Anip terdiam. Terkejut+terkedu.
"Ap-pahal pulak ni? Amende you merepek ni?"
"You know what I mean and you know I dont talk nonsense" aku balas tegas.
Anip terdiam kejap. Dia tarik nafas dalam2.
"Apa you nak sebenarnya ni?" soal anip menyirap sambil garu2 kepala dia.
"I nak belajar. Itu je. Now, choose one. No other options" tegas aku.
Anip frust. Dia kata dia taknak lepaskan aku. Dia tak boleh hidup tanpa aku. Dia fikir aku nak percaya ke? Aku tak hirau segala pujuk rayu dia. Apa yang aku nak was to make my mom proud.
Last last, anip terpaksa pilih. Disebabkan dia taknak lepaskan aku, dia chose the first option which is to let me change the chemist class. Dia pun tahu pendirian aku tetap. So, dia tak boleh nak buat apa. Lahai, at least kelas lain sama. Cuma tak duduk sebelah2 jelah. Gediklah jantan tu.
Aku cakap dekat cikgu Tan pasal hal tu. Cikgu Tan bangga dengan aku. Even lepas keputusan aku nak tukar kelas tu tak menjamin yang cikgu chemist aku still cikgu Tan, aku redha. Yang penting adalah aku got rid of anip yang biol tu.
Aku ke pejabat sekolah untuk permohonan tukar kelas. Aku jumpa dengan pk hal ehwal akademik, Cikgu Syarifah. Dia manis orangnya. Cakap tak pernah tak senyum even umur dah separuh abad. Aku ketuk bilik dia. Aku memang dah buat appointment dengan dia and dia pun memang dah kenal aku sebab siapa je yang tak kenal Queen of Track sekolah kan?
Lepas dapat izin masuk, cikgu Syarifah tegur nama aku dengan mesranya. Aku pun salam tangan beliau.
"Jadi, awak confirm nak tukar kelas ya Najiha?" tanya beliau lembut.
"Yup." jawab aku ringkas sebab sebelum ni aku ada hantar surat dekat beliau.Aku ceritakan sebab2nya. Dia nak settle and double confirmed buat kali terakhir pasal kehendak aku tu, that's why aku buat appointment.
Cikgu Syarifah selak2 dokumen yang aku pun tak faham apa tebal and banyak sangat dokumen2 tu.
"Sekejap ya" beliau mintak aku tunggu. Aku cuma angguk.
"Eh, kejap" cikgu Syarifah terkejut masa semak satu dokumen tu. Aku pun terkejut.
"Kenapa cikgu?" Aku tanya.
"Nampaknya, ada seorang lagi pelajar ni nak tukar masuk ke kelas chemist awaklah. Dalam surat, dia kata awak sebabnya."
Haik?? Aku?! Bisik hati aku.
"Siapa cikgu?" aku keliru gila.
Cikgu Syarifah tersenyum sinis. Aku lagi pelik.
"Kalau awak baca surat ni, awak akan rasa macam baca surat cinta. Saya yang tua ni pun tersenyum je baca."
Cikgu hulurkan surat tu kat aku. Aku baca dalam hati.
"Kehadapan Puan Syarifah,
Saya Yaakob bin Ibrahim, pelajar.."
"Allah!" ucap aku.
"Awak kenal dia?" tanya Cikgu Syarifah tersenyum.
Aku pejamkan sekejap mata aku, tarik nafas dalam2 and hembus balik, then buka mata balik.
"Ya..Dia partner chemist saya tahun lepas. Kami satu kelas dulu." jawab aku menggosok2 surat tu pakai ibu jari kanan and sebelah tangan lagi menggentel2 bulu kening kanan aku yang on flick tu.
Aku teruskan baca. Ofcourse baca dalam hati.
"... dari kelas 5 Dinamik untuk kelas kimia. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan sebab saya ingin tukar ke kelas 5 Gigih kimia. Berikut adalah sebab-sebabnya: "
Okay atas2 tu dia cerita pasal apa yang dia tak puas hati dengan kelas dia. Dia pun ada cerita pasal dia tak ngam dengan cikgu lain and dia nak cikgu Tan jugak. Aku baca sampailah ke alasan yang ke 5. Ha start situlah apa yang cikgu Syarifah kata tu made sense.
Aku teruskan baca.
"...
5) Saya mempunyai seorang kawan rapat di kelas tersebut dan kami saling berbincang tentang perkara yang kami tidak faham. Namun begitu, dia sekarang di kelas lain. Sepanjang tahun lepas, dia seorang sahajalah kawan yang saya ada di kelas tersebut.
6) Saya berasa sangat selesa berkawan dan menjadi "partner" chemist dia. Biarpun di luar kelas dia salah seorang pelajar yang popular, namun begitu dia sangat rendah diri apabila di dalam kelas. Dia melayan saya sangat baik dan saya dapat rasa keikhlasannya berkawan dengan saya.
7) Biarpun saya seorang yang pasif dan dia seorang yang aktif, kami tidak pernah ada perselisihan. Saya mengaku saya jarang memandang mukanya kerana pesan ayah bahawa tundukkan pandangan apabila terlihat orang cantik."Aku tergelak sikit dekat part tu. Cikgu Syarifah dah pandang semacam. Aku cover malu. Then sambung baca.
"...
8) Saya terasa keseorangan dan kehilangan apabila berada di dalam kelas tanpa dia. Pada tahun lepas, kehadiran dia sudah cukup menceriakan hari saya. Namun pada tahun ini, saya ibarat tiada motivasi untuk datang ke kelas kimia.
9) Saya tahu dia memerlukan saya kerana dia sering meminta saya tunjuk ajar tentang subjek kimia dan dia juga pernah memberitahu yang dia hanya boleh bergantung harap kepada saya sahaja untuk belajar subjek ini.
10) Saya juga memerlukan dia sebagai penceria di dalam kelas. Walaupun tidak sebagai penceria untuk satu kelas, cukuplah hanya dengan menceriakan hati seorang nerda pasif seperti saya.
11) Sesungguhnya apa yang saya ingin sampaikan ini bukanlah atas dasar cinta semata-mata, namun begitu ianya atas dasar semangat setia kawan dan rasa tanggungjawab saya terhadapnya kerana saya telah berjanji kepada diri sendiri bahawa saya akan terus menolongnya di dalam kelas sehingga SPM.
12)Berharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan alasan-alasan saya ingin menukar kelas ini dan jika permohonan saya diterima, permintaan terakhir saya adalah dengan meminta jasa baik Puan Syarifah untuk mempengaruhi Cikgu Tan supaya menjadikan Nur Najiha Wira binti Kamarul sebagai partner saya semula tahun ini.Sekian, dengan rasa hormat, terima kasih. "
Aku terdiam lama. Cikgu Syarifah tertawa sedikit lepas tengok aku tercengang dan lidah kelu. Then, beliau cakap kat aku something.
YOU ARE READING
15 September
RomanceAnniversary. Bagi aku anniversary ni tak patut wujud. Semua tu tak melambangkan cinta unless kau dah kahwin. Kalau kau betul cintakan seseorang, kau takkan biarkan dia tunggu bertahun lama untuk dilamar. Like for what? Tunggu kau kaya dulu, poket da...