SHSN2 10

561 27 2
                                    

TAP... TAP...

Bunyi butang komputer riba memenuhi ruang bilik. Kayla sedang menaip assignment yang diberikan oleh Madam Aisyah. Sedang leka dia menaip, telefon pintarnya bergetar. Kayla mengerling seketika telefonnya selepas itu lirikkan matanya kembali semula menatap ke skrin komputer ribanya.

Selepas beberapa saat, telefonnya berdering lagi. Kayla menarik nafas panjang seraya butang merah ditekan-tekan dengan kasar. Satu jelingan diberikan ke arah telefonnya seolah-olah jelingan itu diberikan kepada pemanggil tadi. Padan muka.

"Hai, Kay. Dari tadi aku tengok telefon kau berbunyi tapi kau buat dek je kenapa? Gaduh gan boiperen ke?"

"Biar dia. Padan muka." Sebal hati Kayla dengan Aidin.

"Ish... Kau ni, kuat sangat merajuk. Cercite gan aku apasal kau punya angin monsun tropika barat daya datang ni? Nak kata dekat luar mendung, aku tengok panas lit-lit."

Kayla terus menoleh ke arah Syafika. Komputer ribanya ditutup. Kerusinya di bawa ke arah Syafika tanda dia bersedia untuk bercerita.

"Betul kau nak dengar kenapa aku moody ni?" soal Kayla untuk kepastian seperti tuan hakim di mahkamah.

"Ya, saya sedia mendengar yang arif," balas Syafika seraya senyuman kambing dilemparkan kepada Kayla.

"Bodoh tau kau ni." Geram Kayla dengan perangai loklak Syafika ni.

"Sampai hati kau panggil aku bodoh. Sob... sob..." rajuk Syafika dan berpura-pura menangis.

"Alah, aku gurau jelah. Maaf ya, Cik Intan Payung Malika Syafika," pujuk Kayla, tetapi pujukan Kayla tidak dilayan Syafika.

"Wei... Merajuk pula! Aku memain pun tak boleh. Oh... kau nak merajuk dengan aku ya." Kayla terus mendekati Syafika lantas menggeletek pinggang Syafika.

Syafika yang tidak dapat menahan panahan geli geliman akibat digeletek oleh Kayla akhirnya mengalah juga.

"Dah... Dah... Ada aku terkencing kat sini karang!" jerit Syafika seraya menolak-nolak tangan Kayla yang masih galak mencucuk-cucuk pinggangnya.

Kayla hanya tertawa melihat Syafika. Siapa saja yang boleh merajuk lama dengan dia. Eh! Ada... bukan dulu Aidin merajuk lama dengan dia sebab Farid up gambar mereka bersama dulu. Puas Kayla memujuk. Sampai Bibi menjadi pengantara antara mereka berdua. Bibi? Ha... Mesti ada yang tertanya siapa Bibi ni kan. Kalau nak tahu bolehlah melawat ke buku pertama.

"Padan muka kau," ejek Kayla.

"Geli dow, sakit pun ada tau tak? Tak padan kecik kau ni, tapi tangan macam mesin..." adu Syafika sambil memegang perutnya. Terasa kebas pula.

"Dah cepat cerita dengan aku," sambung Syafika.

"Macam ni... Kau geram tak..."

"Tak geram," potong Syafika.

Satu pukulan hinggap di bahu Syafika.

"Kau ni kan. Aku belum cerita kau dah menyampuk." Satu jelingan diberikan kepada Syafika. Hai, hari ini hari jelingan sedunia ke sebab aku asyik nak menjeling saja dari tadi.

"Haha... Dah cepat cerita." Tawa Syafika apabila melihat muka Kayla yang sedang menahan marah.

"Kau jangan nak potong cakap aku lagi ya, kalau tak aku malas nak cerita."

"Ya... aku tahu. Cepat cerita."

"Tahu... tahu... tapi buat juga," perli Kayla.

"Ya, aku janji."

SURI HATI SI NERD 2Where stories live. Discover now