06

719 134 86
                                    

[ Payback ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[ Payback ]


"baik semua sila letakkan pen masing-masing! Berhenti menulis dan tunggu sehingga saya kutip semua kertas barulah kamu boleh keluar kelas! "



Yoongi berdengus perlahan apabila Han saem sudah mula bergerak untuk mengutip kertas peperiksaan para pelajar. Tamatnya peperiksaan kali ini disudahi dengan kertas physics.



Bermaksud Yoongi sudah selesai menjalankan tugasnya kepada Yeonju, menumpang tubuh gadis itu beberapa hari semata-mata ingin menjawab peperiksaan.


"tak tahulah sama ada lulus atau tak" desis hati kecil Yoongi tatkala kertasnya diserahkan pada guru bertugas.


Memang matilah jawabnya kalau Yeonju tahu yang dia tidaklah pandai mana. Memanglah sewaktu dia hidup, dia antara pelajar yang skor markah tinggi.


Tapi sudah 20 tahun hanya berlegar-legar di sekitar kawasan sekolah setelah mati, mestilah dia lupa banyak benda.


"jom pergi kantin! Aku belanja kau makan" suara bernada ceria milik Jungkook kedengaran membuatkan Yoongi yang masih belum keluar dari tubuh Yeonju tersebut terus menoleh ke belakang.


Jungkook sedang merangkul bahunya bersama senyuman lebar. Dah habis peperiksaan jadi mereka boleh berehat sebentar sebelum peperiksaan CSAT bulan Disember depan.


"eh pelik! Selalunya kalau aku sentuh sikit pun, kau dah ugut bunuh dekat aku. Elok saja sekarang. Kenapa? Jangan cakap kau suka aku sudahlah. Hati aku ni dup dap dup dap hanyalah untuk Seo Bomi"


"yah si-..siapa kata aku okay? Dah jangan pegang-pegang. Kau nak suka siapa pun, lantak kaulah" tergagap-gagap Yoongi ingin menjawab disebabkan tindakan tiba-tiba Jungkook.


Patutlah bukan main kuat Yeonju menjerit dalam bilik stor tempoh hari. Rupanya Yeonju tak suka kalau ada lelaki sentuh atau rapat dengan dia.


Yoongi pun tak suka jika ada perempuan yang dekat dengannya sebab tak selesa.


Bomi? Yoongi sekadar membiarkan saja jika gadis itu memegang tubuh tersebut sebab ini tubuh Yeonju, bukan miliknya. Gitu!


"jadi kau nak atau tak? Alah! Dah habis peperiksaan kan jadi tak salah kalau nak enjoy sikit atau... kau nak makan dekat cafe depan tu lepas habis sekolah?"


[dibukukan] Library Ghost | Min YoongiWhere stories live. Discover now