"Aku tak kira, aku nak lari jugak"
Mata Liana dan Kayla terbuntang mendengar kata-kata Dahlia. Mereka bertiga duduk di balkoni petang itu.
"Kau gila ke? Baru minggu lepas Sophie cuba nak larikan diri, dah mendapat" kata Kayla membangkang. Tidak mahu mereka pula yang mendapat.
Dahlia mundar-mandir sambil berfikir. Dia tidak mahu menjadi mangsa Puan Maria.
"Terima je lah, yang kita akan terperangkap dekat sini selamanya" kata Liana sedikit berputus asa. Peristiwa yang terjadi tempoh hari seolah-olah amaran buat mereka.
"Tak! Kita kena lari!" balas Dahlia masih degil.
"Kau nak mati ke, Dahlia?!" marah Liana tercabar. Berapa kali perlu diingatkan bahawa mereka tidak dapat keluar?
"Kau rela mati dalam tangan perempuan tu daripada mati dengan agama?" balas Dahlia nyaring. Liana memandangnya tajam.
Kayla sudah bingung melihat kakak-kakaknya bergaduh. Dia segera menghentikan pergaduhan itu.
"Dahlah jangan gaduh, benda ni takkan selesai kalau kita bergaduh" ujar Kayla memujuk.
Dahlia dan Liana terdiam. Mereka menjeling sesama sendiri.
"ARGHHHHHH!"
Jeritan seseorang dari halaman rumah membuatkan mereka bertiga terkejut. Segera mereka memandang dari balkoni. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati seorang perempuan terbaring di atas tanah berlumuran darah. Kepalanya pecah dan menampakkan isi kemerahan.
"S..siapa?" soal Kayla gugup. Dia gementar melihat mayat itu. Adakah Maya? Atau Sophie?
Liana segera berjalan menuruni tangga. Dahlia dan Kayla mengikut langkahnya dibelakang. Pintu utama dibuka. Mereka bertiga mencari tubuh yang terbaring tadi.
"Mana mayat tadi?" soal Liana memandang sekeliling. Kosong bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
Dahlia turut mencari kesan darah namun tiada.
"Tak mungkin benda tu bayangan kita" kata Dahlia mulai berasa tidak selamat. Liana disebelah tercengang. Apakah yang dijumpai mereka sebentar tadi?
Kayla terdiam menelan air liur kesat. Bulu romanya meremang. Jeritan sayu tadi terngiang di telinganya.
*****
Tawa seram menyelubungi bilik itu. Nyalaan lilin sudah menerangi sekeliling. Puan Maria tersenyum menyeringai.
"Aku tak akan lepaskan korang" ujar Puan Maria berhelah. Ada sesuatu di sampingnya. Baunya jelas busuk.
"Lelaki tu... lelaki tu menyusahkan dalam rumah ni" satu suara garau bersuara.
"Kau tenang, aku tahu apa aku buat" jawab Puan Maria.
"Aku panas.... dia dalam rumah!" kedengaran marah suara itu serta mengerang.
Puan Maria mengetap bibir geram. Dia harus melakukan sesuatu.
"Aku mahu anak kau!" kata suara itu kini menyatakan keinginan.
Puan Maria menayang wajah bengis. Wajah yang dimilikinya bukanlah wajah sebenarnya.
"Kau akan hilang semuanya kalau kau tak serahkan anak kau pada aku!" sambung suara itu sebelum menghilang pergi.
Puan Maria merasakan ibu jari kakinya sakit. Dia melihat ada satu makhluk besar berbulu hitam bertenggek menghisap darahnya. Dia menahan kesakitan sebelum makhluk terkutuk itu hilang.
*****
Bunyi derapan kaki dihadapan bilik membuatkan Maya terbangun. Dia memandang pintu bilik. Siapa diluar pada malam sebegini?
Pintunya berkeriuk terbuka. Maya tergamam. Dia melihat Puan Maria tersenyum memandangnya.
"Mama... terkejut Maya" kata Maya mengurut dada terkejut.
Puan Maria tidak menjawab sebaliknya tersenyum. Dia tidak berganjak mahupun memberi respon.
"Mama cari Maya ke? Kenapa? Diorang buat hal lagi?" soal Maya bertalu-talu. Bukan dia tidak tahu, adik-adiknya sering mencetuskan masalah.
Perlahan-lahan Puan Maria menggeleng.
"Habistu? Budak tu?" kini Maya teringat Arish. Adakah Arish berani naik ke tingkat tiga?
"Maya.. kamu janji kan nak jaga rumah ni?" soal Puan Maria tiba-tiba.
Maya tergamam mendengar soalan Puan Maria. Dia mengangguk tidak yakin.
Puan Maria berjalan mendekati Maya di katil. Dia mengusap rambut anak kesayangannya itu. Maya terdiam kaku.
"Kau tahu kan apa nak buat?!" tiba-tiba suara Puan Maria bertukar garau. Maya terbuntang mata. Puan Maria mengeluarkan pisau lalu menusuk Maya.
"ARGHHHH!" Maya menjerit sebelum terduduk di atas katil. Dia berpeluh satu badan. Dia lega apabila mendapati semua itu mimpi.
Maya memegang perutnya. Dia berasa ngilu mengenang mimpi tadi. Dia berasa tergugat sejak Sophie mengamarannya tempoh hari. Maya menyambung tidur.
Tanpa disedari, satu makhluk di sebalik langsir menyeringai ke arahnya.
YOU ARE READING
M4TI
HorrorArish menerima pekerjaan untuk menjadi pembantu lelaki di sebuah rumah banglo yang jauh dari kota sekaligus menjaga anak-anak majikannya. Gaji yang di tawarkan adalah lumayan. Di sana dia pelik melihat sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak majikann...