Plan berjalan dengan agak lancar. Maksud aku, terlebih lancar, bila next class je Cikgu Tan terus partnerkan aku dengan Jiha.
Perasaan gembira tu memang tak dapat diungkap, well, memang takkan terungkap pun sebab aku bukan expressive orangnya..
Aku tengok muka Jiha bila Cikgu Tan suruh dia partner dengan aku, muka dia biasa je. Takde nampak sedih atau tak suka. Itu yang aku lagi suka pasal dia!
"Mulai sekarang saya nak kamu, Yaakob tolong Najiha tentang apa-apa yang berkaitan dan you, Najiha, mesti tanya Yaakob kalau tak tahu apa-apa tentang subjek ni. Work as a team, especially during experiment. Faham kamu berdua?"
Dia tak merungut atau menjawab, dia just simply beralih tempat duduk. Agak terkejut tu ada lah sikit sebab keputusan yang tiba-tiba kan tapi overall memang dia okay je.
Aku? Memang tak tunjuk apa-apa reaksi pun. Aku just angguk je. Tapi debaran di dada bila bersebelahan dengannya tu, memang tak boleh nak kawal.
Masa hari pertama partnered up dengan dia, keadaan sangat awkward, bagi aku lah. Bagi dia, ia hanyalah seperti hari-hari biasa.
Dia senyum dekat aku, aku pun senyum dengan kelajuan satu billion per saat sahaja, atau dikenali sebagai nanosecond, sebab nak cover kegembiraan punya pasal. Dia punya laju tu bukan sahaja lebih laju daripada kereta lumba, tapi lebih dari kelajuan access RAM.
Sejak hari tu, Najiha banyak bertanya dekat aku berkaitan topik yang dia tak faham. Bukan sahaja chemist, malah math sekali. Aku tak kisah, sebab aku suka.
Aku suka belajar, aku suka baca, aku suka dia. Kombinasi yang cantik. Secantik Najiha.
Tapi dalam banyak-banyak yang aku suka tentang dia, aku paling suka cara dia layan orang sekeliling dia. I mean, selain Cikgu Midah.
Orang kata dia kasar sebab tengok cara dia layan lelaki-lelaki dan Cikgu Midah. Tapi, aku tak termakan pun dengan tanggapan orang sebab aku tetap dengan tanggapan aku ketika aku bertemu depan-depan dengan dia waktu insiden basikal tu.
Ternyata sangkaan aku benar belaka. Cara dia bercakap tu sebenarnya lembut sangat. Walaupun dia pakai "kau aku", tapi dia still kekalkan level hormat dia dekat orang.
Sepanjang aku partner dengan dia, dia yang banyak cakap. Aku cuma bercakap bila dia tanya sahaja. Aku jarang pandang dia. Sebab pandang dia cuma membuatkan aku gementar dan hilang fokus kat pelajaran sedangkan fokus aku yang sepatutnya adalah terhadap pelajaran.
Syakir kata lelaki biasa akan tunjuk kalau dia suka seseorang perempuan tu. Tak kira dari segi lisan atau pun fizikal. Tu yang dia pelik bila tengok aku semacam biasa je bila dah lab partner dengan Najiha.
Ada satuu je masalah.
Tahun tu dia jarang masuk kelas sebab sukan dia. Aku risau sebab takut dia tak dapat catch up topik yang dia terlepas. Kalau nak harapkan aku sorang untuk tolong dia dalam kelas, memang tak sempat. Tapi aku faham je sebab dia memang sangat passionate dengan minat dia. Aku tak salahkan minat dia. Cuma aku risau sebagai seorang kawan. Sebab tahun hadapannya SPM.
Kadang-kadang lepas habis kelas lain, aku nampak je dia berjalan dengan kawan-kawan dia. Mostly dengan Anip tu. She looked so happy with him. What a luck to be him. Diorang memang nampak secocok. Sama minat, sama good looking.
Cara dia bergurau, cara dia bercakap dengan kawan-kawan dia, cara dia gelak, haih...Kesemuanya nampak sangat sempurna bagi aku. Manis je mukanya. Walau muka tengah marah pun masih nampak manis dan comel. Hahah.
Aku nampak je potensi dia ni untuk score subjek chemist. Dia dengar cakap Cikgu Tan, tanya aku apa yang dia tak faham. Kadang-kadang dia stress dan aku cuma tenangkan dia dengan kata "sabar, sikit lagi.." Itu ajelah yang aku mampu.
Ada sekali sekala bila aku masuk kelas, dia dah ada dalam lab sebelum cikgu Tan masuk lagi. Biasanya dia antara yang terlewat masuk kelas. Ha itu tandanya ada kerisauan yang dia hadapi. Setiap kali kerisauan tu akan diiringi sekali buku-buku atas meja yang bersepah. Itu buku-buku subjek lain, erti kata lain, homeworks dia yang bertimbun dia tak siapkan lagi. Gigih dan steady dia siapkan sebelum kelas cikgu Tan.
Aku terus letakkan buku aku atas meja, duduk sebelah, pandang je dia. Aku tak tahu cara nak offer tolong so aku pandang je dia dengan harapan dia akan terpandang aku dan minta tolong.
Well it worked! Dia pandang aku yang tengah pandang dia. Stress macam mana pun dia, dia tak marah pun. Dia akan started with "Stress lah banyak sangat homeworks." to "...Kau nak tolong ke?"
Aku terus angguk. "Boleh, meh." Aku terus ambil buku math dia dan tolong dia siapkan semua soalan.
"Serious lah?" muka dia terkejut tapi teruja. Aku cuma angguk, masih menyiapkan kerjanya.
Sejak tu memang setiap kali nampak muka risau dia, aku akan tolong buatkan. Aku tahu dia stress dengan sukan dia lagi. Aku pun tak setuju cikgu bagi kerja banyak-banyak walaupun aku selalu siapkan kerja sekolah.
Biasa aku akan bawa balik buku Najiha dan siapkan kat rumah. Aku tak terbeban pun sebab biasanya kalau soalan macam Sejarah atau BM, aku copy balik je dari buku latihan aku. Kalau soalan addmath ke yang perlukan kira-kira, kadang-kadang aku copy juga kalau tak sempat, tapi biasa aku kira je ikut buku formula aku. Lagi pantas.
Kalau math, addmath, chemist, fizik, aku selalu akan titipkan sikit-sikit formula dekat tepi mukasurat buku latihan dia. Untuk rujukan dia nanti. Kalau dia semaklah.
Tapi aku tahu buku yang kira-kira dia tak pernah semak. Sebab aku pernah conteng sikit buku dia, letak mini love kat sebalik formula, dia tak perasan pun. Aku pun apa lagi, mulalah conteng lagi, kadang-kadang lukis orang lidi yang menjadikan aku dan dia sebagai watak. Kadang-kadang letak lirik-lirik lagu.
Setiap kali aku siapkan kerja dia, aku rasa gembira. Tak tahu kenapa tapi rasa macam lega yang dia tak perlu risau lagi pasal benda yang membebankan dia. Bila aku returned buku dia, dia akan belikan aku jajan walaupun berapa kali dah aku tolak sebab aku tolong ikhlas.
Aku tak pernah nak berkira ajar orang. Bagi aku, sekolah ni benda yang sekejap je so buat apa nak simpan ilmu ni tanpa kongsi lama-lama kan?
Sekolah..
Aku tak dapat rasa pun sekolah ni best. Tak pernah. Time tu aku nak cepat-cepat habis sekolah sebab aku rasa takda function lain pun sekolah ni selain tiket untuk aku teruskan ke jalan yang aku betul-betul nak. Lagipun aku bodoh. Itulah yang ayah selalu cakap.
So aku belajar. Aku hadam je dulu semua ilmu yang aku dapat. Sebab sekolah ajar benda basic. Aku tak tahu nak jadi apa lepas habis sekolah, so aku kumpul semua ilmu basic dulu, tengok mana yang paling aku minat.
Lepastu aku ciao lah buat apa nak lama-lama dekat wreckage.
YOU ARE READING
15 September
RomanceAnniversary. Bagi aku anniversary ni tak patut wujud. Semua tu tak melambangkan cinta unless kau dah kahwin. Kalau kau betul cintakan seseorang, kau takkan biarkan dia tunggu bertahun lama untuk dilamar. Like for what? Tunggu kau kaya dulu, poket da...