Ogos 2013
"..so you may wanna go to orientation for international newcomers on next Monday, alright?"
"Okay I will. Thank you!"
Aku masukkan semua dokumen dalam beg sandang aku and terus gerak mencari seseorang. Aku sepatutnya kena register untuk bilik, tapi aku biarkan jelah dulu sebab aku excited nak jumpa dia. Aku main redah, aku tanya orang sekeliling macam Purdue ni kecik je ek haha.
Ada sorang mat salleh ni suggested aku pergi office tanya kerani untuk cari sebab kalau cari cara tradisional macam aku memang tak jadi.
So aku pun ikut cakap dia.
Then gotcha! Aku jumpa nama Yaakob dari Malaysia.
Dia ambil course yang dia minat, he was so on the right track.
Lepas aku baca record nama dia, aku baru perasan sesuatu.. Apa aku nak buat dengan semua info ni?
.
.
.Hari tu hari yang masih tenang kat Earhart. Aku balik ke bilik awal time tu sebab nak ikut Syakir pergi beli barang petangnya. Kalau tak memang ke library jelah tempat aku.
Masa aku santai-santai atas katil, aku dengar suara penghuni-penghuni Earhart ni riuh macam awek masuk. Ye memang suara "wuuuuhuuuu" tu yang dorang selalu buat bila ada perempuan masuk dorm kitorang. Aku buat tak endah and peruk jelah dalam bilik sebab perempuan yang masuk through pintu utama ni biasanya staf untuk urusan dorm management. Amatlah sikit percent pelajar perempuan yang masuk, tapi tak bermaksud takde. Ada jugaklah yang masuk atas urusan "lain" tapi lantaklah dorang aku malas masuk campur. As long as roomates aku semua okay, takde masalah.
Tak lama lepastu Raji berlari lintang pukang ke pintu bilik,
"DUDE!!! CHECK OUT THIS NEW HOT CHICK!"
Raji ni sama je perangai dengan penghuni majoriti sini. Kadang-kadang aku layan lah tengok sekali, lelaki kan.. tapi mostly aku tak layan sebab aku suka sibukkan diri dengan projek aku.
"SHE'S FAR DIFFERENT FROM OTHERS, MAN C'MON SEE IT YOURSELF!" Pujuk Raji lepas aku buat tak endah ajakan dia.
Hallway dorm masih lagi bising pasal perempuan "hot chick" tu. Aku macam aduhhh rimas betul, dah la tadi paginya kena tegur dengan Mr.Hopkins sebab terlepas pandang satu dua komponen kat projek aku, dah jadi second year student pun aku masih terlepas pandang benda basic, ini pulak nak layan tah sape-sape minah ni dengan niat apa pun aku tak tahu.
"Huh? Yakoub?"
Ada sayup-sayup suara orang-orang kat luar yang semacam menyebut nama aku. Aku terus naik pelik, sebab kat Earhart ni memang aku sorang je yang pakai nama Yaakob.
Aku pasang telinga betul-betul.
"Yakoub's room is at the middle of ~"
"Wuuuu Yakoub's got company tonight!"
"Damn Yakoub my man!"Aku kenal je suara-suara yang riuh tu, dorang memang jenis suka menyakat. Tapi apehal nama aku naik? Aku ada buat masalah ke?
Aku terus bangunkan diri aku. Raji yang masuh kat pintu tu pun dah pandang-pandang tepi.
"You're looking for Yakoub?" Raji menjawab soalan "hot chick" tu. Mukanya aku belum nampak sebab dia kat luar bilik.
Raji terus pandang aku dengan matanya yang terbeliak. "Man, this woman is looking for you"
Raji bergerak sikit ke tepi, perempuan tu mula tunjukkan diri dia.
"Mat!!!"
"JI?!!!"
AKu...Aku sumpah speechless tak tahu betul ke dia tapi lepas dia sebut nama "Mat" which dia sorang je yang panggil aku dengan gelaran tu, aku percaya tu Ji. Tapi, WHY?! KENAPA DIA KAT SINI?!!
Ji terus lari kearah aku, dengan muka yang sangat ceria, aku cam, "EH JANGAN!!" Dia nak peluk aku tapi aku terus bangun and pegang bahu dia, pusingkan dia untuk bawak keluar dari dorm tu.
"K-kita.. keluar d-dari sini dulu yeeee" gagap aku kembali lepas nampak dia.
"Susah weii nak cari kau kat sini!" Ji bebel pasal struggle dia nak cari aku tapi aku buat tak endah sebab aku tengah malu time tu, yelah dari Raji ke Ayad ke semua orang dalam dorm tu tercengang tengok aku dengan Ji. Ye dia lah the "hot chick" yang Raji maksudkan tu.
Aku tanpa lengah and pandang kiri kanan terus iring bahu Ji ke luar dorm.
Keluar je Ji terus gelak.
"Ko boleh gelak ek?" Aku cuak dia boleh gelak. Merah padam muka aku beb dia buat. Malu sebab semua orang tengok aku, anxious jadinya.
Ji sambung gelak lagi. "Tu ayat first kau lepas tak jumpa aku dua tahun?"
Aku garukan kepala aku.
"Mat mat.. Campak lah kau kat benua Afrika sekalipun, kau takkan pernah berubah!" Gurau dia.
Aku cuma mampu tergelak jelah. Aku ajak dia duduk kat meja piknik berdekatan. Aku tanya dia kenapa dia ada kat sini, dia kata
"Lah tak boleh ke aku sambung belajar luar negara? Ingat ko sorang je boleh?"
Aku dah menyirap, aku tahu dia suka bergurau macam tu.
"Aku rasa path aku kat area yang bukan technology ni so aku ameklah HR. Tapi aku takut sorang kat negara orang so bila aku nampak kat Purdue ni ada offer course ni, aku pilihlah ni. Senang sikit ada kau kan"
Dia masuk sebab ada aku? Musykil..
"Kau memang minat HR lah ni?"
"Tak pun"
Aik pulak dah. Aku pelik dengan Ji ni, aku tak tahu apa yang dia nak dalam hidup.
"Aku go with the flow je lah. Ayah and mom pun kasi je, aku cakap aku nak berdikari. Dorang kaya so bolelah tampung aku kat sini. Kalau tak ke mana je kan duit tu nak disalur?"
Hmmm Ji Ji...aku tahu dia nak tangkap muat je. Bukan sebab aku pun, sebab dia nak distraction kot, and aku assumed dia ke sini pun sebab at least adelah aku orang yang dia kenal kat sini.
So hari tu aku bawak dia jalan-jalan kawasan Purdue kejap. Oh ya, Syakir ada called tapi aku suruh dia pergi sendiri. Terkejut jugaklah mamat tu bila dengar Ji kat Purdue.
"Mattt..." ayat seterusnya yang keluar dari mulut Ji memang aku tak boleh lupa, masa ni kitorang berjalan aku belanja dia makan ais krim.
"Kau rindu aku tak?"
YOU ARE READING
15 September
RomanceAnniversary. Bagi aku anniversary ni tak patut wujud. Semua tu tak melambangkan cinta unless kau dah kahwin. Kalau kau betul cintakan seseorang, kau takkan biarkan dia tunggu bertahun lama untuk dilamar. Like for what? Tunggu kau kaya dulu, poket da...