SUASANA riuh memenuhi ruang pendaftaran. Kayla menoleh ke kiri dan kanan jika ada ternampak kawan sekolah yang dia kenali, tetapi hampa tiada sesiapa yang dia kenali. Azzu dapat melanjutkan pelajaran di hujung utara nun jauh di Perlis sana. Jauh daripada Kayla dan Syidah.
Syidah pula hanya menyambung belajar ke tingkatan enam kerana masalah keluarga. Ibunya sakit dan tiada siapa yang boleh menjaga ibunya kerana ayahnya bekerja. Ibunya tiba-tiba terkena serangan penyakit angin ahmar pada awal tahun. Ini membuatkan Syidah sebagai anak sulung perlu berkorban untuk tidak melanjutkan pelajaran ke universiti.
Katanya, tak apalah belajar di tingkatan enam pun sudah selangkah kaki ke alam universiti. Setahun setengah tak lama mana pun. Jika lulus dengan cemerlang sudah boleh ambil ijazah. Sekarang pun tingkatan enam sudah dipanggil Pra Universiti.
"Auch!" jerit Kayla apabila bahunya dilanggar dengan kasar dari arah belakang.
"Sorry, saya mintak maaf," ucap seorang budak lelaki yang berkemeja biru dan bertopi.
"Its, okay," balas Kayla.
Budak lelaki itu terus beredar dengan terburu-buru selepas memohon maaf kepada Kayla.
"Eh, ini sampul budak tadi." Kayla mengambil sampul tersebut.
"Awa..." Bunyi getaran dari poket seluarnya membantutkan niatnya untuk memanggil budak lelaki tadi. Sampul surat tadi diambil seraya dia menyeluk poketnya untuk mengambil telefon pintarnya. Satu mesej whatsapp daripada suami tersayang.
Myhubby
Sayang... dah daftar belum? Abang dah daftar, tinggal nak tahu duduk bilik mana je.
Satu senyuman terbit di bibirnya. Laju jarinya menekan butang-butang huruf membentuk perkataan membalas mesej dari si suami.
Mywife
Rara tengah beratur ni. Kejap lagi sampai giliran. Abang jangan nakal-nakal ya di sana. Minggu depan kita jumpa ya. Rindu la dengan abang.
Kayla menyengih sendiri. Aduh kau ni Kayla, baru sekejap je tak berjumpa dengan encik suami dah rindu. Macam mana nak hadap dua minggu akan datang tanpa dia?
Telefonnya bergetar kembali. Cepatnya encik suami aku ni balas. Kali ini senyuman Kayla lagi makin melebar apabila membaca mesej yang dibalas oleh Aidin.
"Ehem..." Suara deheman dari arah belakang membuat Kayla menoleh ke belakang.
"Jalan depan sikit cik adik. Depan awak tu dah kosong. Kalau nak bermesej pun boleh tak lepas proses pendaftaran ni?" tegur suara tadi.
"Maaf, ya." Kayla terus berjalan ke meja pendaftaran. Sesekali matanya melihat budak perempuan yang berambut pendek itu. Segan pula bila ditegur tadi. Rasa-rasanya dia baca tak kandungan mesej antara dia dan Aidin tadi? Tapi melihat muka tiada perasaan budak tu tadi rasanya tak ada kot.
Selesai mendaftar, Kayla membawa begnya ke bilik dorm yang dia akan duduk selama enam bulan ini. Satu-satu nama bangunan lima tingkat di hadapannya dibaca dengan teliti.
"Tun Fatimah, Tun Teja, emm... mana bangunan Dang Anum ni?" katanya sendirian mencari bangunan biliknya. Nasib baik sedikit sahaja beg yang dia bawa.
"Ha... itu pun dia." Kayla melihat bangunan yang berwarna biru laut itu. Mengikut kunci bilik yang dia dapat tadi, biliknya berada di tingkat dua. Maka tak penatlah dia nak menuruni anak tangga nanti untuk pergi ke kelas.
Kaki diatur menaiki anak tangga menuju ke tingkat dua. Matanya melilau mencari biliknya. Nombor DA202 yang dicari. Selepas beberapa tapak, kakinya berhenti di depan bilik yang dicarinya. Tombol pintu dipulas tetapi masih berkunci bermakna teman biliknya masih lagi belum sampai. Anak kunci dimasukkan lalu dipusing ke atas. Pintu terbuka sedikit. Kayla membuka kasut dan meletakkan di tepi pintu. Beg sandangnya diletakkan di atas katil manakala beg bajunya di letakkan di tepi almari.
Seusai beg diletakkan di bawah, tangannya didepakan manakala kepalanya digerakkan sedikit ke kiri dan kanan untuk menghilankan rasa lenguh badannya membawa beg dan menaiki tangga tadi. Baru sahaja badannya hendak direbahkan terdengar bunyi kuakan pintu. Ini menandakan rakan sebiliknya telah sampai. Kayla terus bangun dan duduk, matanya masih lagi terarah ke pintu bilik. Dia mahu melihat siapa rakan sebiliknya tetapi hanya belakangnya sahaja yang dia nampak. Budak itu menyorong satu beg besar. Terdengar dia membebel sendirian. Kayla hanya dapat menangkap perkataan berat dan suara mengeluh.
"Hai!" sapa budak perempuan itu tanpa menoleh ke arah Kayla.
"Hai," balas Kayla. Kayla merenung budak di hadapannya. Bukan ke ini budak yang tegur aku semasa aku leka bermain mesej dengan Aidin.
"Awak... pasal tadi saya minta maaf ya."
Budak itu berkerut kening, mungkin terkejut apabila Kayla tiba-tiba meminta maaf. Kenal pun tidak, tiba-tiba masuk bilik ni ada orang nak mintak maaf kepadanya, dah kenapa? Selepas beberapa detik, dia memetik jari.
"Oh... kau rupanya budak yang asyik bermesej tadi ya."
Kayla hanya menyengih dan tersenyum malu kepada budak perempuan tu.
"Aku Malika Syafika, panggil aku Syaf," kata budak tu lalu menghulurkan salam kepada Kayla.
"Saya, Kayla Aurora, panggil saya Kay je." Mereka berjabat salam.
Syaf terus menghempas badannya ke atas tilam. Matanya dipejam untuk menghilangkan lelah. Kayla hanya tersenyum melihat gelagat Syaf. Slumber badak je budak ni. Boleh ke aku nak hadap perangai dia untuk enam bulan yang akan datang? Soalnya sendirian.
"Kay... tadi kau mesej dengan pakwe kau ye? Aku tengok senyuman kau lain macam, macam orang miang pun ada aku tengok," soal Syaf.
"Ar... yelah tu." Kayla mengiyakan pertanyaan Syaf. Biar hubungan dia dengan Aidin menjadi rahsia. Dia belum bersedia untuk berkongsi.
Jap, dia cakap aku macam orang miang. Kurang asam keping punya budak, tapi memang pun sebab aku asyik tersenyum memanjang membaca mesej daripada Aidin. Kayla terus menggeleng kepala. Aduh! Malunya. Tindak tanduknya tadi diperhatikan oleh Syaf.
Tiba-tiba, dia teringat mesej Aidin yang belum sempat dia balas. Cepat-cepat Kayla mengeluarkan telefonnya. Ada tiga panggilan telefon dan empat mesej masuk. Satu panggilan dari Adira dan selebihnya daripada Aidin.
Cepat-cepat Kayla membuka mesej daripada Aidin. Dibaca satu persatu mesej tersebut.
Myhubby
Sayang... Kenapa tak balas mesej abang? Sayang dah siap daftar belum?
Sayang sibuk ya. Nanti dah siap, call atau mesej abang ya.
Sayang, abang dah masuk bilik abang. Abang duk dekat tingkat 2. Kawan sebilik abang budak dari Johor.
Sayang... Balaslah mesej abang. Call la abang. Abang rindu nak dengar suara sayang...😭😭
Pecah tawa Kayla apabila membaca mesej terakhir beserta emoji menangis yang dihantar oleh Aidin. Kesian ya dia, suami siapalah ni? Rindu sangat la ni.
Tapi sebenarnya, abang... Rara pun rindu abang. Nak abang...
27.07.19
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Teen FictionSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...