BAJU yang berselerak di atas katil diambil satu persatu. Hish! Dah macam kapal dilanda todak saja bilik ni. Baru dua minggu tinggal dah jadi macam ni. Agaknya kalau tinggal lebih sebulan dah menggunung baju dalam bilik ni. Silap-silap boleh jadi tempat pembiakan tikus dan lipas. Boleh pula adiknya tinggal dalam keadaan bilik yang bersepah ni. Kalau dia la, mahu pengsan sebab sesak dengan baju bersepah. Akil yang tiga tahun pun pandai, setiap baju kotor dimasukkan ke dalam bakul. Barang mainan dia selepas main masuk semula ke dalam bakul seperti asal. Ini umur dah 17 tahun tapi perangai macam budak setahun.
Krak!
"Eh! Akak dah balik?"
"Kau ni... bilik bersepah macam kapal karam. Mana ibu tak penat nak kemas bilik kau ni..." rungut Maira.
"Alah... Nanti Ayis kemas la kak." Beg sandangnya diletakkan di atas meja.
"Nak tunggu kau kemas, em... alamatnya sampai tahun depan pun tak tahu kemas ke tak," sinis Maira berkata kepada adik bongsunya, Farish.
"Haha," tawa Farish. Pandai kakak dia ni. Memang tak akan kemas kalau bukan ibunya yang jadi tukang kemas biliknya ini.
"Kak, Akil mana? Tak nampak pun. Selalunya budak tu tak nak berenggang dengan akak," soal Farish untuk mengelak kakaknya dari membebel lebih panjang.
"Dia ikut Abang Am. Abang Am bawa anak-anak dia pergi mandi water park tu yang ajak Akil sekali."
"Akak tak ikut?"
"Akak malas la nak ikut, lagipun akak nak kemas rumah ni. Kesian ibu, biar ibu rehat minggu ni."
"Bagus akak ni. Patutlah ibu suka kalau akak ada dekat rumah. Kemas rumah, tolong masak. Apa je yang akak tak tahu, semua serba serbi pandai. Ni kalau jadi isteri orang dah boleh sangat ni."
"Pandailah kau ni. Dah akak tahu bilik ni kemas ye lepas akak siap basuh baju."
"InnsyaAllah..."
"Jangan cakap je, kalau tak... akak ambik gambar bagi Isha tengok bilik pakwe dia ni," ugut Maira.
"Janganlah kak. Segan Ayis nanti."
"Eh! Tahu pula segan. Dah akak tahu nanti bilik ni kemas ya."
Maira keluar dari bilik Farish. Baju kotor adiknya dimasukkan ke dalam mesin basuh bersama-sama dengan baju lain. Sabun dituang ke dalam mesin. Butang mesin ditekan-tekan. Selepas itu, Maira bergerak ke singki. Pinggan mangkuk dicuci dengan hati-hati. Selesai membilas pinggan mangkuk, Maira bergerak pula ke biliknya. Ruang tamu telah dikemas selepas makan sarapan tadi. Inilah rutin yang akan dia lakukan jika balik ke rumah.
Setibanya di biliknya, Maira bergerak ke almari bajunya. Pintu dibuka, terpampang poster pelakon James Reid pelakon kelahiran Filipina di sebelah kirinya. Tersenyum Maira melihat pelakon pujaan hatinya itu. Bilalah dia dapat bertemu dengan pujaan hatinya ini. Bibirnya tersenyum manis apabila memikirkan impiannya itu. Angan-angan Mat Jenin je la kau Maira. Jangan harap ibu bagi kau terbang ke Manila semata-mata nak berjumpa James Reid tu. Mahu kau kena makan selipar saiz 10 dengan ibu kau nanti.
Maira menyusun baju yang sudah dia siap lipat selepas solat subuh tadi. Sedang leka menyusun bajunya, sekeping gambar terjatuh ke lantai. Di ambil gambar tersebut, kenangan lama terbayang.
"Kau ni, lambat sangat la. Cepatlah... Nanti Maira tunggu lama," marah Rizal.
"Alah... Dia boleh tunggulah. Kau ni kalut sangat."
"Kalut hotak kau. Aku risau dia tunggu kat situ dengan Ika. Kau tahulah Ika tu ramai benar kawan lelaki. Mesti kawan lelaki dia ada sekali."
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Novela JuvenilSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...