SUNYI. Itu perasaannya sekarang. Semenjak ayahnya meninggalkan dia dan keluarganya dua tahun dulu. Semuanya berubah. Dia dulu adalah anak ayah. Di mana ada ayahnya, disitulah dia ada. Dia bagaikan bayang-bayang ayanhnya. Dialah peneman setia ayahnya. Sekarang, itu semua hanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah hudupnya.
Kesalahan yang dia lakukan dahulu menguji kesabaran seorang insan yang menyandang gelaran ayah. Ayah mana yang tidak sedih apabila satu-satunya anak perempuan kesayangan yang ditatang bagai minyak penuh menconteng arang ke mukanya.
"Maaf, ayah." Itu sahaja yang termampu diluahkan oleh dirinya. Terasa berpasir anak tekaknya untuk berbicara.
"Mai... Kenapa Mai buat ayah macam ni?" rintih Encik Ismail. Anak matanya memandang tepat ke arah Maira.
Luluh hatinya disaat dia menerima berita yang merobek hati tuanya. Sanggup anaknya ini melakukan perkara terkutuk tersebut. Mana dia mahu meletakkan mukanya. Nama sahaja imam surau tetapi anak perempuan seorang pun tak mampu nak dijaga. Betullah dikata orang, iman tak dapat diwarisi.
"Mai tak tahu..." Maira menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya.
"Anak siapa yang Mai kandungkan ni!" bentak abangnya, Amran.
Maira hanya berdiam diri. Takut dia nak bersuara. Jika dia bersuara, pasti akan berlaku pergaduhan atau pertumpahan darah.
Semalam dia muntah-muntah teruk sehingga dia pengsan di rumah sebelum pergi ke sekolah. Nasib baik Encik Ismail masih belum pergi ke kebun. Bergegas Encik Ismail dan Puan Harina ke klinik kesihatan berdekatan. Keluar sahaja dari klinik, suasana muram mengiringi kepulangan mereka ke rumah.
Sebaik sahaja sampai di rumah, Encik Ismail terus membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Puan Harina memimpin Maira. Mata Maira sudah bengkak menangis sejak dari klinik tadi. Puan Harina juga tidak dapat menahan sebak. Apa salahnya.
Kini, abangnya sudah tiba dari Kuala Lumpur. Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Maira hanya menangis sejak dari semalam.
"Aku tanya anak siapa ni!" tengking Amran lagi.
Geram dia melihat adiknya ini tidak mahu menjawab soalannya. Dia baru mendapat panggilan telefon daripada ibunya mengatakan ada hal mustahak yang perlu dibincangkan. Bergegas dia pulang ke kampung selepas mendapat panggilan telefon ditambah lagi dengan suara tangisan ibunya semasa bercakap dengannya.
Sepanjang penjalanannya dari Kuala Lumpur ditemani dengan perasaan resah dan gelisah. Pelbagai soalan di dalam kotak fikirannya. Sampai sahaja di rumah, dia mendapat berita adiknya mengandung anak luar nikah. Sudahlah penat memandu dari Kuala Lumpur belum hilang, ditambah lagi dengan masalah adiknya membuatkan angin barannya berkali-kali ganda naik.
Akibat tengkingan Amran, lagi kuat tangisan Maira.
"Aku nak kau gugurkan kandungan tu. Keturunan kita tak ada anak luar nikah!"
"Ta... tapi anak ni tak bersalah..." Maira bersuara dengan suara yang tersekat-sekat. Betul anak ini tak bersalah, yang bersalah adalah dia. Anak ini tidak patut dihukum kerana kesalahan dirinya.
"Betul tu, Am. Anak ini tak bersalah," sokong Puan Harina.
"Habis ibu nak Mai melahirkan anak ni juga? Ibu jangan nak tambah malu keluarga kita ni. Mana kita nak letak muka ni ibu. Anak Iman Ismail melahirkan anak luar nikah. Malu ibu... malu kita..." kata Amran seraya menggeleng kepalanya.
"Am... Adik kamu dah berdosa besar kerana melakukan zina, kamu nak tambah dosa adik kamu dengan membunuh anak di dalam kandungannya itu," tegur Encik Ismail.
"Tapi ayah... kalau anak ni lahir. Siapa nak jaga dia? Macam mana dengan persekolahan Mai?" soal Amran.
"Selagi ayah masih hidup. Ayah akan jaga anak ni macam ayah jaga anak-anak ayah. Tentang persekolahan Mai, nanti selepas dia melahirkan anak ni barulah kita fikir apa yang kita nak buat."
Terharu Maira dengan kata-kata ayahnya itu.
"Mai... Bagitahu ayah, siapa bapa anak ini?" Lembut suara Encik Ismail menyoal Maira. Dia tahu jika dia berkeras dengan Maira, Maira tak akan menjawab dengan jujur. Tak guna nak menggunakan kekerasan dalam waktu sekarang, cara yang terbaik adalah memujuk dengan lembut supaya Maira berterus terang.
Maira memandang wajah ayahnya. Terasa sayu hatinya melihat muka sugul ayahnya. Kalau boleh diputarkan waktu, dia tak mahu terjebak dengan masalah ini. Tapi... apakan daya. Nasi dah menjadi bubur. Biarlah dia menanggung seorang kerana ayah kepada anaknya sudah tiada di sini. Dia sudah membawa diri jauh daripada hidup Maira.
Lima bulan selepas habis persekolahan, Maira melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Akif Saudi. Hingga saat ini, hanya Maira seorang sahaja yang tahu siapa ayah kandung kepada anaknya. Jika ditanya dan disoal, Maira hanya mendiamkan dirinya. Mengunci mulutnya sebaik mungkin.
Selepas dia melahirkan anaknya, Maira telah berhenti sekolah dan mengikut abangnya Amran ke Kuala Lumpur. Maira mengambil kursus jahitan dan masakan. Dia sedar dengan hanya bekalan keputusan PT3 sahaja, tidak akan menjamin masa depannya dan anaknya. Jika ada kemahiran, maka dengan ini dia akan boleh menjana pendapatannya.
Maira melihat sekeping gambar yang tersimpan di dalam lipatan bajunya.
"Awak... anak kita sudah besar. Saya nak bagitahu awak tapi... awak sudah jauh dengan saya walaupun saya terasa awak dekat. Biar saya simpan rahsia ini seorang diri. Andai terbongkar jua, saya redha dengan semua keputusan yang akan terjadi."
"Akif... Ibu nak Akif tahu. Ayah Akif seorang yang baik tetapi kerana khilaf kami berdua, Akif telah mendapat gelaran anak luar nikah. Maafkan kami, Akif. Ibu dan ayah sayangkan Akif dunia dan akhirat." Mengalir air mata Maira mengenang kisah lama.
Ya, Allah. Ampunilah dosaku dan dosa-dosa orang disekelilingku. Semoga kami semua dijauhi dari melakukan dosa. Amin.
12.10.2019
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Teen FictionSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...