Dunia Aku di USA

9 0 0
                                    

November 2012 | Indiana, United States.

Pejam celik dah setahun lebih aku bertapa kat negara Uncle Sam ni. Alhamdulillah setakat setahun tu, aku dan Syakir takde apa-apa masalah, project proposal kitorang pun berjalan dengan lancar, setakat tulah.

Aku dah janji dengan Syakir yang kita akan realisasikan impian cipta game berdasarkan pahlawan melayu! Hahaha besar cita-cita tu , tapi Mr. Hopkins, penasihat final project kelas aku suka and approved idea kami. Katanya start kuatkan6+c basic dulu, jangan terlalu ikutkan sangat graphic semata. Yelah kalau graphic lawa semata tapi game tak run smooth sama je kan.

Kehidupan aku sepanjang kat Purdue University ni takde yang terlalu amazing, takde yang teruk setakat setahun tu. So basically biasa jelah. Syakir macam biasalah dia semakin kasanova, perempuan international keliling pinggang.

HAH tipu je. Syakir tu muka tapir, orang Islam pulak tu. Perempuan nak fun kat sini, of course lah fun diorang lain macam. Syakir tak culture shock camtu, dia still flirty tapi tak berani sampai tahap bercinta. So basically dia sama je macam aku. Aku kata kat dia tak payahla sibuk mencari cinta kalau sedar diri tu nerd. Purdue ni public university, ofc majority pelajar dia "omputih" and kau tahulah omputih kalau bercinta dia nak apa kan..

Ni fakta ya, bukan stereotaip. Lebih kurang hanya 20% pelajar universiti di USA yang grad virgin, meaning tak pernah bermaksiat lah. Aku tahu ni dari research paper dormmate aku, Raji.

"I've discovered an amount of 10% of students in our campus that are still virgin. Well, out of 10%, majority of them are Muslims. Nooo wonder." Tudia dengan slang india pekat dia.

Bila aku tanya berapa percent paling tinggi ikut majoring programme, Raji tak hesitate "Your major, Game Development and Design for the win, 33%."
See? Aku tak tipu.

Raji pernah tanya aku if aku pernah ada gf, aku cuma geleng. Dia nak perkenalkan aku dekat kawan dia tapi aku taknak.

"Why?? You haven't moved on from someone huh?"

Aku diamkan je.

Ji stopped jawab SMS aku 3 bulan lepas aku ke Purdue. Aku ada spam tapi dia cuma kata dia busy. Aku okay je as long as dia okay. Lama-lama kami dah tak berborak, aku teruskan hidup aku dan dia pun teruskan hidup walaupun aku tak tahula hidup ke tak sebab fb pun tak update.

Kat sini aku tak banyak kawan (macam tak biasa kan) cuma bezanya, students kat sini semua lebih kurang aku, nerds hahaha. Tak semua cuma kira ramai jugaklah. Syakir kata Purdue ni memang dunia aku.

Aku diberi dorm dalam Purdue ni yang bernama EarHart. Satu bilik 3 orang; Aku, Raji dan Ayad dari Morocco. Tiga-tiga foreign students. Syakir pulak bilik sebelah, katanya kalau classmates better jangan sebilik. Faktor dia apa pun aku tak tahu tapi aku ikut jelah.

Tapi Syakir rajin ke bilik aku buat kerja and projek sama-sama. Dia pun dah macam roomates dah, Raj dan Ayad pun dah ngam.

Disebabkan kami berdua ni bukan tajaan kerajaan, so dalam universiti ni ada seorang dua je students dari Malaysia. Itu berdasarkan data yang aku semaklah.

Harian aku kat Purdue macam biasa je, bangun tidur, makan, belajar, kerja kursus, itulah ulang-ulang. Adelah awal-awal tu melawat some parts of USA lagi-lagi kota New York tapi tu pun sebab orientasi student abroad je. Aku tahu aku akan dapat jelajah seluruh US bila aku dapat kerja sana nanti. Sebab tu aku tak ke mana. Aku memang orang yang membosankan sebab tujuan utama aku cumalah nak jadi seorang game developer so basically dunia aku dekat skrin je.

Basic. Itu aku gelarkan diri aku speanjang kat Purdue.

Sampailah ....

15 SeptemberWhere stories live. Discover now