pintu dan terkumat-kamit membaca ayat al-Quran.
Pintu ditolak perlahan. Arish menjengahkan kepala ke luar pintu. Suasana gelap dan sunyi. Arish menelan air liur kesat. Siapa yang mencakar pintu biliknya tadi?
Skrett... Skrett...
Cakaran mula bermain di belakangnya. Arish terkaku. Dia teragak-agak mahu menoleh belakang. Akhirnya dia menoleh dan segera beristifar.
"Astafirullahalazim! Liana!" ucap Arish mengurut dada. Terkejut dia melihat Liana mencakar pintu biliknya menggunakan pisau.
Liana tersenyum seram sambil berpeluk tubuh memandang Arish.
"Kau takut ke?"
"Saya cuma terkejut" balas Arish. Hairan pula melihat kehadiran Liana di bawah. Nanti apa pula kata yang lain.
"Baru benda macam ni kau dah gelabah, belum kau hadap benda lebih teruk dari ni" kata Liana penuh makna. Dia agak kasihan dengan kehadiran Arish.
"Maksud Cik Liana?" Arish tidak faham. Baru hari pertama bekerja, sudah macam-macam pesanan diterimanya.
"Apa yang aku nak pesan ni, kau kuatkan semangat kau. Benda ni tak semudah yang kau sangka" pesan Liana lagi. Dia menunjuk wajah serius.
Arish tidak menjawab. Dia tidak faham maksud majikannya ini. Apa yang tidak kena dengan keluarga ini?
Dia mencari kelibat Liana namun Liana tidak lagi kelihatan. Arish segera masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...