[COMPLETED]
Mereka disatukan bukan dengan kerelaan hati.Hanya kerana wasiat dan dipaksa, mereka tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut.
"Boleh tak nenek jangan paksa Nadhir? Nadhir tak pernah sukakan dia!"-Razky Nadhir.
"Saya terima perkahwinan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Asyik-asyik aku yang kena, bukan kau kena buat pun."rungut Nadhir.Syifa memandang suaminya dengan kerutan di dahi.
"Apa yang awak mengarut dari tadi ni?"soal Syifa ingin tahu.
"Nenek tu minta cicit dengan kita macam boleh beli dekat Tesco"marah Nadhir.
"La dah tu bagi je la."kata Syifa dengan selamba.Nadhir terus menjeling isterinya tajam.
"Kau senang cakap, yang buatnya aku bukan kau."marah Nadhir.
Terkebil-kebil mata Syifa memandang suaminya yang sedang berwajah merah.
Dia malu ke panas tu?
"Lagipun aku takkan sentuh kau, kau tu hodoh tak cantik.Daki sana sini geli aku nak sentuh."
"Nanti aku lepaskan kau, kau pergi la lorong mana-mana mintak dengan jantan dekat situ mengandungkan kau.Sebab,"
"Aku takkan pernah jatuh dalam dakapan kau.Kau jangan berharap sangat nak mengandungkan benih aku."ujar Nadhir lalu melangkah meninggalkan Syifa yang berwajah muram.
Tipu la kalau tak terasa. Sakit dalam hatini.Tunggu Nadhir, kita tengok suatu hari nanti ada orang yang akan termakan kata-kata sendiri!