14

7 2 0
                                    

seminggu sudah berlalu, kehilangan puan maria masih menemui jalan buntu. gangguan yang di alami mereka semakin teruk. keadaan mereka semakin memudaratkan. badan mereka semakin menyusut, muka sedikit cengkung. semua ulah makhluk belaan puan maria yang sepertinya mencari tuannya.

mak mun menghidangkan makan siang di atas meja yang turut di bantu oleh arish yang tiada apa apa kerja waktu itu.

tidak lama kemudian kayla, liana, sophie dan dahlia turun dari tangga lalu duduk di tempat masing masing. mak mun mula mencendok nasi ke dalam pinggan majikan majikannya.

mereka berempat mula makan tanpa sebarang bunyi. maya turun dari atas dengan muka kosong. dia duduk di tempat puan maria. biasanya dia akan duduk di sebelah kanan puan maria. mereka berempat tidak mengendahkan perubahan perangai maya itu walaupun banyak persoalan yang bermain di fikiran mereka semua.

kenapa maya seolah mahu meniru gaya puan maria?

ya, maya banyak menyendiri di tingkat tiga dan hanya turun apabila waktu makan sahaja seperti puan maria.

"ada apa apa pekembangan ke pasal orang tua tu" tanya sophie saja mahu memecah kesunyian antara mereka.

"I don't know.." ujar kayla seolah pasrah. dahlia yang makan daging panggang dengan rakus mula makan dengan perlahan seolah memikirkan sesuatu.

"aku nak naik tingkat tiga tu" ujar dahlia selamba lalu mencicip sedikit jus oren dalam gelasnya.

"inilah masanya" kata mak mun perlahan dari dapur tanpa di dengari arish.

"JANGAN!" bantah maya nyaring sambil memandang tajam ke arah dahlia. arish yang berada di dapur segera mengintip perbualan majikannya di celah pintu dapur.

"kenapa? orang tua tu dah takde buat apa nak ikut larangan dia lagi?" tanya sophie pula. dahlia yang ingin menjawab segera diam kerana soalanya sudah di tanya oleh sophie.

"aku kata jangan, jangan" kata maya lagi, kali ini suara nya tidak nyaring lagi hanya berbaur tegas.

kayla memerhati tingkah liana yang mengelap pisau dengan menggunakan tisu. riak muka liana seperti seorang psiko setiap kali melihat benda tajam.

"kau nak simpan ke benda tu?" tanya kayla menarik perhatian yang lain untuk memandang kayla dan liana. liana yang menjadi pusat tumpuan mereka menjeling menyampah ke arah kayla yang menganggunya.

"aku tak kira, aku nak naik atas jugak" nekad liana lalu bangkit dari kerusi dengan kasar.

BAM

kerusi di tolak ke bawah meja sehingga bergegar meja tersebut. dia segera naik ke atas. maya yang melihat tingkah liana segera bangkit untuk mengejar liana.

"TUNGGU" jerit maya lalu berlari mengejar liana. dia tak boleh benarkan mereka menghancurkan rancangannya. liana yang mulanya berjalan juga lalu berlari untuk naik. apesal tangga ni banyak sangat.

maya segera menarik rambut panjang liana membuatkan liana tersungkur jatuh di lantai tingkat dua. belum sempat dia mahu memijak tangga yang seterusnya. pisaunya juga turut terlepas dari genggamannya.

"apesal kau tak benarkan kitaorang naik pulak?!" bentak liana kasar lalu berdiri berhadapan dengan maya yang pendek sedikit dari dia. nama je kakak.

"aku kata jangan, janganlah. yang kau degil sangat nak naik kenapa" jawab maya tak kurang tinggi juga suaranya melawan liana.

"lantak aku lah ni bukan rumah kau" jawab liana lalu mengambil pisau nya.

"betul tu. lagipun mama bukannya ada yang kau berlagak nak jadi mama apesal" sahut sophie dari tangga. sedari tadi sophie bersama dahlia dan kayla memerhati tingkah mereka di tingkat dua itu.

"bukan urusan korang" ujar maya setelah menenangkan diri beberapa saat tadi.

"tapi kitaorang pun berhak untuk tahu, bukan kau sorang anak mama" kata kayla tidak puas hati.

maya menjeling ke arah mereka semua. "mama dah hilang jadi aku, anak pertama yang akan menguasai semua yang ada dalam rumah ni. tahulah nasib korang lepas ni kalau bantah cakap aku" ujar maya.

arish yang masih mengintip perbualan mereka di dapur terkejut dengan perubahan maya. semakin hari dia semakin tidak mengenali maya yang dulunya ramah dan lemah lembut.

M4TIWhere stories live. Discover now