Kayla hanya duduk diam daripada tadi. Anak mata coklat itu meliar mencari kelibat Aidin dan Maira. Keluhan halus keluar dari mulut kecilnya.
Aidin daripada tadi tidak kelihatan apabila sampai di klinik. Sebaik sahaja tiba di klinik Aidin terus bergegas membawa Akif ke dalam bersama-sama Maira. Kayla duduk di kerusi berhadapan kaunter pendaftaran menunggu Aidin.
Fikiran sudah jauh terbang ke langit ke tujuh. Perasaannya bercampur baur sekarang ini. Dia mula takut jika anak kecil itu menghadapi kecederaan yang serius tetapi yang paling dia takut kalau Aidin lupa akan isteri yang ditinggalkan di depan kaunter ni sekarang ni.
"Sayang..." panggil Aidin sambil mengusap pipi Kayla.
Terkejut Kayla apabila pipinya terasa sejuk. Nasib tak kena penampar Jepun. Rupanya, encik suami sendiri.
"Abang, Akif okey ke?"
"Akif baru je tidur. Dahi dia kena 3 jahitan."
Terkejut bukan kepalang Kayla mendengar kata Aidin. Teruk juga luka Akif. Kayla tidak dapat membayangkan jika dia yang berada di tempat si anak kecil itu. Pasti satu klinik ini mendengar suara nyaring Kayla menjerit kesakitan.
"Maira?" Seakan tidak keluar suara yang di lontarkan oleh Kayla.
"Dia dekat dalam, tunggu Akif. Takut-takut Akif bangun cari ibunya."
"Jadi kita nak balik ke nak tunggu Akif sedar?" Apa soalan kau ni Kayla. Bukan soalan ini kau patut tanya. Sepatutnya kau tanya bila nak balik, nak berkampung dekat sini ke?
Baru sahaja Aidin ingin menjawab, namanya di panggil. Aidin menoleh ke arah suara itu. Kayla turut melihat ke arah yang sama.
"Saufi, Akif sudah sedar."
Aidin terus bangun. Baru dua tapak dia melangkah, langkahnya terhenti. Aidin menoleh ke arah Kayla.
"Sayang... Jom, ikut abang sekali," ajak Aidin.
Kayla senyum nipis, berbunga-bunga hatinya. Dia bangun dan melangkah mengikut Aidin. Ingat tadi dah tak ingat isteri dia ni. Ingat aku ni patung cendana dekat sini lagi tadi.
Sengaja Kayla mengengam tangan Aidin sambil matanya melihat mata Maira yang seakan mahu lari dari melihat adegan di depan matanya. Biar dia tahu, ini suami Kayla Aurora, jangan kau nak macam-macam dengan suami orang.
Selepas pembayaran bil perubatan dan ubat yang dibekalkan oleh pihak klinik. Aidin mempelawa untuk menghantar Maira pulang ke rumah kerana pada waktu ini tiada teksi yang lalu di kawasan ini. Maira menolak pelawaan Aidin. Selepas Maira menolak pelawaan Aidin. Aidin melihat Kayla.
"Sayang, okey kan kita hantar Maira dulu?Kesian abang tengok Akif ni," tanya Aidin kepada Kayla.
"Maira kami hantar awak dulu ya, lagipun dah lewat malam ni. Kesian dekat Akif, nampak tak selesa dia tu." Kayla seakan memujuk Maira.
Maira melihat Aidin dan Kayla, selepas itu dia melihat Akif yang duduk lesu di kerusi. Dia juga melihat jam di tangan kirinya. Sudah menunjukkan jarum panjang ke arah sebelah.
"Baiklah. Terima Saufi dan Kayla."
Kayla membelek-belek telefon bimbitnya. Satu mesej masuk. Syaf bertanya, di mana dia sekarang ni? Adakah dia sudah lari dari rumah selepas bergaduh dengan Aidin. Kayla melihat cermin tengah, dia nampak Maira tidur berpelukan dengan Akif. Penat mungkin, getus hatinya.
"Abang ngantuk ke ni? " soalnya sebaik dia melihat Aidin menggosok matanya berulang kali.
"Sikit la sayang. Tapi abang okey ni. Lepas kita hantar Maira, abang terus hantar sayang balik ya."
Kayla mengangguk seraya satu senyuman dihadiakan kepada Aidin. Sudah hilang rajuknya ke tadi. Eh, belum lagi. Masih ada yang perlu diselesaikan lagi. Perhintungan antara dia dan Aidin masih belum selesai.
Sebaik sahaja, Aidin menghantar Maira tadi. Kayla mempelawa dirinya membawa kereta kerana dia melihat mata Aidin sudah layu dan sesekali menguap serta pipinya ditampar sedikit untuk menghilangkan rasa ngantuk.
"Abang tidur sekejap ya. Nanti dah tiba rumah, Rara kejut abang."
Aidin hanya mengangguk lemah. Matanya tidak dapat dibuka lagi. Baru beberapa minit perjalanan kedengaran dengkuran halus ditepi sebelah Kayla. Tersenyum Kayla melihat Aidin yang tertidur kepenatan. Senyum hilang terus apabila teringat hal tadi. Maira. Kenapa perempuan perlu ada dalam episod hari ini. Benci ya.
Sebaik sahaja kereta yang di pandu Kayla masuk ke kawasan taman rumahnya, dia mengejut Aidin. Aidin yang masih mamai itu hanya diam sahaja. setelah kayla turun daripada perut kereta. Aidin mengambil air mineral di belakang tempat penumpang. Di tuangnya sedikit ke tapak tangan dan dilumurkan ke muka. Segar sedikit muka Aidin.
Kayla melihat kereta Aidin berlalu pergi. Belum sempat dia mengunci pagar, satu suara menegur dengan nada marah. Terkejut Kayla melihat gerangan di sebelahnya. Syafika sedang bercekak pinggang. Kayla hanya membiarkan Syafika. Selepas kayla menyusun kasut di rak dia terus masuk ke rumah. Syafika membuntuti kayla."Kau kenapa ni syaf? ikut aku je. Rimas pula aku."
"Aku nak tahu. Apa cerita kau tadi sampai lewat malam ni baru nak balik."
"Tak ada apa yang menarik. aku keluar, lepak depan tasik. lepas tu aidin ajak aku makan ABC durian. Akif kena langgar dan aku bawa dia pergi klinik. Maira pun ada tadi."
"Apa kau jumpa Maira!!" jerit Syafika.
"Ya, aku jumpa Maira. Anak dia lari ke tengah jalan. Aidin sempat menarik Akif tetapi dia terjatuh le tepi jalam. kepala berdarah."
"Kau okey tak ni? Dah bincang dengan Aidin pasal Maira?"
"Belum."
"Belum lagi? Habis bila kau nak bincang?"
"Nantilah. Aku nak tidurlah ni"
"Ish! kau ni nak tidur pulak. Aku tunggu kau dari tadi nak tahu cerita kau. Kau nak tidur pula," rengus Syafika.
"Esok la Syaf. Aku betul-betul penat ni. Apa-apa esok ya."
Syafika sudah tarik muka. Kayla hanya diam dan terus ke bilik air. Selepas keluar bilik air, dia mengambil tuala sambil mengelap muka dia yang basah. Syafika sudah masuk ke biliknya.Maaf, Syaf. Aku penat. Kayla melihat telifon bimbitnya. Ada 1 mesej daripada Aidin. Alhamdulillah dia sudah sampai rumah.
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Teen FictionSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...