32

524 98 97
                                    

[ Above The Time ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Above The Time ]

"Yoongi?"

Suaranya hanya mampu muncul dalam kotak hati. Tidak mampu dilafazkan dengan kata-kata membuatkan si dia tersentak sendiri. Raut wajah budak lelaki belasan tahun yang sedang tersenyum riang di hadapannya dipandang lama.

"Yeonhee, Yoongi ada kelas petang tau. Jalan balik rumah hati-hati. Kalau Yeonhee takut, lari laju-laju sampai rumah. Maaf sebab tak boleh nak hantar Yeon hari ini"

Yeon...? Yeonhee?

Dia bukan Yeonhee.

Tapi kenapa Yoongi memanggil dirinya dengan nama yang sangat asing itu?

Dia ingin berbicara, meluahkan rasa namun segalanya seakan tersekat di kerongkong sendiri saja. Adakah dia bisu? Atau dia sudah mati?

Kerana dia benar-benar tak mampu berkata apa-apa.

Suasana tempat itu hanya lapang bertemankan pohon dan dataran penuh bunga tulip putih seakan-akan tempat ini bukanlah realiti dunia, sebaliknya sekadar fantasi semata-mata.

"jaga diri" rambutnya digosok pelan oleh Yoongi sebelum lelaki itu memusingkan tubuh dan meninggalkan dirinya di belakang seorang diri. Namun baru saja beberapa tapak ke hadapan, Yoongi menghentikan langkahnya. Tanpa memalingkan wajah, suara Yoongi memecah keheningan petang.

"Yoongi sayang Yeonhee, selalu"

Serentak, ada satu rasa sakit yang tak mampu digambarkan dapat dirasainya. Entah kenapa, cecair jernih mengalir perlahan-lahan ke pipinya tanpa sedar.

Gadis itu menoleh semula ke arah Yoongi yang masih tersenyum lebar seakan-akan tidak pernah menghadapi masalah dunia.

Tenang, sangat tenang.

Dalam sekelip mata, kelibat Yoongi hilang di sebalik pancaran cahaya terang membuatkan langkahnya yang ingin mengejar Yoongi terus terhenti. Nafasnya berderu naik turun, termengah cuba mencari nafas.

Tak mampu digambarkan perasaannya tika ini kerana dia sendiri tidak tahu alasan kepada mimpinya ini.

Oh, dia berharap sangat segalanya sekadar mainan tidur fantasi.

Atau dia yang masih belum sedar akan realiti sebenar?




****************



[dibukukan] Library Ghost | Min YoongiWhere stories live. Discover now