SHSN2 14

375 21 4
                                    

LAJU air mata turun membasahi pipi merah Kayla. Dia tidak menyangka berakhir begini sudah hubungan yang dibina dengan ikatan perkahwinan. Sungguh tak di sangka, taman yang dihias indah tetapi telah diceroboh oleh insan yang sama spesis dengannya. Benci sungguh Kayla dengan si penceroboh itu. Jika si penceroboh itu ada di hadapannya, mahu sahaja di tikam-tikam seluruh mukanya. Biar pudar kecantikan berganti parut.

"Wei, kau kenapa?" Syafika pelik dengan Kayla yang begitu asyik menatap skrin komputer riba berwarna pink.

"Aku sedih tengok ni. Isk... Isk..." Terus laju mutiara putih keluar dari tubir matanya.

"Adoi! Kau ni. Tengok cerita ni pun nak feeling lebih-lebih dah kenapa?" Marah Syafika.

"Kau tak faham Syaf, kalau milik kau dirampas oleh perempuan lain. Sakit tau. Sakit dia umpama jari kau ni di hiris-hiris pisau."

"Ni yang aku tak faham orang zaman sekarang ni. Tengok k-drama pun nak emotional sangat."

"Sumpah sedih cerita ni. Suami dia curang dengan orang lain. Benci betul aku dengan Gayung ni. Kalau depan aku ni. Aku nak cucuk-cucuk mata dia tu. Biar buta. Nanti Teh Oh pergi balik dekat Dr Ji."

Syafika hanya menggeleng melihat gelagat Kayla.

"Minggu depan betul ke kau nak ajak aku pergi rumah kau?"

Senyap. Sunyi. Persoalan Syafika tidak berbalas.

"Kay... Kau betul ke nak ajak aku?" Selamat sebiji bantal corak Hello Kitty mendarat ke atas kepala Kayla.

"Apa ni Syaf? Main baling-baling bantal. Sakit tau!"

"Habis kau tu aku tanya kau buat derk je. Memang mendapat la jawabnya." Syafika buat muka tak bersalah.

"Apa yang kau tanya aku?" Dalam marah-marah pun Kayla masih bertanya juga.

"Betul ke nak ajak aku balik rumah kau minggu ni?"

"Ya. Aku nak ajak kau. Aku kesian tengok kau tiap-tiap minggu asyik terperap je kat bilik. Lagipun mama aku nak buat majlis kenduri sikit."

"Tapi... Aku segan la nak pergi rumah kau."

"Dah kenapa pula nak segan? Kau tak ada muka?"

"Banyaklah kau aku tak ada muka. Ni nampak tak muka aku yang cantik berseri ni," puji Syafika.

"Habis tu, kenapa?"

"Aku tak pernah kenal mama dan papa kau. Lagi satu, aku kan budak kampung. Mana tahu mama kau tak selesa terima tetamu macam aku." Terus berubah nada suara Syafika.

Dia terasa perit mengenang nasib sebagai anak kampung yang tidak berada. Kata-kata hinaan dan cacian sentiasa menjadi makanan sampingan jika keluarganya balik ke rumah nenek sebelah bapanya. Dia bukanlah cucu kesayangan neneknya hanya kerana dia bukan anak orang kaya.

"Kau ni. Mama aku orang yang baik tau. Kalau kau nak tahu, mama aku pun asal dari kampung. So, kau tak perlu nak segan okey. Mesti nanti mama aku gembira bila dia tahu aku bawa kau balik."

"Okeylah."

📌📌📌

Syafika sedang mengemas pakaian untuk di bawa ke rumah Kayla. Pelbagai perasaan yang hadir di lubuk hati kecilnya. Semoga semuanya okey.

"Wei, termenung apa tu. Dah jom, papa aku dah sampai kat bawah."

Syafika dan Kayla berjalan menuruni tangga. Kereta Honda City berwarna putih sedang menunggu mereka.

Pintu hadapan di buka. Senyum Kayla melihat hero pertama di hatinya sedang asyik melihat gambar mamanya.

"Assalamualaikum, papa. Amboi, Kay masuk pun tak perasan ya."

SURI HATI SI NERD 2Where stories live. Discover now