SHSN2 17

590 31 9
                                    

KAYLA termenung memandang kereta yang lalu lalang di hadapan tingkap bilik rumah sewanya. Fikirannya menerawang memikirkan apa yang terjadi semalam. Betulkah apa yang dikatakan oleh Syafika? Penat fizikal dan emosinya dari semalam sehingga tidurnya asyik tergangu. Mata tidak memberi kerjasama. Puas dia memejam mata dan mengira biri-biri tetapi masih mata tetap degil untuk lelap.

Terkejut dirinya apabila bahunya di tolak dengan kasar.

Kayla menoleh ke belakang. Satu jelingan di berikan kepada Syafika. Perkara menjadi pantang bagi dirinya jika ada orang yang menganggu dirinya jika sedang bersendirian.

"Apa?" soal Kayla kasar.

"Amboi garangnya. Takut mak tau..." balas Syafika sambil membuat gaya cik sotong terkejut.

"Your lovely husband dah datang tu. Aku panggil dari tadi tak dengar pun."

"Oh... Okey."

Syafika terus beredar dari situ. Dia mahu memberi ruang kepada Kayla untuk menyelesaikan masalah dengan Aidin.

Kayla terus bangun dan mengambil beg sandang dan telefon bimbitnya. Sekilas dia melihat skrin telefon, beberapa misscall dan mesej masuk tetapi tidak disedari oleh dirinya. Keluhan halus keluar daripada mulut kecil.

Kayla kau kena kuat, getus hati kecilnya.

Kayla menuruni anak tangga. Dia melihat Syafika sedang asyik melihat anime naruto di komputer riba. 

"Aku keluar dulu."

"Okey.. hati-hati. Ingat apa aku cakap semalam. Bincang baik-baik," balas Syafika tanpa melihat Kayla. Matanya masih lagi asyik merenung skrin laptop. Syafika dan anime berpisah tiada.

Kayla segera menuju ke rak kasut. Sepasang sandal hitam bertali disarung ke kakinya. Kayla berjalan menuju ke luar sambil melihat Aidin sedang bersandar di sebelah pintu kanan kereta myvi biru. Kereta ini milik Aidin yang baru di beli pada tahun lepas. Tersenyum lebar Aidin apabila melihat Kayla berjalan ke arahnya.

"Hai, sayang abang. Kenapa abang call dan mesej tak balas? Dah lama abang tunggu ni."

"Rara mandi tadi tak perasan. Maaf," bohong Kayla.

"Oh, tak apa. Abang sentiasa maafkan sayang abang ni." Tersengih Aidin melihat muka kalut Kayla.

"Kita nak pergi mana ni tuan puteri?"

"Nak pergi mana-mana pun okey. Rara ikut sahaja."

Ikutkan hatinya sekarang mahu sahaja dia terus berlari masuk ke rumahnya sekarang untuk merajuk lari hilangkan diri hingga bila-bila tetapi bila memikirkan sampai bila dia nak merajuk. Hari ini dia mesti mengetahui adakah benar dakwaan bahawa Aidin ditangkap bersama-sama Maira.

"Okey, baik tuan puteri. Patik menurut perintah." Aidin membuka pintu untuk Kayla. Mulut Aidin tidak lepas melakarkan senyuman untuk Kayla.

Aidin memandu kereta menusuri jalan dengan laju. Kayla hanya membuang pandang ke arah tingkap kereta. Sungguh sekarang dia tiada mood nak bercerita dengan Aidin. Sepatah Aidin bercakap sepatah jugalah Kayla menjawab. Bunyi lagu daripada radio memecahkan kesunyian di dalam kereta tersebut. Aidin mencuri pandang Kayla yang sedang asyik merenung tingkap.

"Kenapa sayang senyap je ni? Selalu jumpa abang ada sahaja cerita," soal Aidin kehairanan.

"Ar.. tak ada apa. Mungkin Rara letih kot. Malam tadi tidur lambat sebab buat assignments." Bohong Kayla lagi. Ya, Allah. Kayla berapa banyak kau nak berbohong lagi ni.

"La... kenapa tak bagi tahu abang. Kalau abang tahu abang tak ajak sayang keluar. Biar sayang rehat dekat rumah."

"Kan semalam abang nak jumpa Rara. Rara okey je ni."

SURI HATI SI NERD 2Where stories live. Discover now