[20.08.2008]. Hari Penting ...
Hari Inovasi 2008 berlangsung pada pukul 10am, di dewan bertutup sekolah aku. Alhamdulillah aku dan Syakir tidak lewat dan segalanya brjalan dengan lancar. Oh ya, of course team kitorang paling beria sebab pakai plug and computer. Kau bayangkan punyalah takde laptop, kitorang berdua terpaksa bawak PC Syakir yang kat bilik dia tu sebesar alam. Lagipun semua source coding kat dalam PC dia, susah kalau apa-apa missed. Ayah Syakir lah yang tolong drivekan and tolong kitorang angkat-angkatkan semua barang tu. Memang menjadi tumpuan budak-budak lain lah termasuk cikgu-cikgu sekali. Memang beria. Kalau dengan Syakir ni memang dapat attention jelah, beria.
"Kumpulan 1; 5 Fasih?" cikgu Tan ambil attendance.
"Ada!" suara Rashiddin. Musuuh ketat inovasi aku yang menang tahun lepas untuk mini vacuum tu. Meja group dorang berhadapan je dengan meja kitorang.
"Heh, ko nampak tak tadi ternganga budak-budak kelas Fasih tu tengok kita bawak computer. Tunggu nanti terus tak berfasih dorang!" ujar Syakir berlagak masa kitorang tengah pasang wire computer.
Aku just diam, aku memang bermusuh tapi secara sihat lah. Takdelah nak menjadi pendengki sampai ke hati macam si Syakir. Dia pun dengki dengan mamat Rashiddin ni sebab aku citer kat dia je. Mamat tu okay, Syakir je buat parah.
"Kumpulan... Aaaa 5 Efektif!... dan 5 Gigih?" Cikgu Tan hampir-hampir lupa kitorang partner dari kelas berbeza.
"Hadir, Tuan!" Syakir konfiden.
"Huuu. Lain macam ya kumpulan kamu. Belum start dah jadi tumpuan!" ujar cikgu Tan.
Kami cuma tersengih je.
"Kalau menang, jangan belanja cikgu makan ya, belanja NAJIHA makan" gurau cikgu Tan sebelum kenyit mata and blah ke meja kumpulan lain.
HAHAHAAH SIIIOT CIKGU TAN. Syakir dah gelak besar dah. Aku siku je bahu dia sambil tutup muka, maluuuuu.
Total contestants untuk tahun tu punya hari inovasi adalah 8 groups, termasuk dengan tingkatan 4. Kelas aku dan Syakir takde sape lagi dah wakil selain kitorang dua.
Ada 4 juri yang akan nilai kesemua group. 3 daripadanya tu dalam kalangan cikgu-cikgu sains kitorang jugak. Sorang je tu yang sponsor baharu sekolah kitorang yang juga alumni sekolah ni, Encik Ghani. Dia juga salah seorang orang kuat syarikat Digi.
4 juri dipecahkan kepada dua bahagian untuk jimatkan masa, belah kiri dan kanan (kiri 4 meja, kanan 4 meja), dan penilaian dibuat serentak (kiranya 2 juri belah kanan, 2 juri belah kiri. Habis nilai bahagian first tu, juri gerak ke bahagian lagi satu. Kiranya semua juri berpeluang nilai semua group la.
Meja kitorang adalah di belah kanan, ketiga.
Ah tak kira lah siapa start dulu, yang penting preparation. Sebelum turn kitorang, aku menghafal sebaik mungkin jawapan kepada segala kemungkinan persoalan yang mendatang. Syakir tak hafal, dia selak-selak buki nota coding semua, in case juri tanya. Semua pakat main in case je. Sebab no idea juri nak tanya apa. Syakir main tanya aku, aku tanya dia.
Meja sebelah kitorang yg ke-4 tu, dorang buat inovasi simple tanpa penggunaan apa-apa elektrik or elektronik, sama macam idea hoodie backpack aku tahun sebelum tu. Cuma dorang buat baju hujan pakai kain neon. Nice gak idea.
Aku pandang kiri aku. Meja sebelah kitorang yang satu lagi tu pulak, dorang cipta "robot" pakai kotak and sprayedkan pakai warna silver, berkakikan empat roda kereta control. Nampak simple tapi dorang pandai design robot tu, nampak macam real.
Meja lain ada yang buat payung disambungkan lampu LED (aku tak pasti akan ada kejutan elektrik tak kalau pakai waktu hujan), inovasi tanpa elektronik macam meja sebelah pun ramai tapi semua kreatif, tak cukup dengan tu ada juga yang modified jam dinding yang berlagu tu, dorang gantikan lagunya dengan lagu pilihan. Perghhh bukan calang-calang..
YOU ARE READING
15 September
RomanceAnniversary. Bagi aku anniversary ni tak patut wujud. Semua tu tak melambangkan cinta unless kau dah kahwin. Kalau kau betul cintakan seseorang, kau takkan biarkan dia tunggu bertahun lama untuk dilamar. Like for what? Tunggu kau kaya dulu, poket da...