SHSN2 15

293 26 6
                                    

BAJU, seluar dan pelbagai barang berselerak di atas lantai. Bilik tersebut hanya di sinari cahaya matahari yang dapat menembusi langsir bercorak bunga mawar. Di satu sudut, kelihatan seseorang sedang duduk bersandar di dinding dengan muka yang sugul.

Bunyi kuakan pintu tidak dihiraukan. dia merasakn derapan kaki menghala ke arahnya.

"Sayang..." suara lembut Aidin mencari Kayla. Terhenti pergerakkan pabila melihat satu susuk tubuh sedang bersandar di dinding.

"Sayang... Kenapa ni?" soal Aidin lembut sambil menyelak rambut yang menutupi rambut Kayla.

"Abang tipu Rara..." Kayla menjawab dengan suara serak. Penat kayla menangis semalaman.

"Abang tipu apa sayang?" Berkerut dahi Aidin mendengar jawapan Kayla.

"Ada perempuan lain dalam hati abang."

"Mana ada. Sayang je yang ada di setiap ruang hati abang."

"Abang tipu!!" jerit Kayla sambil menumbuk-numbuk dada Aidin. Pedih hati apabila mengetahui hati Aidin ada tertulis nama wanita lain.

"Sayang... Janganlah macam ni," pujuk Aidin lantas memeluk Kayla.

"Abang tipu Rara..." rengek Kayla bersulam dengan suara tangisan yang sayu.

"Shs... shs... Sayang jangan macam ni. Abang ada sayang je," pujuk Aidin lagi.

"Habis siapa Maira?"

Tergamam Aidin apabila mendengar nama Maira. Otak sudah ligat berfikir bagaimana Kayla mendapat tahu mengenai Maira. Kasha... tak mungkin Kasha yang memberitahu Kayla. Dia belum lagi pernah bertemu dengan Kayla. Ting! Otak mendapat jawapan, baru dia teringat Syafika. Mesti Syafika yang memberitahu hal berkaitan Maira. Adoi sakit kepala ni. Sayang... Maira ni hanya kisah abang yang lalu. 

Syafika duduk menghadap Kayla yang sedang asyik membelek telefon pintarnya.

"Kay... ada benda yang aku nak bagitahu kau ni?"

"Apa dia? Aku tengok gelabah semacam je kau ni." Pelik Kayla dengan kelakuan Syafika.

"Erm... dari mana ya aku nak mula ni. Kalau aku tak cakap dengan kau, rasa macam aku kawan yang tak bertanggungjawab pula tapi kalau aku cakap dengan kau takut kau kecik hati pula."

"Cakap je la. Aku okey punya dari kau dolak dalih ni lagi buat aku tak keruan."

"Okey... kau tahukan aku dan suami kau satu sekolah."

"Ya, aku tahu"

"Dia ada cerita dengan kau kenapa dia pindah sekolah?"

"Ada tapi ibu yang cerita dulu. Dia pindah sebab kawan baik  dia meninggal, tak silap aku nama dia Rizal."

"Itu je yang ibu kau cerita?"

"Ya lah, tak akan aku nak tipu kau."

"Aidin ada cerita dengan kau pasal Maira"

"Maira?"

"Ya, pasal Maira."

"Tak ada pula. Kenapa? Siapa Maira?"

"Kalau kau nak tahu Maira ni dulu perempuan pujaan Aidin. Sebelum Aidin tukar sekolah Maira sudah berhenti sekolah dulu. Aku pun tak tahu sebab apa. Aku pergi rumah mak ayah dia. Mak dia hanya cakap Maira ada masalah kena ikut abang dia pindah tapi aku rasa mungkin ada kaitan dengan kematian rizal. Selepas tu aku terputus hubungan dengan dia sama juga dengan Saufi. Aku dapat berhubung dengan Maira pun sebab aku ada terserempak dengan dia masa aku balik kampung."

SURI HATI SI NERD 2Where stories live. Discover now