Seminggu berlalu.
Aku risau sebab Jiha dah start tak masuk kelas lagi. Aku faham yang dia sibuk dengan latihan untuk pemilihan tapi dia tak boleh nak selamanya tinggalkan kelas. Dia nak dapatkan scholarship tapi takde usaha.
Dua minggu berlalu..
Aku masih menunggu keputusan Jiha. Dia nampaknya memang lupa pasal hari tu. Betul kata Syakir, orang macam Jiha ni memang susah nak tackle. Apalah yang aku fikirkan, aku dengan dia memang langit dengan bumi. Tapi takpe lah, aku tahu dia takkan tinggalkan Anip. Mental aku memang dah prepare awal-awal, aku tahu satu hari nanti, dia akan tahu jugak perangai tak guna Anip tu. Satu hari nanti..
Hari sukan sekolah (6 Oktober 2007)...
Kalau tak sebab Syakir masuk acara lompat jauh, dah lama aku skip hari sukan tu. Sukan memang bukan forte aku. Aku cuma tunggu hari inovasi je. Tahun ni aku kalah dengan Rashiddin and team dari kelas 3 Fasih. Inovasi mini vacuum dia memang mencuri tumpuan juri-juri. Dengan menggantikan komponen kipas dengan tin aluminium coke, memang cukup kreatif. Aku and team aku sekadar runner up, inovasi gabungan hoodie dan backpack memang menjadi tumpuan juri juga, cuma tak sekreatif team Rashiddin.
Masa hari sukan, aku cuba untuk berjumpa dengan Jiha tapi aku takda keyakinan. Dia menang banyak hari tu, confirm jadi attention ramai orang. Aku pula tak suka attention. Nanti anxiety aku naik. Padahal boleh je jumpa, banyak je peluang sebab aku dengan dia satu rumah sukan. Tapi at last aku decided untuk tak tegur dia pun hari tu, cuma perhati dari jauh sahaja.
Hari tu, Syakir kalah lompat jauh. Dia dapat tempat kelima untuk rumah sukan dia. Senang cerita, second last. Masa berbasikal balik, Syakir mengamuk kat aku, tak habis-habis membebel tentang macam mana dia boleh terbuat silap blablabla. Aku macam biasa lah, dengar je luahan dia sambil geleng kepala. Dia punya mengamuk tu cuma buat aku geli hati je.
Oh ya. Hari inovasi tahun depan, aku daftar nama dengan Syakir walaupun kitorang lain kelas. Cikgu Tan, selaku salah seorang pengurus hari inovasi 2008 kata boleh je daftar satu kumpulan dua orang cuma syaratnya adalah kena sekelas. Aku dan Syakir pertahankan pendirian kitorang, last last Cikgu Tan pun akur dan letakkan kitorang under gabungan dua kelas iaitu "3 Gigih & Efektif".
Aku ikut idea Syakir kalini. Dia nak buat inovasi pasal gaming melalui ilmu coding dia. Aku rasa tu idea yang hebat sebab takda lagi pelajar dari sejarah sekolah kami yang buat inovasi digital lebih-lebih lagi untuk gaming.
Tapiii, kami ada beberapa ketidaksefahaman sikit lah tentang jenis genre yang nak dipilih, sebabkan kami punya imaginasi dan keyakinan yang terlalu tinggi. Syakir nak create QTE game (Quick Time Event) dan aku pula nak create game genre RTS (Real-Time Strategy).
Syakir: Kita create ala-ala Final Fantasy atau Shenmue, tapi kita tukar dengan watak melayu, kan..
Aku: Tak kau faham tak, nak create QTE ni perlukan masa yang lama and lagipun QTE in 3D doh, kita buat 2D sudahlah. Aku yakin kita cuma boleh buat on screen prompt je dengan masa yang singkat ni.
Syakir: Tak semestinya kena dalam 3D bro, kita buat dalam 2D. Senang nak progress untuk close-up, macam kau cakap, kita start dengan on-screen prompt dulu, siapkan skrip untuk menu dengan submenu sekali.
Aku: Macam mana dengan sound design? At least kalau RTS, jenis dia luas dan kita akan perlukan indoor sound je as creation. Bayangkan pakai QTE, kita kena keluar lagi, cari sound bunyi pedang lah, orang berlawan lah. Lagipun Shenmue tu takda version pun untuk Windows, banyak RTS yang dapat support untuk Windows XP.
Syakir: Kita akan cuba..
Syakir mula rangka idea untuk kisah dalam QTE game dia. Dia cadang nak buat jenis adventure game tapi versi jalan sekitar Malaysia macam Petaling Street dan semua dalam versi Bahasa Melayu.
YOU ARE READING
15 September
RomanceAnniversary. Bagi aku anniversary ni tak patut wujud. Semua tu tak melambangkan cinta unless kau dah kahwin. Kalau kau betul cintakan seseorang, kau takkan biarkan dia tunggu bertahun lama untuk dilamar. Like for what? Tunggu kau kaya dulu, poket da...