Kelihatan seorang lelaki berusia dalam lingkungan usia dalam umur 30an sedang menulis sesuatu di atas papan putih. Sesekali dia mengerling komputer ribanya di atas meja.
"Okey, ini adalah modul yang akan saya ajar untuk semester ini. Harap kamu semua ambil perhatian. Saya tak nak dengar alasan jika ada yang ketinggalan dalam kelas saya."
"Baik, Sir," sahut semua pelajar di dalam dewan kuliah tersebut.
"Kamu sudah tahu nama saya, jadi saya nak kamu semua kenalkan diri kamu. Saya hanya mahu tahu nama dan asal sahaja. Tak perlu terlalu panjang ya perkenalan diri tu. Sini bukan tempat agensi mencari jodoh," kata Sir Akmal lantas disambut gelak tawa oleh semua yang berada di dalam dewan kuliah.
"Okey kita mulakan dengan cik adik bertudung hijau muda ni."
Pelajar yang duduk dihadapan sekali itu teragak-agak untuk bangun kerana dia menjadi pelajar pertama yang akan memperkenalkan dirinya. Dia menoleh ke kiri dan kanan.
"Saya... Nurul Aisyah Binti Ahmad. Asal Kelantan."
"Oh... Mek kelantan ya."
Nurul Aisyah mengangguk.
"Sama macam negeri isteri saya," sambungnya dengan senyuman yang manis, bertambah manis lagi apabila terserlah lesung pipit di pipinya.
"Lah... Sir dah kahwin ya," celah seorang pelajar perempuan berbaju hitam.
"Ya, saya dah kahwin. Baru tiga bulan. Dalam mood bulan madu lagi ni. Kenapa awak nak jadi calon isteri saya yang kedua ke?" seloroh Sir Akmal tetapi dalam nada yang serius.
"Boleh juga, Sir. Senang saya dapat markah lebih masa exam nanti." Pelajar perempuan itu berani menjawab soalan daripada Sir Akmal.
"Wah, Sir. Lamaran diterimalah, apalagi Sir..." kata pelajar lelaki bertopi hitam di baris kedua.
Sir Akmal hanya tersengih seraya menggeleng kepala. Berani betul budak perempuan zaman sekarang.
"Haha, saya jenis orang yang setia. Maaflah ya. Em... Siapa ya nama kamu yang berani sangat untuk memikat saya ni?"
"Saya, Malika Syafika dan berasal daripada Melaka Bandar Bersejarah. Kalau Sir ada adik lelaki boleh kenalkan dekat saya. Saya ni pandai masak, kemas rumah. Serba serbi boleh, Sir."
Sir Akmal menyengih lagi. "Maaf ya Syafika, malangnya hasrat awak tak kesampaian. Saya memang ada adik tetapi adik saya perempuan bukan lelaki seperti yang awak harapkan."
Sekali lagi, dewan kuliah tertawa mendengar jawapan Sir Akmal. Boleh tahan lawak juga lecturer baru ni.
"Melepas saya..." keluh Syafika seraya mencebik mulutnya.
"Sudah, jangan buang masa lagi. Okey kamu yang lain sila kenalkan diri."
Seorang demi seorang memperkenalkan diri mereka. Sampai sahaja giliran Kayla, tanpa sengaja Kayla telah terjatuhkan kotak pensilnya. Berterabur alat tulis jatuh ke lantai.
"Oh, mak kau jatuh tergolek!" latah budak lelaki di hadapannya seraya memegang dadanya berulang kali.
Pelajar yang lain ketawa mendengar latah pelejar tersebut. Memang hari ini kelas dipenuhi dengan gelak tawa sahaja.
"Maaf, ya..." ucap Kayla kepada pelajar tersebut.
"Nama saya Kayla Aurora panggil nama saya Kay sahaja. Asal Selangor."
Setelah selesai sesi pengenalan semua pelajar, Sir Akmal mencatit sesuatu di dalam buku notanya.
"Okey, saya sudah ingat nama kamu semua. Ingat di dalam kelas saya, saya tak suka pelajar yang ponteng, datang lambat dan membuat bising semasa saya mengajar. Saya cukup pantang dengan tiga perkara ni. Saya tak akan teragak-agak untuk menghalau kamu dari kelas saya dan menggagalkan exam kamu." Sir Akmal memberi amaran.
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Teen FictionSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...