MAIRA menggosok-gosok kedua matanya apabila melihat kerlipan sinaran cahaya yang datang daripada telefonnya. Siapa yang menghantar mesej pada waktu begini? Janganlah cakap kawanku yang kurang vitamin A tu hantar mesej. Kalau dia tu dah tak dapat nak bezakan antara malam dan siang. Macam bulan lepas pukul 3.00 pagi hantar mesej semata-mata nak tanya baju apa cantik untuk pakai ke kelas. Selepas kita memberi pendapat. Cakap tak cantik pula. Mahu tak angin satu badan.
Dalam keadaan yang mamai dia membuka aplikasi WhatsApp. Terus bersinar mata Maira apabila melihat nama si penghantar mesej. Bagaikan mimpi di pagi hari pabila Aidin yang menghantar mesej. Senyuman manis terukir di bibirnya. Baru sahaja mesej itu separuh dibaca, mesej itu telah hilang. Aidin telah memadam mesej tersebut.
Aidin memohon maaf kerana tersalah hantar mesej. Seusai membalas mesej Aidin, senyuman manis tadi terus lenyap dibawa angin pagi.
Hish! Maira kenapa kau ni? Aidin tu kan suami orang dan bukan hak kau. Dulu mungkin kau yang bertahta di dalam hatinya tetapi sekarang nama isterinya yang ada tersemat di hatinya. Jangan kau nak merampas kebahagian perempuan lain, Maira. Amaran hatinya.
Maira bangun daripada tidur menuju ke bilik air untuk menyahut seruan alam. Selesai urusan di bilik air, Maira duduk bersila di atas katil. Akif yang tidur bersebelahan dengannya dipandang dengan perasaan sayu.
Kesian anak ibu tak dapat merasa kasih sayang seorang ayah. Maafkan ibu, sayang. Satu kucupan mendarat ke dahi anaknya. Akif menggerakkan kepalanya apabila terasa tidurnya tergangu.
"Ibu... Akif sejuk," rengek Akif.
"Ibu peluk Akif ya. Nanti tak sejuk lagi. Mari sini peluk ibu. Sayang anak ibu," balas Maira dengan senyuman.
"Yayang ibu gak." Akif memeluk Maira dengan erat.
Maira mendodoikan Akif sehingga Akif tertidur kembali. Selepas memastikan Akif tidur, Maira juga menyambung lenanya yang terganggu tadi.
Bantal peluk bercorak Hello Kitty pemberian seseorang semasa ulang tahun ke-14 tahun dulu dipeluk dengan erat.
"Awak... Saya rindu dengan awak..." rintih Maira.
📌📌📌
SELEPAS setahun Aidin dan Kayla menempuh alam belajar di universiti, hubungan mereka semakin erat walaupun sesekali pergaduhan terjadi. Bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula hubungan suami isteri.
Mereka sekarang duduk di rumah sewa. Kayla menyewa bersama Syafika dan tiga orang lain kawannya iaitu Qairin, Aneesa dan Maisarah.
Begitu juga dengan Aidin. Dia juga duduk menyewa bersama Kasha. Rumah sewanya hanya mengambil 20 minit perjalanan untuk sampai ke universiti.
Aidin dan Kayla sedang duduk di laman rumah. Memang menjadi rutin mingguan mereka akan pulang ke rumah. Mereka bergilir balik ke rumah ibubapa Aidin dan Kayla.
"Sayang... Apa beza sayang dan kentut?" soal Aidin kepada Kayla yang sedang asyik membaca novel.
"Ha! Sayang dan kentut?" Kayla menyoal semula. Pelik Kayla apabila cik suami tiba-tiba bertanya begitu.
"Yalah. Beza sayang dengan kentut."
Kayla hanya menjongketkan bahunya tanda tak tahu. Malas nak melayan Aidin. Matanya kembali membaca novel Curi Curi Cinta.
Sejak akhir-akhir ni, Kayla gemar membaca novel. Ini mungkin terpengaruh dengan Aneesa yang gemar membaca novel. Berpuluh novel di rak buku Aneesa. Mulanya, Kayla hanya mahu membaca untuk suka-suka tetapi tiba-tiba minat membaca novel menebal di dalam dirinya. Jadinya dapat sahaja duit daripada Aidin, mesti sebuah atau dua buah novel terbaru akan menjadi koleksinya. Bak kata Aidin, kan abang ni pemurah sebab penderma setia dia.
"Beza sayang dan kentut adalah..." Aidin sengaja tak mahu menghabiskan ayatnya.
"Apa bezanya, abang. Cepatlah jawab. Jangan kacau sayang nak baca novel ni."
"Jawapannya adalah, kedua-duanya buat abang tak tahan."
"Tak tahan apa?" soal Kayla kehairanan.
"Kentut buat abang tak tahan nak membuang sekarang, manakala sayang buat abang tak tahan nak peluk dan cium hari-hari," jawab Aidin.
"Ada-ada je abang ni." Kayla ketawa dan mengeleng-geleng kepalanya dengan jawapan Aidin. Dah pandai buat ayat pickup line. Siapa ajar ni? Ini mesti terpengaruh dengan lawak Sepahtu Reunion.
Kayla tiba-tiba menutup hidung kerana ada bau busuk yang menerjah ke rongga hidungnya. Automatik kepalanya menoleh ke sebelah. Aidin hanya menayangkan muka tak bersalah.
"Euw... Abang kentut ya. Pengotorlah abang ni!" Marah Kayla lantas memukul bahu Aidin.
Aidin hanya tertawa melihat muka cemberut isterinya. Memang dia yang melepaskan angin kus-kus tu. Melihat Kayla merenung tajam ke arahnya, lagi membuat dia ketawa sehingga terhenjut-henjut bahunya. Suka hatinya membuat Kayla apabila tengah marah. Cantik.
"Nak lagi?" Aidin terus kentut ke arah Kayla.
"Abang!!"
Geram Kayla dengan perangai tak senonoh Aidin. Dia bangun dan ura-ura mahu memukul Aidin tetapi Aidin terlebih dahulu bangun untuk menyelamatkan diri daripada di pukul.
"Jangan nak lari ya. Abang dah kacau mood sayang nak baca novel ni." Kayla terus bangun dan mengejar Aidin.
Sedang mereka berkejaran dengan gelak tawa, dengan tak sengaja Kayla tersepak batu besar di tepi kolam dan membuatkan dia jatuh terduduk di atas batu kerikil.
"Aduh... sakitnya," adu Kayla dengan kerutan muka menahan sakit. Punggungnya digosok-gosok untuk menghilangkan rasa sakit.
"Sayang... kaki sayang berdarah." Aidin menjadi panic apabila melihat ada darah yang meleleh di kaki Kayla.
Kayla yang baru perasan ada darah di kakinya terus terkaku. Dia bersilih ganti melihat Aidin dan darah yang mengalir di kakinya.
"Abang... sakit," rintih Kayla dan terus rebah di sisi Aidin.
"Sayang... sayang bangun. jangan buat abang takut." Aidin memeluk Kayla. Pipinya ditepuk-tepuk beberapa kali tetapi tiada tindak balas daripada Kayla. Aidin terus mencempung Kayla. Dia berlari ke dalam rumah memanggil ibunya.
"Ibu... Ibu... Tolong along, Kayla pengsan."
Puan Amirah yang melihat Kayla pengsan terus menyuruh Aidin membawa Kayla segera ke hospital. Aidin terus mencapai anak kunci dan laju memandu kereta ayahnya ke hospital. Double signal dihidupkan untuk isyarat sekarang dia di dalam kecemasan. Beberapa kereta memberi laluan kepada Aidin. Semua lampu lampu isyarat merah dilanggar jika kena saman itu settle kemudian hari. Sekarang, keselamatan isterinya menjadi keutamaan dirinya. Sesekali dia mengerling ke cermin belakang melihat Kayla yang dipangku oleh Puan Amirah.
"InsyaAllah, Kayla okey." Puan Amirah senyum memandang Aidin. Dia tahu mesti anaknya ini risau akan keadaan Kayla. Dia pun mengharapkan Kayla akan selamat.
Aidin hanya mengangguk. Dia pun berharap tiada apa-apa yang berlaku kepada Kayla.
Ya Allah, kau selamatkan isteriku.
18 Jan 2020
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Підліткова літератураSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...