SHSN2 16

377 23 5
                                    

Maira mengambil tisu lalu mengelap dada aidin yang terkena air panas.

"Astaufirallahalazim. Awak berdua buat apa di dalam bilik ni?" sergah Miss Halila.

Tergaman Aidin dan Maira. Serta merta tangan Maira yang sedang mengelap dada aidin di tepis laju oleh Aidin.

"Saya tertumpahkan air di baju Aidin, Miss Halila."

"Tumpah air... Tapi apa kamu buat berdua-duaan di dalam bilik ni?"

"Saya nak hantar assignment."

"Saya nak ambil bekas makanan yang tertinggal."

"pada waktu yang sama?" curiga Miss Halila dengan alasan mereka berdua.

"Betul, Miss. Saya tak tipu."

"Saya nak kamu berdua ikut saya ke bilik Prof. Hayat."

"Tapi kami tak bersalah..."

"Salah ke tak salah ke, kamu berdua kena ikut saya. Jika tidak lagi berat hukuman kamu berdua," amaran Miss Halila.

Aidin menghela nafas dan berdecit secara perlahan supaya tidak di dengari oleh Miss Halila. Manakala Maira yang masih terkejut hanya menunduk memandang lantai.

"Cepat ikut saya. Kamu nak saya bentangkan kapet merah dan bunga mangga ke baru nak berjalan keluar atau pun kamu nak selesaikan apa yang terbantut tadi," perli Miss Halila.

"Ha! Tak ada la Miss. Saya ikut Miss sekarang. Maira awak jalan dulu."

"Baik."

Sedang mereka mahu melangkah keluar, amran berjalan menghampiri biliknya.

"Eh, kenapa ni Ila. Awak buat apa dalam bilik saya ni."

"Saya tangkap Adik Am dan pelajar kita berdua-duaan dalam bilik awak."

"Apa!!" Terus Amran menolak daun pintu ternampak Aidin dan Maira yang mahu keluar.

"Kamu buat apa dalam bilik abang waktu-waktu ni. Bukan sekarang sepatutnya kamu tengah bekerja?" marah Amran.

"Ira... Ira nak ambil barang" Tersekat-sekat Maira mahu menjawap soalan Amran.

"Barang apa?!" bentak Amran.

"Am, sekarang saya nak bawa mereka berdua berjumpa dengan Prof. Hayat. Nanti kita soal siasat dekat sana."

Amran mendengus kasar.

"Kau nak buat hal apa lagi ni Ira. Tak cukup ke dengan masalah dulu yang kau buat ha!!" bentak Amran sambil menumbuk meja.

"Ira tak salah abang. Betul sumpah. Ni bukan seperti yang abang dan Miss Halila fikirkan."

"Dah, saya tak mahu dengan alasan dan drama kamu lagi. Mari ikut saya. Am, awak pun ikutlah sekali sebab awak sebagai abang dan pensyarah mereka. lagipun kejadian terjadi dekat bilik awak kan."

"Baiklah."

Mereka berjalan menuju ke bilik Prof. hayat. terdengar suara-suara di belakang mereka. aidin tidak mengendahkan suara-suara sumbang di belakangnya itu kerrana dia tahu dirinya tidak bersalah. dia hanya berada di tempat dan tempat yang salah. jika dia tahu maira da di dalam bilik itu, dia mesti tidak akan masuk dan menunggu Encik Amran.

Pintu bilik Prof. Hayat di ketuk. Kedengaran suara Prof. Hayat memberi keizinan masuk ke biliknya. Miss Halila yang pertama melangkah ke dalam dahulu di ikuti Amran, Aidin dan Maira.

"Ya, ada apa Miss Halila nak berjumpa saya dan kenapa kamu membawa mereka sekali?" soal Prof. Hayat kehairanan.

"Maaf, Prof. Saya menggangu Prof pada waktu ini. Tadi semasa saya melalui bilik Amran dan saya terdengar bunyi bising di dalamnya lalu saya membuka pintu tersebut. Saya telah melihat pelajar kita dan pembantu perpustakaan ini sedang berduaan dalam bilik Amran."

SURI HATI SI NERD 2Where stories live. Discover now