Ji's POV
Aku tahu yang dia tahu dia tak perlu cakap apa-apa sebab aku masih belum moved on dengan apa yang menimpa aku. Aku biarkan dia diam, sebab rasanya lebih baik macamtu daripada dengar lagi orang konon nak motivated aku untuk terus bangkit.
Benda ni tak sama. Kau tak tahu perasaan orang yang takde kaki bukan dari lahir, orang yang pernah rasa ada kaki tapi lepastu tak rasa pape, yang dia tak pernah jangka kaki yang dia guna sebagai aset boleh hilang begitu je.
STEP 3: Setelah hampir setahun, akhirnya aku diberikan permanent below-the-knee prosthetic legs untuk kedua-dua kaki. Aku jarang pakai kerusi roda macam orang lain, sebab aku taknak layankan sangat instability kaki aku ni, aku nak dapatkan kaki robot ni then bergerak seperti biasa. Mr. Timmy kata boleh je pakai tongkat cuma kalau tak tahan sangat, kerusi roda adalah jalan terbaik.
Prosthesis ni sama je macam kaki palsu cuma bahagian tulang kering tu digantikan dengan shin tube, besi penyambung antara bawah lutut aku and buku lali buatan. At this stage, prosthetists aku dah bawak aku keluar untuk berjalan atas permukaan yang lebih mencabar, like atas bukit berumput and batu-batu.
"Ingat sekali lagi, konfiden itu kunci utama ketahanan kaki kamu" kata Mr. Timmy.
Fizikal aku semakin okay cuma mental aku masih tak kuat. So dia effected untuk aku berjalan secara normal. Kaki ni aset kot, selain berlari, kerja lain perlukan kaki. Apa kau ingat, ada kaki besi ni boleh selesaikan masalah terus?
"It takes time" kata-kata Miss Prishkanth tu aku selalu pahat dalam otak, cuma masatu aku rasa masa berlalu sangatlah lambat. Aku tak tahan.
Lepas SPM, aku dah tak jumpa sesiapa lagi. Girls dah bertolak ke tempat belajar masing-masing. Termasuklah mat. Dia dengan best friend dia Syakir tu masuk belajar sesama amek A-Level kat USA.
Me? Aku belajar jugaa. Cuma dekat-dekat dengan rumah je since ayah risau nak biarkan aku jauh sorang-sorang dengan keadaan kaki aku belum stabil and lagipun tempat appointment kaki aku kat area rumah, aku pun dah selesa dengan team prosthesis aku.
Result SPM aku takdelah segempak mat but memadai lah. Tak failed, yang penting ada A. Senang citer, semua yang mat buat kat aku berbaloi, dia memang punca keputusan SPM aku yang baik ni.
So aku pun applied UTM kat Skudai ni. Aku ambil technology management, which was a course yang aku main amek je sebab yang penting aku sambung belajar. Aku malas nak fikir panjang, so aku just ambil course tu and apa nak jadi, jadilah.
Sepanjang belajar kat sana, aku banyak asingkan diri dengan semua orang termasuklah classmates sendiri. Cuma adelah sorang yang aku rapat, Shiha nama dia, tapi takdelah boleh kata best friend sebab kitorang rapat sebab belajar je. Takde nak lepak lama-lama.
I went from extrovert to introvert real quick. Aku sedar, sejak pertama kali aku masuk sana, ramai orang tak kira student ke lecturer akan dok usha kaki aku yang unik ni, dorang tak tahu aku pakai kaki robot but kalau dah pakai tongkat and jalan macam itik, confirm lah semua dok tengok kan.
Aku tak duduk asrama, just pergi balik ayah or mom amek sebab benda ni susah. Lagi-lagi part nak mandi, prosthetis legs ni tak boleh kena air sebab metal, so aku kena cabut, kalau nak lebih senang, pakai kerusi roda. But jiwa muda aku mestilah akan rasa malu bila orang tengok OKU struggled nak buat apa-apa.
Ada je yang tanya aku kaki kenapa, aku pun just jawab sejujurnya, cuma aku tak citer lebih la, like I was about to represent Johor for track kan. Aku just cerita yang aku accident je. Yep, dorang simpati, ada yang hulurkan bantuan like offer aku hantar pergi balik kelas, aku terima je cuma tak selalu.
Tahun 2010.
Masuk year 2 belajar, aku dah mula lebih balanced and selesa dengan kaki robot ni. Aku dah mula jogging, naik turun tangga, but still berhati-hati. Masa nilah aku ke step seterusnya.
STEP 4: REHABILITATION
Bukan dadah je, amputees pun perlukan sokongan moral sebab memang kunci untuk biasakan diri dengan kaki besi ni adalah konfiden. Tulang belakang aku tak lain tak bukan team prosthesis aku yang sama-sama berjuang dengan aku, Mr. Timmy, Miss Prishkanth and my parents. Dorang semua mainkan peranan yang sangat penting untuk aku kekal konfiden, disamping diri aku yang kena berjuang teruskan dan tak putus asa. Girls kasi semangat dari jauh. Mat? Tak pernah dengar lagi khabar dari dia sejak dia ke USA.
One day, masa aku kat rumah and my parents were out for work, aku cuba lakukan sesuatu yang aku tak pernah buat since kejadian tu berlaku.
Aku cuba berlari.
Aku ambil vespa ayah and hidupkan enjin, bawak ke kawasan ladang yang pernah jadi tempat praktis aku dulu, tempat sama aku bawak mat.
Sampai je, aku parked. Ladang tu masih seperti dahulu. Bersih, luas, tak berpenghuni. Boleh jadi kawasan favourite yang bukan hak milik aku, bisik hati aku lah.
Aku made starter point kat pangkal ladang. Aku pandang kaki aku, tongkat yang aku bawak aku jatuhkan ke tanah.
"fhhhhhh.." ok ni bunyi aku hembuskan nafas. Aku tutup mata untuk seketika, then mulakan langkah..
Aku mula. Aku started dengan berjalan, sebelum slowly berjalan dengan laju. From that aku mula berlari anak. Kat sini aku dah rasa seriau, but it was just my thought. Physically, aku okay. Cuma rasa takut apa-apa berlaku dekat kaki tu.
Aku ada exercised tapi tak pernah lagi cuba berlari, so agak janggal masa first time lari tu, dengan berkaki besi ni. Aku dapat rasakan jantung aku berdegup laju, tanda betapa nervousnya aku.
Aku lari, lari dan lari. Kepantasan masih aku kunci, taknak terus melulu.
Aku dah sampai separuh ladang, aku mula pushed diri aku untuk pecut. Masa ni aku ingat aku dah boleh, aku fikir aku boleh ni, teruskan pecut sampai ke hujung!
Tapi sangkaan aku salah.
"TAP!"
Secara tiba-tiba, kaki besi sebelah kanan aku keluarkan satu bunyi, dan tak semena-mena aku terus rasa sakit yang amat sangat kat kedua-dua bahagian bawah lutut aku, tak sampai beberapa saat, tak sempat aku buat apa-apa, aku hilang kawalan, terasa macam kaki besi tu tercabut dan terus melemparkan diri aku ke tanah.
Aku jatuh terguling, lutut mencium rumput dulu, baru lah seluruh badan aku ikut jatuh. Aku rebah 100% ke tanah.
Aku terbaring terlentang sambil menahan sakitnya kaki aku. Nafas aku tercungap-cungap. Aku dapat rasa kaki besi belah kiri masih melekat kat kaki aku. Cuma kaki kanan...Aku pandang ke kiri, masih dalam keadaan terlentang, aku nampak kaki besi sebelah kanan aku ada beberapa metre dari aku, terbaring sama macam aku.
Aku pejamkan mata, air mata aku serta-merta keluar, sekali lagi aku rasa batu besar hempap diri aku dan buatkan aku rasa susah nak bernafas, bukan anxiety, tapi sakit yang amat dalam. Aku nangis teresak-esak macam baby.
"ARGHHHHHHHHHHHHH!!!!!"
Itu kali pertama aku buat jeritan yang teramat kuat.
Jeritan aku pun tak didengari takdir. Cumalah burung-burung yang sedang bertenggek kat pokok sebelum terbang berkeliaran.
Aku tahu jeritan takkan kembalikan apa-apa. Sebabtu aku cuma buat sekali, tapi biarlah kuat. Sekurang-kurangnya ia dapatlah redakan sikit air mata aku yang mencurah tu, walaupun cuma dalam 3%. Maybe dapat juga sampaikan kat burung-burung tu, maybe dorang boleh bawa terbang jeritan aku tu pergi jauh. Untuk apa aku tak tahu.
Aku menangis. Masatu aku sedar, cara apa sekalipun, semua tu takkan dapat kembalikan diri aku yang dulu.
Diri aku yang dahulu, ceria selalu, elegan, disanjungi ramai, harapan permata negara, keluarga.. Kini cumalah seorang gadis biasa yang kehilangan kaki. Kerana itu sahajalah kunci buat semua dirinya yang dulu.
YOU ARE READING
15 September
RomanceAnniversary. Bagi aku anniversary ni tak patut wujud. Semua tu tak melambangkan cinta unless kau dah kahwin. Kalau kau betul cintakan seseorang, kau takkan biarkan dia tunggu bertahun lama untuk dilamar. Like for what? Tunggu kau kaya dulu, poket da...