Cerita 1/3 Girls

33 6 0
                                    

Masa cuti akhir tahun sebelum tahun aku spm, aku banyak habiskan masa dengan praktis. Aku tak tau kenapa sesi pemilihan wakil negeri ditangguhkan sehingga awal tahun depan which was awal tahun aku form 5. Coach kata ada masalah dalaman. Itu semua hal menteri sukan lah aku malas nak masuk campur. Tapi walau macam mana pun aku dan anip tetap teruskan berlatih. Kami bukan jenis cepat give up. Lagi tangguh lagi membuak-buak jiwa raga kami untuk keep going on. Sepanjang sebulan setengah cuti tu, aku dan anip tak belajar langsung. Yun, Ida dan Zara bukan kaki sukan tapi hanya Zara je yang rajin. Lain semua haprak juga macam aku. Lepas training aku akan lepak dengan Anip. Malam pula kalau malas keluar dengan girls, aku akan ajak diaorang lepak kat rumah aku. My parents pun dah kenal diaorang and diaorang pun suka je kalau aku bawak balik kawan datang lepak rumah. At least, aku tak adelah rasa kesunyian as the only child at home as my bro was studying abroad. Plus, at least diaorang tahu aku kat mana and apa aktiviti aku. Time weekend selalu jugaklah girls tidur rumah aku. Iyerlah, rumah besar kan. Bukan nak berlagak tapi memang to be honest aku ni dari keluarga yang berada jugalah. Dalam kalangan kitaorang girls, aku paling kaya. Yun was second. Zara pula problem sikit family dia. Abang kaki dadah.Ayah kaki judi. Mak kaki pukul. Akak pula kaki jantan. No kidding. Aku kadang2 kesian tengok Zara. Dahla anak bongsu, dapat pula family yang tak guna. Akak dia ada lah guna juga. Selalu masak and buat kerja rumah. Akak dia suka tukar2 kerja tapi still dekat kawasan yang dekat dengan rumah. Tapi itulah, liar jugalah. Hisap rokok, every week balik rumah bawa jantan lain2, masuk bilik tanpa pengetahuan mak sebab keluar bekerja. Zara tak tahulah apa yang akak dia buat tapi apa yang dia tahu, kalau dia beritahu mak pasal perangai akak dia, dia akan screw up. No more breakfast, lunch, dinner, and most importantly all the houseworks would be on her shoulder. Akak dia tak perlu kasi warning kat dia. Dia tahu sendiri. Akak dia suruh diam2 je.Abangnya tak perlu ceritalah. Balik pun bila dah tak ada duit nak beli pil ecstasy , minta ayah. Luckily, buruk2 dia pun tak pernah naik tangan kat mak, ayah and adik beradik dia. Dia just balik, jerit2 minta duit, ayah akan campak je duit kat dia sambil dibebel mak, and blah. Itulah rutinnya kalau balik. Kalau tak balik lagi bagus, kata Zara.
Ayah dia even kerja security guard, dia rasa itu tak cukup untuk sara keluarga dia. Sebab tu dia berjudi. Dia fikir luck dia je bila berjudi. Bila tak ada luck, mulalah nak badmood. But luckily 2.0, dia pun tak pernah naik tangan.

Ha, mak dia je kaki pukul. Mentang2 kerja kilang biskut, habis dia nak biskutkan si Zara and akaknya tu. Kalau ada salah sikit dimaki, ditonjolnya kepala. Itu baru salah sikit. Kalau salah banyak memang rotanlah jawapannya. Zara banyak kali kena sebab dia melawan cakap. Selalunya bergaduh pasal duitlah. Biasalah student sekolah kenalah pakai banyak duit. Itu belum universiti lagi. Herm. Kesian Zara. Sebab tu kalau dia tak okay dengan family dia, dia akan ke rumah aku, cerita problem dekat aku and aku akan bawa dia keluar jalan2. Tengok wayang ke, apa2 lah. Yang penting aku nak buatkan dia lupa pasal benda2 negatif dari family dia tu even sementara.

15 SeptemberWhere stories live. Discover now