AIDIN merenung gambar Kayla. Terasa rindu hati ini menyesakkan dadanya. Tak keruan dia duduk di dalam biliknya. Lagi dia tidak keruan apabila memikirkan apa yang berlaku petang tadi. Perkara yang tak dijangka akan berlaku.
Aidin berjalan menyusuri bangunan menuju ke perpustakaan. Sedang dia ralit membaca mesej daripada Kayla, tanpa sengaja dia terlanggar seseorang.
"Maaf..." ucapnya perlahan tanpa melihat siapa yang dia langgar.
"Abang Aidin?" tegur suara di hadapannya.
Aidin tergamam seketika. Siapa yang mengenalinya di sini selain Kasha? Aidin mendongak kepalanya, terkejut dia melihat siapa di hadapannya.
"Raisya..." Perlahan Aidin bersuara. Apa budak ni buat dekat sini?
"Abang belajar dekat sini ya. Tak sangka dapat jumpa abang. Rindu pula dekat abang." Raisya terus memeluk dan mencium ke dua pipi Aidin. Teruja hatinya berjumpa dengan Aidin.
Membesar mata Aidin di saat Raisya memeluk dan mencium pipinya. Cepat-cepat dia menolak badan Raisya. Pipi yang dicium tadi dikesat-kesat dengan belakang tapak tangannya. Terasa jijik pula bila dirinya dicium sedemikian.
"Eh! Kenapa nak peluk dan cium pipi ni? Raisya tak malu ke, ha!" bentak Aidin.
"Alah... Raisya rindu abang." Raisya membalas dengan muka yang tidak bersalah seraya menggoyang-goyangkan badannya.
"Mana boleh, dosa tahu tak? Raisya dengan saya tak ada sebarang ikatan."
"Tak luak pun kan kalau Raisya peluk dan cium abang. Bukan jadi apa pun. Lainlah kalau kita..." Raisya terus menghampiri Aidin. Jari telunjuknya menari-nari di dada Aidin lalu dibawa ke pusat Aidin. Di kala jari telunjuknya mahu turun ke bawah lagi, jarinya ditepis kuat oleh Aidin.
"Hey! Raisya nak buat apa lagi ni? Jangan fikir aku tak boleh nak tampar kau dekat sini ya!" bentak Aidin. Dada Aidin sudah berombak laju menahan marahnya. Sudah hilang sopan santunnya. Nak buat apa bersopan dengan budak yang tak faham bahasa ni.
Selama ini dia melayan Raisya dengan baik kerana menganggap Raisya sebagai adik tetapi apa yang dia lakukan sekarang sudah melampau batas.
Kasha hanya memerhatikan Aidin yang termenung jauh memandang gambar. Sesekali dia melihat Aidin mengetap bibirnya dan menggelengkan kepalanya.
"Kau ni dah kenapa?" soal Kasha sambil merenung tajam ke arah Aidin.
"Tak ada apa la," dalih Aidin.
"Ya ke? Ada benda yang kau nak share dengan aku?"
"Aku okey. Tak ada benda yang aku nak share dengan kau," bohong Aidin.
"Bukan kau fikir hal petang tadi?"
Aidin memandang Kasha tanpa kelip. Kasha nampak ke apa yang terjadi? Mesti dia fikir aku ni kaki perempuan.
"Kenapa dengan petang tadi?" Aidin mengawal suaranya sebaik mungkin. Takut-takut dirinya jika Kasha mengetahui apa yang menggangu fikirannya.
"Kau jangan nak tipu aku. Aku nampak apa yang terjadi." Kasha berkata sahaja seraya bibirnya tersenyum sinis ke arah Aidin.
"Kau nampak?" Aidin menyoal seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang betullah, Kasha sudah tahu apa yang terjadi.
"Ya, aku nampak. Siapa budak perempuan tu?"
Aidin menarik nafas panjang dan dengan berat hatinya dia menjawab, "Em... Dia tu dulu budak sekolah aku."
"Wah... Siap berpeluk dan bercium bagai aku tengok. Untunglah kau..." sinis Kasha bersuara sambil bibirnya tersungging sedikit.
"Kau jangan salah sangka dengan aku. Aku tak jangka dia akan peluk dan kiss aku. Aku pun terkejut tadi. Nasib Raisya tu tak kena makan penampar aku."
"Dia syok dekat kau ke?"
"Ya, dia pernah cakap suka dekat aku. Tapi aku dah ada Kayla. Dia selalu cari jalan untuk pisahkan aku dan Kayla."
"Oh... ni kes nak balas dendam la sebab kau tolak cinta dia."
"Ya, ceritanya lebih kurang macam tu la. Lepas habis sekolah memang aku dah lost contact dengan dia."
"Wah, kau ni hot juga. Ramai peminat." tawa Kasha.
"Hot apa bendanya. Kau ingat aku ni ayam KFC ke? Hot and spicy."
"Kan bagus kau senyum macam ni. Ni tak muka macam ayam berak kapur. Kalau awek kau nampak lari terus dia," ejek Kasha.
"Pandailah kau." Aidin juga ketawa mendengar ejekan Kasha.
"Sha... Aku nak kau rahsiakan hal ni. Aku tak nak la orang lain fikir apa tentang aku dengan apa yang dah berlaku tadi. Nasib tak ada orang nampak. Kalau tak... malu aku."
"Jangan risau la. Mulut aku ni zipnya kuat. Aku guna gam UHU cap gajah. Tapi kalau nak lebih kuat zip ya, apa kata esokq kau kena belanja aku makan KFC. Teringin pulak aku nak makan ayam hot and spicy."
"Amboi... Ni dah kira rasuah ni."
"Haha, sekali-sekala. Bukan senang nak dapat makan orang belanja kan."
"Yelah... Aku pun teringin nak makan bila kau sebut ayam hot and spicy tadi."
📌📌📌
MAIRA berjalan ke hulur dan hilir dari tadi tanpa henti. Terasa api cemburu mengusai dirinya. Hatinya sakit bagai ditoreh dengan pisau belati yang tajam. Apa yang dia saksikan petang tadi mengganggu fikirannya sekarang.
Balik sahaja dari berjumpa dengan abangnya tadi, terus dia balik ke rumah. Dia memerap sahaja di dalam biliknya sejak petang tadi. Nasibnya baik, Akil tidak mengacau dirinya hari ini. Hatinya tertanya-tanya siapa perempuan tu? Kenapa dia mesra sangat dengan Aidin? Itu ke isterinya, tetapi kenapa reaksi Aidin menjadi dingin apabila perempuan tu memeluk dan mencium pipinya.
Adoi! Sakit kepalanya memikirkan masalah ni. Maira membaling bantal ke dinding. Geram dengan adegan tadi. Senang hatinya apabila melihat Aidin di seberang bangunan, baru sahaja dia nak menegur Aidin langkahnya terhenti. Terpaku kakinya saat melihat pipi Aidin dicium di hadapannya.
Niat untuk menyapa Aidin terbantut, terus dia berjalan ke bilik abangnya yang merupakan pensyarah di situ.
Telefon pintarnya bergetar menandakan satu mesej masuk.
Ika Ngek
Wei... Aku nak cerita dengan kau, tadi aku jumpa mamat jambu dekat universiti aku ni. Handsome giler, wei.😍😍Maira
So... Aku nak buat apa? Kau nak aku buat kenduri selamat ke?Ika Ngek
Alah... Kau ni. Aku just nak share je. 🙄
Aku rasa aku nak pikat dia la. 😛Maira
😆😆... Kau pandai ke nak pikat hati lelaki ni. Bukan kau cakap dengan aku yang kau hati batu. Tak mainlah tangkap cintan-cintun ni. Konon nak masuk U sebab nak belajar bukan nak bercinta.Ika Ngek
Itu dulu, sekarang dah lain. Aku dah tangkap cintan dengan mamat ni.Maira
Suka hati kau la, Ika. Aku doakan kau berjaya. Kalau kau berjaya aku akan belanja kau makan sebulan free dekat cafe Kak Nisa.Ika Ngek
Kau jangan cabar aku, Mai. Okey... kau tengoklah nanti. 😌Dah la, bye. Aku nak tidur. Nak mimpi mamat jambu tu. Untung-untung mimpi aku kahwin dengan dia.😘Maira tersenyum melihat mesej daripada Ika. Ika... Ika... Tak pernah tetap pendirian. Kejap cakap A, kejap cakap B. Tapi itulah kawan baiknya dari sekolah dulu. Hilang sedikit rasa sakit hatinya.
09.09.2019
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Teen FictionSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...