19

638 113 67
                                    

[ Wake Up ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Wake Up ]

"penipu"

Yeonju memusingkan tubuh lalu langkah diatur mendekati Taehyung. Jejaka itu sekadar memerhati sehinggalah jarak mereka kini rapat. Yeonju mendongak sedikit untuk memandang Taehyung yang lebih tinggi.

Pang!

Satu tamparan dihadiahkan pada pipi kanan Taehyung sehingga kepalanya terteleng. Jejaka itu meringis sakit sambil mengusap pipinya yang mula kemerahan.

"y-yah apa masalah kau?" mata Taehyung membulat apabila tak semena-mena dia kena tampar dengan gadis kecil itu.

"tak payah tipu aku. Aku lebih kenal Yoongi dari kau. Tak perlu nak sembunyikan kesalahan sendiri dengan tuduh orang lain. Yoongi aku tak bersalah"

Mata dijegilkan membuat Taehyung menelan liur payah. Yeonju baru saja mengangkat tangannya buat kali kedua namun Taehyung sudah segera menahan tangan gadis itu sambil menggelengkan kepala perlahan. Takut!

Punyalah Taehyung dilabel sebagai budak beku dahlah jarang senyum dekat sekolah, rupa-rupanya kecut juga bila berdepan dengan Yeonju.

"tahu pun takut.. tch! Apa alasan kau yang penting sangat sampai kau khianat aku? Kau sendiri tahu perangai Suyeon yang sebenar" Yeonju memutarkan anak matanya.

"a.. ak-..aku.. aku"

"aku apa?! " satu pukulan kuat dihadiahkan pada bahu Taehyung yang tergagap-gapap nak menjawab.

"aku suka Suyeon! "

Yeonju terkebil-kebil memandang Taehyung. Tapak tangannya menutup mulut sendiri, tidak percaya.

"wait.. what?! serius? sah lagi nyata yang kau dah tak betul. Aku sarankan kau pergi jumpa doktor secepat mungkin sebelum makin melarat. Teruk sakit kau ni. Habistu Bomi kau letak mana? Bukan selama ini kau suka dia ke? "

Yeonju menghela keluhan lalu memejamkan kelopak matanya, cuba menahan geram. Takkanlah sebab alasan remeh tu sampai sanggup Taehyung pertahankan Suyeon sedangkan dia tahu Suyeon yang bersalah?

"aaa.. aku dah give up dengan Bomi. Haritu aku nampak dia keluar dengan Jungkook waktu malam selepas dia habis kerja. Jadi.. aku ingat nak mengalah. Suyeon tu bukannya teruk mana pun bila difikirkan balik ..... dia cantik dan pandai...cuma nakal sikit ehe" Taehyung bermain dengan jemari sendiri, bibirnya dicebik apabila dimarahi Yeonju.

"tak teruk?! kau pergi basuh mata kau tu beribu kali. Urgh! Malaslah aku nak layan kau. Baik aku balik rumah saja. Kita putus kawan seminggu, aku bagi masa supaya otak kau boleh berfungsi semula. Lepas seminggu, kalau kau masih nak berpihak pada Suyeon...ikut sukalah, aku tak nak masuk campur"

[dibukukan] Library Ghost | Min YoongiWhere stories live. Discover now