"AWAK..." serentak mereka bersuara.
"Hai... dah lama kita tak jumpa ya..." ucap si dia.
"Ya, rasanya lepas saya pindah tapi tak silap last year kita jumpa kan masa dekat taman."
"Ya, dekat taman. Saya ingat lagi masa tu awak tengah bergaduh dengan kawan awak..."
"Dan anak saudara awak hilang masa nak tolong saya," pintas Aidin.
Aidin hanya tersengih malu, teringat kisah lama yang dia bertumbuk dengan Farid kerana satu gambar yang diupload di instagram. Bila diingat kembali peristiwa itu, Aidin menggeleng kepalanya. Sifat cemburu menguasai diri. Hingga dia bermasam muka dengan Kayla. Lelaki dan ego berpisah tiada.
"Ibu..." panggil kanak-kanak di tepi Maira.
"Ya, sayang. Kenapa?" soal Maira dengan penuh lemah lembut sekali.
"Akil nak main kat sana," jawab kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga tahun lebih.
"Ibu?" soal Aidin.
"Ya, ibu. Akil ni panggil saya ibu. Okeylah, saya gerak dulu ya. Emm... kirim salam dengan isteri awak. Nombor saya masih sama." Maira terus bergerak ke arah taman permainan yang berdekatan sambil berpimpin tangan dengan Akil meninggalkan Aidin yang kebinggungan sendirian.
Ai! Maira dah berkahwin ke? Tapi kalau dah kahwin, mana suami dia? Eh! Kenapa aku nak sibuk hal dia pula ni. Aidin... Maira itu kisah silam kau, jangan nak diingat lagi.
"Wei! Asal kau duk diri terpacak macam tiang elektrik tengah-tengah jalan ni?" tanya Kasha.
"Ar... Tak ada apa la. Dah jom balik. Aku dah tak sabar nak makan kuih donut ni."
Seusai membeli kuih donut siap dapat percuma lagi. Kata Kak Sally, ini hadiah penghargaan kerana menjadi regular customer dia. Aidin pada mulanya segan juga nak ambik tapi bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa.
"Pie, kau ni dari tadi aku tengok termenung je. Kenapa?" soal Kasha.
"Emm... Aku teringat kawan baik aku."
"Oh... Dia kat mana sekarang ni?"
"Dia dah tak ada..."
"Tak ada... Maksud kau, dia dah meninggal ke?" Kasha membuat tekaaan.
Aidin hanya mengangguk sedikit. Kasha tersenyum apabila tekaan dia tepat.
"Sorry, Pie."
"Tak apalah. Hal lama, dah lima tahun hal tu berlalu."
"Kawan aku pun dah tak ada."
"Meninggal juga ke?" soal Aidin.
"Tak meninggal tapi dah mati."
"Eh, kau ni meninggal dan mati kan sama maksud," ujar Aidin kehairanan.
"Memanglah... tapi kalau untuk haiwan mana kita panggil meninggal. Kan kita sebut mati."
"Ha! Haiwan?"
"Ya, kucing aku. Mati sebelum aku ke sini. Dia mati kena langgar dengan motorsikal. Kucing tu dah jadi kawan aku dari form one lagi. Abah aku hadiahkan sempena hari jadi aku."
"Kau yang macam ni suka bela kucing?" sinis Aidin berkata.
"Eh! Kau jangan pandang aku sebelah mata, Pie. Kalau nak tahu, aku ni adalah seorang pencinta haiwan selain daripada pencinta wanita yang sejati."
"Banyaklah kau ni. Buat lawak pula." Satu bantal dibaling ke arah Kasha.
"Aku dulu selalu kena buli, Pie." Kasha memulakan cerita.
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Teen FictionSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...