AIDIN merenung telefon pintarnya. Tiada balasan mesej dan panggilan daripada Kayla. Hatinya resah, sisa manik jernih yang menghiasi dahinya akibat penat seharian berjalan dan tadi sekarang baru tiba di biliknya, dilap dengan belakang tapak tangannya. Walaupun dia duduk di tingkat 2 tetapi bangunan biliknya adalah yang paling belakang sekali. Jenuhlah nanti mahu berjalan untuk ke kelas nanti.
Aidin melihat mesej yang terakhir dia hantar kepada Kayla tadi.
Me
Abang pun rindu sayang. Abang rindu nak dengar suara, nak peluk, nak kiss, nak ehem ehem gan sayang.😜😜Aidin tergelak membaca mesej yang dia hantar kepada Kayla. Rindunya nak peluk isteri masa tidur nanti. Mesti tidur tak lena dek kerana bantal peluk empuk tiada di sisi.
"Wei! Asal aku tengok kau senyum je dari tadi bila tengok handphone kau. Kau mesej dengan awek kau ya?" soal Kasha iaitu rakan sebiliknya yang berasal daripada Muar, Johor.
"Ya, awek aku." Ringkas Aidin menjawab.
"Pie, aku nak tengok gambar dia?" Pie adalah nama panggilan baru yang Kasha berikan kepada Aidin.
"Nak buat apa?" Berkerut kening Aidin mendengar permintaan pelik Kasha.
"La... kedek betul la kau ni. Tak luak pun gambar awek kau tu kalau bagi aku tengok. Mana tahu aku jumpa kat luar, tak ada la aku terngorat awek kau tu," jelas Kasha.
"Sibuklah kau ni, aku bagi tengok kejap je. Dah tengok jangan nak terpikat pula dengan dia."
Aidin membuka galeri gambar dan mencari gambar dia bersama Kayla. Selepas beberapa saat mencari, dia menunjukkan gambar mereka bersama semasa bercuti di kampung Tok Wan.
"Wah! cantik awek kau macam artis," puji Kasha.
Aidin senyum bangga apabila Kasha memuji Kayla. Tengoklah isteri siapa.
"Tapi... tak boleh lawan gambar awek aku," sambung Kasha dengan senyum mengejek.
"Eh... banyak bunyi pula kau ni. Kalau betul awek kau cantik daripada awek aku. Mari sini tunjukkan pada aku," cabar Aidin geram dengan ejekan Kasha.
Kasha terus menyua telefon pintarnya kepada Aidin. Selepas melihat gambar yang ditunjukkan, Aidin berjeling tajam Kasha. Telefon itu terus dilempar ke arah Kasha dengan kasar.
"Woi! Apa baling-baling ni. Kalau jatuh, kau nak ganti," rengus Kasha.
"Ngek la kau ni! Ini gambar Mira Filza. Kau ingat aku tak kenal pelakon Malaysia ke ha!" marah Aidin.
Kasha yang sedang menahan marah tadi sudah ketawa terbahak-bahak apabila melihat muka bengang Aidin terkena dengannya. Walaupun mereka baru bertemu tetapi mereka berdua sudah menjadi rapat mungkin disebabkan Aidin mempunyai darah orang jawa seperti Kasha, itu yang membuatkan dua budak ni boleh ngam.
Aidin menaip mesej kepada Kayla selepas Kayla tidak membalas mesejnya. Selepas sepuluh minit mesej tidak berbalas. Nombor telefon Kayla didail tetap tiada balasan juga. Aidin mengeluh panjang. Manalah isteri dia ni, dah lupa dia ke?
Aidin menunggu panggilan Kayla sehingga dia tertidur. Selepas satu jam Aidin tertidur akibat kepenatan, dia terjaga apabila telefonnya berdering minta dijawab. Dalam keadaan mamai, dia menjawab panggilan telefon tersebut.
"Hello... Sayang dah siap ke? Rindu abang ya?" soal Aidin.
"Hello, assalamualaikum. Sayang apa ya, long. Ni adik la. Ibu suruh call tadi."
"Ha... adik?" Aidin terus melihat nombor dan nama di skrin telefon. Terus membesar matanya melihat nombor Adira.
"Haha! Sorry, dik. Along ingat Kak Kayla tadi." Tersengih Aidin sendirian.
YOU ARE READING
SURI HATI SI NERD 2
Teen FictionSetelah mendapat keputusan SPM, mereka berdua menyambung belajar di universiti tempatan yang berlainan. Aidin Saufi dan Kayla Aurora melayari kehidupan suami isteri dengan bahagia sekali. Malika Syafika, bekas rakan Aidin semasa sekolah di Melaka sa...