SHSN2 08

552 31 16
                                    

HABIS semua barang dalam beg sandangnya dipunggah. Kemudian segala isi begnya diterbalikkan pula. Berselerak barang di atas katilnya. Satu persatu tempat di dalam biliknya itu dicari. Matilah dia kalau hilang benda itu. Nak buat semula, tak ada masa kerana sekarang sudah mula masuk kelas belajar.

Adoi! Manalah hilang kau ni. Janganlah hilang. Tolonglah, rayu hatinya berkali-kali.

Kayla menarik nafas berulang kali. Fikiranya dikosongkan. Selepas sudah mendapat ketenangan dalam dirinya. Dia mengingat semula di mana dia meletakkan barang itu. Jika barang itu dijumpai oleh Syafika. Lagi mati dirinya. Hal ini tak boleh  diketahui oleh Syafika.

Mula-mula, Kayla mencari di dalam dompetnya. Setiap segala celah poket dicari tetapi tiada. Selepas itu, beg sandangnya pula menjadi sasarannya. Tiada juga. Dia menarik nafas panjang lagi. Keluhan demi keluhan keluar daripada mulut mungilnya. Rambutnya sudah menjadi kusut masai. Peluh berjuraian membasahi mukanya.

Okey, sekarang almarinya menjadi destinasi terakhir untuk Kayla mencari sekeping kad yang cukup bernilai. Dikeluarkan bajunya satu persatu. Tiada juga, hampa. Dia melihat sekeliling biliknya. Ya, ampun. Berseleraknya bilik ni. Nampak budak Syafika ni, ada dia ingat bilik ni kena masuk pencuri.

"Adoi!" adu Kayla.

Kakinya tersadung hujung kerusi belajarnya.

"Hish! Bodohlah kerusi ni. Sakit kaki aku, sibuk je halang laluan aku!" rengus Kayla seraya menyepak lagi hujung kerusi tersebut. Sebal hatinya, dah la sakit hujung jarinya terkena bucu kaki kerusi ditambah lagi dengan kehilangan barang yang sampai sekarang tak dijumpai.

Di saat kakinya menyepak-nyepak bucu kaki kerusi, matanya terpandang sekeping kad di hujung mejanya. Bersinar matanya apabila melihat kad tersebut. Dia menunduk mengambil kad tersebut. Melompat gembira Kayla melihat kad tersebut. Hatinya yang gundah gulana tadi sudah bertukar sifat.

Kayla yang melompat gembira terkedu apabila pintu biliknya dibuka kasar.

"Kay... Kau okey tak?" soal Syafika dengan nada cemas. Di saat dia melihat bilik yang bersepah, ternganga mulutnya.

"Ish... Kau ni, tutuplah mulut tu. Masuk lalat nanti." Kayla menutup mulut Syafika sambil tersengih.

"Aku okey, aku cari barang hilang tadi." Bersahaja Kayla berkata.

"Kau ni... Aku ingat apalah. Dahlah aku dengar bising-bising dari luar." Syafika menjeling kepada Kayla.

"Sorry la, kalau aku takutkan kau."

"Kau ni cari apa sampai kalut sangat ni?"

"Ar... Aku cari buku aku tadi," jawab Kayla. Dia sebenarnya mencari kad kahwinnya yang hilang. Nasib dia jumpa sebelum Syafika masuk tadi. Kalau tidak, terbongkar rahsianya.

📌📌📌

KAHRIL merenung gambar kandid yang diambil secara senyap-senyap semalam. Bibirnya menguntum senyuman melihat gerangan di dalam gambar tersebut. Jarinya menyentuh skrin telefon pintar seakan menyentuh wajah pemilik gambar tersebut.

Di saat kali pertama dia melihat wajah itu, hatinya sudah tertawan. Bagaikan ada kuasa magnet yang menarik untuk Kahril menatap wajah lembut si dia. Lagi membuat hatinya riang apabila wajah itu akan sentiasa menemaninya di dalam kelas. Ini membuatkan dia menjadi lebih bersemangat lagi untuk belajar.

Tapi... adakah si dia sudah berpunya? Persoalan yang sering bermain di kotak fikirannya. Kahril mahu bertanya tetapi bagaikan ada bertan batu tertanam di dalam mulutnya di kala bertembung dengan si dia. Lidahnya menjadi kelu untuk memulakan tutur bicara.

SURI HATI SI NERD 2Where stories live. Discover now