SHSN2 12

673 30 8
                                    

SYILING putih itu dipandang dengan kerutan penuh di dahinya. Di mana dia berada sekarang ni? Tekak terasa perit. Matanya meliar mencari air. Akhirnya, dia ternampak botol air di sebelah kirinya. Kayla berusaha untuk bangun tetapi terasa sakit di bahagian ari-ari. Satu keluhan kecil keluar daripada mulutnya. Sakit. Sakit sangat.

Ketika dia berusaha untuk bangun, pintu dikuak dari luar. Terdengar bunyi derapan kaki ke arahnya.

"Eh... sayang jangan banyak bergerak." Berkejar Aidin ke arah katil membantu Kayla untuk bangun.

"Haus."

Aidin terus menuang air ke gelas dan menghulurkan kepada Kayla. Seusai minum, dia melihat iv drip di sebelahnya.

"Rara kat mana ni?"

"Sayang kat hospital."

Berkerut lagi dahi Kayla mendengar jawapan Aidin. Sekarang dia di hospital? Kenapa? Aku sakit ke? Selepas itu baru Kayla teringat, dia terjatuh semasa berkejaran dengan Aidin dan ada darah mengalir di kakinya. Darah! Terus matanya beralih ke kakinya.

"Abang, Rara sakit apa?" Lemah suara Kayla.

"Sayang tak ada sakit tapi..." Aidin memandang Kayla yang menunggu jawapan daripadanya.

"Tapi apa?" Tangan Aidin digoyang sedikit.

"Kalau abang cakap ni, sayang kena terima dengan hati yang redha ya." Mata Aidin memandang Kayla.

Lagi berkerut dahi Kayla. Apa yang berlaku sebenarnya? Tiba-tiba, terasa nafasnya bertambah laju. Dahi sudah berpeluh. Deruan angin penghawa dingin di dalam wad itu tidak dapat menyejukkan dirinya. Bertambah gelisah hatinya apabila melihat muka sugul Aidin.

"Okey." Ringkas jawapan Kayla.

"Sayang keguguran."

"Gugur?" soal Kayla separuh menjerit.

"Ya, sayang gugur."

"Tapi bila masa Rara mengandung? Abang nak buat lawak, eh. Sekarang bukan 1st April ya nak buat April fool." Kayla berkata sambil tertawa kecil. Mesti Aidin saja nak bagi aku ketawa ni.

"Betul, sayang. Baby kita dah 6 minggu. Tapi... bukan rezeki kita." Sayu suara Aidin. Terasa berpasir anak tekaknya semasa berkata tadi. Air matanya yang sedari tadi bertakung ditahan supaya tidak tumpah di depan Kayla. Dia harus kuat. Sebagai suami dia perlu kuat.

Kayla termenung memandang Aidin. Mencari kebenaran di sebalik wajah suaminya itu. Betul ke aku gugur? Aidin yang seakan faham apa yang berlegar dalam fikiran Kayla, mengangguk beberapa kali. Terus tangan kanan Kayla dihala ke perut. Air matanya tiba-tiba mengalir.

"Baby kita dah tak ada..." Kayla mengusap perutnya perlahan.

"Maafkan mama, sayang. Mama tak tahu anak mama ada dalam perut mama." Air matanya terus mengalir laju.

Kayla tidak menyedari dirinya mengandung kerana periodnya sejak akhir-akhir ini tidak teratur. Kayla ada membuat ujian kehamilan dua bulan lalu selepas periodnya tidak datang tetapi hanya satu garis sahaja di pregnancy test tersebut.

Mereka memang merancang untuk tidak mempunyai anak dalam tempoh tiga tahun ini untuk menumpukan pelajaran masing-masing tetapi ini tidak bermakna mereka akan menolak ketentuan jika mereka dikurniakan anak pada waktu terdekat.

"Abang maafkan, Rara." Terhenjut-henjut bahu Kayla menahan tangisannya.

"Shs... Shs... Ini bukan salah sayang. Kita pun tak tahukan yang sayang mengandung." Aidin menyakinkan Kayla bahawa ini bukan salah dirinya seorang. Dirinya juga bersalah kerana dia yang membuatkan Kayla terjatuh.

SURI HATI SI NERD 2Where stories live. Discover now